Taipei, Taiwan: Say Love Hotel

2:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Hahaha.... boleh pulak terlupa nak selitkan entry pasal hotel ni. mungkin sebab tak sabar2 nak share itinerary ke Taiwan, tu yang terlepas pandang. aduyai anies oiii...

okeylah, ni hotel terakhir kami kat Taipei. lokasinya sangat2 strategik sebab dekat sangat dengan Taipei Main Station (TMS). keluar TMS, melintas jalan dah nampak hotel ni. tapi korang kena buka mata besar2 sebab signboard hotel ni kecik ya amat.

mungkin sebab dia share bangunan dengan hotel lain, sebab tu signboard dia kecil je. overall, kami memang puas hati dengan hotel ni. walaupun nampak kecil dari luar, tapi rasanya, dalam banyak2 hotel kami inap kat Taiwan ni, bilik hotel nilah yang paling besar kami dapat. selesa pulak tu. tapi yang penting, toilet bersih and air paip laju. tu dah memadai buat kami.

selain perkhidmatan biasa, hotel ni juga menawarkan wi-fi, luggage storage (walaupun tak ada almari khas), lif dan lain2 room service.

jangan tak caya... kondom pun diorang sediakan. hahaha.... apa kes. kami pompuanlah. celah mana nak pakai kondom tu hahahahaahahha😂😂😂😂

insya allah ada rezeki kami ke Taiwan lagi, pasti kami akan pilih hotel ni.

sebahagian gambar2 hotel dan bilik penginapan kami....

dah malam baru teringat nak snap bangunan hotel dari tepi jalan...

lobi hotel tingkat bawah. ada banyak pintu. masa ni kitorang nak drop luggage dulu...

pintu masuk hotel. sebelah hotel ni, ada hotel bajet lain... diorang share lif.

ruang letak luggage. walaupun nampak macam tak selamat, tapi jangan risau. depan kawasan ni adalah kaunter reception. setiap beg diorang ikat dengan tali siap2... and kami diberi nombor beg.

sebelah kaunter reception...

lorong menuju ke bilik...

bilik kami untuk semalaman...

alkisah, kami terlupa nak cabut kunci kat pintu bilik sampai receptionist tu call suruh cabut kunci... aduyai...bila dah penat semuanya lupa...

katil yang selesa... letak kepala je terus zzzzz

kali ni tv tak jadi pak pacak. kami sempat jugalah layan rancangan yang ada... kalau tak silap, rancangan karaoke kot hehehe

dalam bilik turut disediakan peti ais mini, meja, kerusi, cermin, hair dryer, keetle, kopi / teh dan macam2 lagi...

toiletries pun lengkap...

Say Love Hotel memang best!!! 👍👍👍👍👍👍👍👍 harga hotel kami cari kat agoda.com. kalau tak silap, 1 malam RM150++

thanks 4 reading...

tengah menyempurnakan BW tertunggak

Kisah Silam Untuk Masa Depan

32 Words of Lo♥e

  1. Wah.. memang best hotel dia.. selesa ye anies..

    ReplyDelete
  2. AH SELESA HOTELNYA HARGA SEWA PUN OK

    ReplyDelete
  3. Cukup lengkap utk tetamu..kopi teh pun ada.berbaloi sgt la dgn harganya

    ReplyDelete
  4. Tudia punya penat sampai lupa cabut kunci yer, bagus juga hotel tu ambil berat dekat guess depa...

    ReplyDelete
  5. Bhuahhaahahaa 😂 ...
    Itu kok tulisan diatas ada kondxxxm segala siih ...
    Aku jadi ngakak bacanya kak ..

    ReplyDelete
  6. Terbaca part tuuuutt tu. Terus tergelak. Akak ni, saya kecikk lagi. Hahaha :P

    ReplyDelete
  7. cantik juga hotelnya....nampak selesa...

    ReplyDelete
  8. Tengok katil tu selesa betul terus terasa mengantuk

    ReplyDelete
  9. Kondom pun ada hahaha RM150/night not bad lah👍👍👍

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  10. yang penting toilet mesti bersih !!!

    ReplyDelete
  11. Wahh.. mmg betullah. Hotel ni dari luar nampak biasa je, tp dalam dia kelasss. Selesa dan cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont judge the hotel by its physical😆😆😆

      Delete
  12. Best betul laa anies travel sane sini. Sblm kawen e'in tak puas travel sbb kwn2 kebanyakannye bkn kaki travel.

    ReplyDelete
  13. rindu nak tido sini... hehehe.. ada jumpa kon

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆