Cik Melur Ikan Bakar Air Asam Mencepu @ Medan Selera Bandar Sri Permaisuri

12:43 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kitorang beria nak makan kat sini gara2 tertengok Majalah Tiga tempoh hari.

dalam segmen buah mencepu, pengacara bawa penonton ke restoran ni sebab hanya di restoran ini saja yang menyediakan ikan bakar cicah air asam buah mencepu. dia punya meleleh masa tu... mak aiiii... macam dah terasa kemasaman buah mencepu dalam mulut... perghhhh...

lokasi restoran yang kami pergi ni adalah Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras. kami datang lepas balik kerja. masa tu pula hujan renyai2...

since restoran pun baru buka (5.00 petang), pengunjung pun tak ramai. jadi kami terus pilih ikan yang nak dibakar.

kami pilih ikan merah. mula2 nak makan siakap, tapi nampak besarlah pula sedangkan nak makan 2 orang je...

Alhamdulillah... kenyang dan puas hati. ikan pun terasa fresh sangat. bahan perapan (pes) pun sedap sampai ke tulang kami balun hahahaha...

air asam mencepu pun sedap. tapi anies makan dikit je sebab masa tu tekak dah perit (nak selesema)

so korang yang tinggal berdekatan, bolehlah terjah restoran ni. total makan kami hari tu tak sampai pun RM50 termasuk minuman, nasi putih dan tomyam.

ikan merah yang dah siap dibakar... perghhh masih terasa kesedapan perapan (pes) ikan ni... manakala dalam bekas kecil tu, air asam buah mencepu. masam2 pedas gitu... tapi sedap!

tomyam campur... 

nasi putih dan minuman... yang kuning tu fresh oren panas. mem besar dah start sakit tekak nak selesema masa ni...

tempat bakar ikan. depan restoran... dalam tong oren tu ada pelbagai jenis ikan segar untuk dipilih...

untuk mereka yang tak kenal buah mencepu. lain tempat lain panggilannya. nak baca lebih lanjut tentang buah mencepu klik kat SINI. gambar credit SINI.

thanks 4 reading... daaaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

28 Your Words of Lo♥e

  1. kalau kat kelantan panggil buah cupu jer..hihi.. btw ikan bakar tu nampak menggoda..hihi

    ReplyDelete
  2. Cikbunga tengok jugak Majalah 3 ari tue...wah dah merase.yer buah mencepu🍽🍽

    ReplyDelete
  3. Dari Fidah Shah
    Kesini aku singgah
    Harap ada senyum ramah
    Datang dari tuan rumah

    Hmmm seger itu minumannnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mbak. harap sudi datang lagi ;-)

      Delete
  4. 1st time dengar buah mencepu ini.. Pergh!! Meleleh owh tengok sos ikan bakar tu.. mengancam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u shud try... once tried u'll never regret hahahaha

      Delete
  5. Wahhh suka sekali saya dengan makanan diatas tu, apalagi liat ikannya tu sedapp.. nak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom datang ke kuala lumpur saya belanja ;-)

      Delete
  6. Oh! itu ka buah mencepu tak pernah tahu hiks!
    Ikan tu nampak mengiurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eikkkk apo ni orang nogori x tau buah moncopu? hehehehe

      Delete
  7. Nampak sangat menyelerakan semua tu...

    ReplyDelete
  8. Oh..ini ke buah mencepu. Macam pisang kaki versi mini ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bentuk cam manggis, rs masam, dr jauh mcm pisang kaki

      Delete
  9. buah mencepu macam buah mangis..

    bagaimanakah rasanya ..

    ReplyDelete
  10. sedap nmpk ikan bakar tu..hah buah mencepu tu pernh mkn tu pn org bg..lupa dh org tu bgtau nama buah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hjg2 nama buah tu mesti dia sebut 'pu' kan hehehe

      Delete
  11. sedapnya ikan... mencepu? tak pernah dengar hahaha.. kesian

    ReplyDelete
  12. sedapnya ikan... mencepu? tak pernah dengar hahaha.. kesian

    ReplyDelete
  13. Perghh.. ikan merah tu jadi tak tahan tengok. Terbuka selera!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆