Singgah Kedai Kek Mamasab @ Cyberjaya

11:57 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum pergi Banana Walk (boleh baca kat SINI) anies memang dah cadang nak singgah kedai ni lepas habis event.

sebenarnya dah lama tak makan kek2 dari Mamasab ni (anies pernah share kat SINI). dah lama tak makan sebab malas nak order (dari agent). nak tunggu dapat pun satu hal. jenis orang tak sabar hahaha... yelah nak makan kek mana boleh sabar hahaha

lokasi kedai ni tak jauh dari lokasi Banana Walk (bangunan Majlis Perbandaran Sepang). drive 7 minit je dah sampai.

kedai ni dibuka seawal 9.00 pagi dan ditutup jam 7.00 malam. hari Ahad tutup.

kalau nak rasa, korang boleh contact agent2 Mamasab di seluruh negara. yang duduk Pantai Timur, Mamasab ada buka branch kat Kuantan. yang duduk Shah Alam and kawasan sekitar, boleh datang ke kg Datuk Harun (kalau tak silap). yang duduk KL, boleh pergi ke Sentul. belah Utara belum ada lagi. bertabahlah ya...

klik link berikut untuk info lanjut:

IG Mamasab
FB Mamasab

lokasi kedai ni kat jalan GC 3, Cyberjaya. deretan shop lot berhadapan bangunan Quill 5

sedang berlangsung contest anjuran Mamasab. boleh menang kereta Toyota sebijik! dateline tahun depan.

antara deretan kek dan dessert yang terdapat di Mamasab, Cyberjaya. harga pun reasonable... paling best bagi anies tu haa... nampak tak nutella pie? fuhhh

selain kek, pastri... Mamasab juga menjual kuih-muih seperti cookies, biskut dan sebagainya...

oh, tak lupa juga Mamsab ada menjual kambing perap berserta sosnya. so kalau beli balik rumah just masak je...

mini whoopie. kat staf kat situ, whoopie ni cuma ada kat branch Cyberjaya je.tempat lain tak ada. dan ia antara dessert terawal dihasilkan di kedai Mamasab.

nama kek ni Medovic Honey Russian Cake. katanya ada 10 lapisan. sangat sedap yo! 1 slice = RM10

ni pula Spartak Chocolate Russian cake. juga ada 10 lapisan. sangatttt sedap. rugi beli 1 slice je. RM10 per slice.

okey tu je nak kongsi hari ni. thanks 4 reading!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

36 Words of Lo♥e

  1. anies..sila belanja cik nor hokey..:)

    ReplyDelete
  2. BEST WOOO MAKAN MAMASAB , NIE KEK RUSSIAN KE

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap cik tim xyah g rusia kalu nk mkn kek ni😊

      Delete
  3. wahhh...teringin jugak nak try mamasab ni..tapi x berkesempatan lagi...huhu...

    ReplyDelete
  4. MEdovic Honey Russian kek nampak sedap giler terliur iols

    ReplyDelete
  5. SEDAPNYA KEK SLICE JE 10 RM TU

    ReplyDelete
  6. i pun suka medovic tu. My chef selalu buat.

    tapi kalau nak makan kat kedai ni, mak aiii. jauhnya tuu..

    ReplyDelete
  7. Perghh... macam sedap jer... Boleh order via agent ye... OK, nanti nak cuba laa...

    ReplyDelete
  8. Lagi sedap kalau kak Anies belanja! :P

    ReplyDelete
  9. Kekkkk! Nasib baik malam ni tengok entry ni perut dalam keadaan kenyang. Haha kalau tak terseksa lagi. Haha. tapikan, betullah bila kita rasa nak makan tu takleh nak sabar2 dah. Dia kalau boleh nak makan waktu tu jugak. Hihihi

    ReplyDelete
  10. Wow..uniknya mini whoopie tu. First time tengok, lapisan coklat keras dengan krim ke tu?

    ReplyDelete
  11. Asyik tengok kek mamasab nie lalu lalang kat IG je.. nie terbaca entry Anies pula.. bilalah berpeluang nak gu terjah.. bookmark jelah dulu kat Maps.. kot tersampai, bolehlah singgah..

    ReplyDelete
  12. Medovic? Alahai kena pergi ke sanalah nampaknya ni. Dah lama rindu teringin nak makan.

    ReplyDelete
  13. kedai ni baru buka ke nis? nampak sedap dan nama kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah.. nama penuh sabrina. student diorg pggl mama sab

      Delete
  14. Sha slalu pergi Mamasab PJ. Dekat dgn opis & betul, yg mini whoopie tu xde kat PJ. Ada auntie tu dtg, dia cari donut, katanya kat Cyber ada. Rupanya mini whoopie 😅

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆