بندر سري بݢاوان، بروناي دار السلام: ڤاسر تامو كياڠݢيه دان ڤاسر ڤلباݢاي بارڠن ݢادوڠ

12:52 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebaik tiba hotel, anies selesaikan dulu hal2 berkaitan (check in) termasuklah plan ke tempat2 nak dilawati menggunakan khidmat shuttle van yang disediakan pihak hotel. lepas tu staf bagi kunci bilik walaupun kami belum boleh check in. pun begitu kami still tak boleh masuk sebab bilik tengah kemas

then, dari hotel kami just jalan kaki je ke Pasar Tamu Kianggeh (PTK). jaraknya 600 meter. habislah... dengar bunyi merungut je laa sepanjang jalan... hahaha... bertabahlah wahai ahli keluargaku sekelian...

tiba je kat PTK, kami tercengang sekejap. eh, kenapa tak meriah macam yang kami baca sebelum ni?

rupa2nya kami datang hari Sabtu. PTK ni meriah dan sibuk pada hari Jumaat dan Ahad sahaja. hari lain biasa2 je. kalau nak dekat hari raya mungkin lain kot suasananya meskipun bukan hari Jumaat or Ahad. tak apalah pedulikan semua tu. yang penting sekarang, kami nak cari kedai makan.

kami terus cari gerai jual makanan. tapi yang buka hanya satu je. tak kisahlah... janji dapat alas perut.

sementara tunggu ayam siap digoreng, kami tinjau2 kawasan sekeliling. mama, bila nampak ikan bilis murah, dia macam nak terkam. anies dah pesan sebelum tu kalau nak beli dalam otak jangan fikir 'convert to RM'. nanti sampai ke sudah tak membeli. betul tak?

hari berikutnya kami datang lagi ke sini. barulah nampak kemeriahannya. kali ni kami beli apa yang patut je sebab dah siap bersarapan kat hotel. nak beli sayur buat apa kan... macam laa kat Malaysia tak ada sayur hahaha...

pada sebelah malam pula, lepas solat Maghrib kami ke Pasar Pelbagai Barangan Gadong atau lebih dikenali Pasar Malam Gadong. mula2 ingat macam pasar malam biasa, tapi once dah sampai, terkesima sekejap. memang tak sama macam pasar malam yang selalu kita pergi tu.

ia lebih kurang macam food court tapi sangat2 meriah. kami tak hiraukan semua tu sebab bila masing2 dah sampai and tengok macam2 makanan dan harga yang dipamerkan, semua orang jadi excited. nampak tu nak beli, nampak ni nak beli. macam orang berpuasa, semua benda nak makan hahahaha...

bila dah mabuk membeli, nak cari tempat duduk pulak bermasalah. kat sini tempat duduk memang terhad. nasib je laa kalau dapat seat kosong. mostly yang datang esp. orang luar akan makan kat sini. orang tempatan lebih suka 'tapau'.

cakap fasal makanan, memang tak ada beza dengan makanan Malaysia. yang beza adalah harga. tengok air bekas besar tu harga dia 'singget' yu ols... mau tak pengsan. tapi 'singget' dalam nilai Brunei laa ya. bukan 'singget' RM1 ya...

memang puas kitorang makan malam tu. kenyang sekenyang-kenyangnya. semua makanan yang kami beli sedap2 belaka. fuhhh...

malam berikutnya, kami ke sini sekali lagi. agaknya kalau seminggu kami duduk Brunei, alamatnya seminggu jugalah kami ke sini hahaha...

well ni sebahagian gambar sempat anies snap masa kat Pasar Tamu Kianggeh dan Pasar Malam Gadong.. cekidaut!

suasana PTK pada hari kami sampai di Brunei. lengang!

personally, anies suka pasar tamu ni sebab bukan sahaja bersih, para penjual juga peramah dan tak lokek kalau kita tawar menawar...

hari berikutnya, barulah kami dapat tengok kemeriahan PTK ni... dahsyat! suasana dia macam esok nak raya...u know what i mean haha

dah sampai... jom serbu!

kalau pergi awal pasar ni memang penuh asap sebab diorang masak kat situ sekali... tapi jangan risaulah tak lemas punya...

macam2 makanan ada sampai rambang mata nak pilih yang mana satu...

deretan air macam ni... pemandangan biasa kat sini...

ni paling heaven for me... sate kambing. you know how much? 'singget' yu ols... 'singget'!! tapi bukan RM1 ya hehehe

air ni pun sama...'singget'... ko rasa? nak beli berapa bekas kalau macam ni kat Malaysia? hehehe

gambar memang tak banyak sebab otak hanya ingat nak makan je hehehe

thanks 4 reading...

daaaa

p/s: 'singget' = BD1 = RM3.06

Kisah Silam Untuk Masa Depan

52 Words of Lo♥e

  1. baru nak srh anies convert..skali tgk dah ada kat bawah..hihi

    ReplyDelete
  2. Sate kambing tu singget.. peh.. Heaven tu..
    Tapi kena buang dari otaklah RM.. baru boleh berbelanja dengan gembira kan anies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan krn singget tu laa masing2 hlg akal bli mknn 😆😆

      Delete
    2. bahaya betul perkataan singget tu.. kikiki

      Delete
  3. Macam pergi pasar Cameron Highlands, pergi weekend meriah tapi time weekdays sendu sikit..huhu

    ReplyDelete
  4. biasalah negara mereka lebih kaya drp kita maka harga brg pun lebih mahal..

    ReplyDelete
  5. tk pernh smp lg brunei..sate kambing nmpk sedap..oh singget tu dlm rm3++

    ReplyDelete
  6. deretan makanan...banyak betul pilihan...

    ReplyDelete
  7. bunyi singget macam singget kita jugak tapi bila convert ....
    Anis, berapa kilo bawa balik ikan bilis? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psl😊

      total ikan bilis 15kg tu yg tersekat kejap kt airport ms blk😆

      Delete
  8. terima kasih sharing. rasa macam dah ada kat sana walaupun tak pernah sampai. hahahahaha

    ReplyDelete
  9. MAKANAN SEDAP KAN ANIES NILAI SINGGIT BRUNEI OKLAH TU..BERKIRA SANGAT TAK MERASA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  10. Mahal betul duit diarang ye...
    Eh, awak bukak blog kita guna Chorome ke?

    ReplyDelete
  11. Wah, best pulak tengok suasana pasar kat Brunei tu

    ReplyDelete
  12. Wahh.. melilau mata nak bershopping kat sini. Nampak meriah dan seronok hihii :)

    ReplyDelete
  13. mesti baju melekat bau asap kan...huhu...

    ReplyDelete
  14. Cheq tak pernah jejak Brunei, pernah jejak Sabah ja. Hari tu cheq ada ajak member jom jalan2 ke Brunei, pastu member kata Brunei tak happening lah, olskool ja tempatnya.....maka terbantut la niat nak jalan2 meninjau Brunei..😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa syg nya dah alang2 smpi tu pergilah...oversea kannnn hahaha

      Delete
  15. Nie visit lagi ke Brunei ke... Last time pun kat Brunie jugak... Selalu jugak yek admin pegi jenjalan kat Brunei nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de laa smbg cerita hari tu...biasa laa tangguh ni hahah

      Delete
  16. Jangan lupa bagitahu, orang Brunei sebut Brunei macam ejaannya, bukan macam kita yang sebut "Brunai" ya...
    Actually ejaan Brunei dalam jawi yang Anies guna adalah salah ya. Sebenarnya بروني ya.

    ReplyDelete
  17. dah macam pesta makanan plak yer ...meriah dia

    ReplyDelete
  18. otak kita kalau singgit memang berdesup beli jer ...

    ReplyDelete
  19. Meriah.. mcm pesta makanan. Mesti bau masakan je pun dah tak tertahan.. terbuka selera.

    ReplyDelete
  20. singgit jea harga air tu..murah bangat

    ReplyDelete
  21. Air macam tu singget? Tempat kita adalaa dlm rm3-rm5. Jom berhuhu.

    ReplyDelete
  22. Tamu Kianggeh meriah Jumaat & Ahad je sebab Brunei cuti hujung minggu. Hari Sabtu diorang keje. Btw, best kan makan kat Gadong. Yg penting jangan convert RM, hehe.

    ReplyDelete
  23. Brunei adalah antara negara jiran2 yang ada dalam list CT. tp tingin nak pegi time puasa. nak terawih kat sanaa.. kalo x dpt time puasa.. time lain pun hookay jugak hehe..

    uniklaaa title in jawi hehe..

    ReplyDelete
  24. bapak besar.. hahah puas makan minum

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆