Kenapa rezeki tak lancar atau tersekat-sekat?

12:41 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kita sering tertanya, kenapa rezeki sekian sekian, payah dan sukar nak lekat kat aku? Kenapa aku dah buat macam2, tapi semua tak jadi? Kenapa aku dah berusaha sampai ke akhir, tup tup rezeki tu beralih kepada orang lain? Kenapa aku berniaga, tapi duit keluar macam air? Kenapa aku berniaga, tapi tak ada pelanggan? Kenapa aku berniaga, tapi dalam tabung, satu sen pun tak ada yang disimpan? Kenapa aku dah berusaha untuk zuriat, tapi Allah tak beri walaupun kami suami isteri sihat tak ada penyakit? Kenapa aku hidup mewah tapi hati aku tak senang? Kenapa aku dapat dean list every semester, tapi seorang pun tak nak kawan dengan aku? Kenapa aku gaji beribu-ribu, tapi selalu tak cukup?

Mungkin sebahagian daripada apa yang disebut di atas, ada kaitan dengan perkara berikut....

1. Tak bersyukur.

2. Tak / malas beribadah.

3. Hubungan dengan ibu bapa renggang / bermasalah.

4. Hubungan dengan adik beradik 'longgar', 'panas'.

5. Banyak merungut, mengomel, komplen.

6. Dengki dengan rezeki orang.

7. Percaya perkara khurafat / syirik.

8. Tak tutup aurat dengan sempurna.

9. Ada ilmu tapi malas nak amalkan.

10. Tiada usaha untuk tambah amal sebaliknya dosa sedia ada semakin bertimbun.

11. Baca Al-Quran atau Al-Quran hanya sekadar hiasan. Tiada amalan, tak hormat dan paling malang, dah tahu tak reti baca tak nak belajar.

12. Ego, rasa diri dah serba-serbi pandai.

13. Kedekut ilmu walaupun ilmu masak nasi.

14. Banyak bergatung pada manusia, bukan bergantung pada Maha Pemberi Rezeki.

15. Aniaya haiwan.

16. Rosakkan alam sekitar.

17. 'Ujub / bangga diri berlebihan.

18. Tak terdetik dalam hati untuk bertaubat.

19. Mempersoal / memperlekeh pandangan alim ulama'.

20. Jarang jejak masjid / musolla.

21. Tiada usaha untuk tambah ilmu lebih2 lagi ilmu akhirat.

22. Ada sebahagian pendapatan sumbernya haram.

23. Culas / mengular sewaktu menjalankan tugas.

24. Hidup dengan rasuah.

25. Jarang jenguk / tanya khabar mak ayah di kampung / rumah.

26. Suami / isteri sama2 lalai dengan perintah Allah.

27. Suami / isteri buat jahat namun tak menegur. Lebih banyak mengunci mulut.

28. Selalu marah anak2 tanpa sebab musabab. Lebih teruk, tuduh anak-anak pembawa malang.

29. Tak jaga kebersihan diri.

30. Hisap rokok / vape / tembakau / curut

ini cuma sebahagian sahaja... kalau nak share, silakan.

sumber: emel.

gambar sekadar hiasan

Kisah Silam Untuk Masa Depan

32 Words of Lo♥e

  1. bila baca entry anies..tiba2 terasa hati..sbb ada certain tu mcm kna btang hidung sendiri..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tandanya kita sedar, masih ada ruang utk kita perbaiki diri

      Delete
  2. sha dulu boleh dikatakan kedekut sebab takut duit habis, tapi bila dah start jadi pemurah alhamdulillah rezeki tak putus, sampaikan orang pelik kenapa selalu sangat nak belanja haha

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian Anies. Zumal pernah alaminya, Insha Allah zumal usaha lebih baik untuk perbaiki apa yang kurang...

    ReplyDelete
  4. Semoga harapan dan keinginan kita semua diperlancar olehNya, Amin.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan =)

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulillah, nikmat apa lagi yang ku dustakan.....huhuhu 😭

    ReplyDelete
  7. Tq anies! Point2 ni semua kadang² kita buat and tak sedar pun. End up rezeki pun sekat².. allahu

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang bagus..
    Kadang-kadang kena muhasabbah diri kenapa rezeki tak lancar.. Mesti ada mana-mana yang kurang.. Kena kembali pada Allah kan Anies..

    ReplyDelete
  9. terus abe kie insaf dan muhasabah diri. TQVM.

    ReplyDelete
  10. terima kasih share...utk peringatan bersama...kdg kdg xsdar...

    ReplyDelete
  11. Ouch! Pedas ni makan cili banyak.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas peringatan...

    ReplyDelete
  13. Tazkirah sentap.
    Terima kasih ingat-mengingati ya Anies

    ReplyDelete
  14. Rezeki ada milik Allah... Jadilah hambanya yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang di beri...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian ini Anies. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki.. aamiin.

    ReplyDelete
  16. moga kita jauh daripada sikap2 di atas.Amin...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆