Ke Klinik Pergigian DentalKini, Taman Melawati

1:57 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pertama sekali, anies nak minta maaf banyak2... banyakkkk sangat hal yang perlu diselesaikan satu persatu. akhirnya, bila tak tertanggung... demam!

rasa macam dah lama tak demam. tapi bila kena, rasa tak larat sangat2. Alhamdulillah, hari ni dah kurang sikit walaupun malam tadi batuk2 (agak teruk juga).

dan juga... Alhamdulillah, semua hadiah top commentators anies dah pos. jutaan MAAF sebab lewat pos. harap2 semua hadiah tu sampai ke tangan yu ols dengan selamat. kalau tak terima lebih dari 2 minggu, tolong inform anies ya.

lagi satu, fasal BW, insya allah anies cuba menapak perlahan2. so sabar ya sebelum anies ketuk pintu rumah yu ols.

so, untuk hari ni... just nak share tentang klinik gigi yang anies hadiri minggu lepas. ni kira 1st time ke klinik gigi swasta sebab sebelum ni, klinik gigi kerajaan yang jadi pilihan (Klinik Pergigian Suria -  berhadapan UTC Plaza Rakyat a.k.a Puduraya).

tapi atas sebab2 tertentu, agak sukar untuk anies ke klinik ni. jadi suka ke tak, terpaksalah cari klinik swasta. lepas tanya sana sini, survey itu ini... tup tup opismet pasang braces dan dia beritahu fasal klinik ni. since doktornya perempuan dan most staf klinik pun perempuan, jadi tak adalah rasa segan atau awkward di situwww...

sebelum pergi, anies dah set appointment siap2. klinik ni sentiasa ramai orang. jadi kalau terjah macam tu je, belum tentu dapat giliran.

disebabkan ni kali pertama ke sini, jadi perkara pertama yang perlu dibuat haruslah berdaftar terlebih dahulu. then tunggu dalam 2 - 3 minit, anies dipanggil masuk ke treatment room. muka ada banyak senyum bila jumpa doktor. sebenarnya lebih kepada nak hilangkan rasa gugup. tak lama lepas tu, terus proceed buat treatment.

sebelum ni kat Klinik Suria, anies selalu buat polishing and scaling selain pemeriksaan gigi 2 kali setahun. dan kat sini, anies buat treatment sama. ia cuma ambil masa 20 - 25 minit je.

sakit ke anies? tak rasa langsung. sesekali je rasa ngilu tapi kejap je. sekarang kan peralatan dah canggih. zup zap zup zap je...dah beres.

so kepada kawan2 yang tinggal berhampiran atau nak cuba perkhidmatan lain, bolehlah singgah ke klinik ni. banyak perkhidmatan lain ditawarkan dengan harga berpatutan. tapi apa2 pun set appointment dulu ya!

lokasi klinik betul2 sebelah Melawati Mall. sorry ya... snap gambar time nak hujan. tu yang kelabu asap je hahaha

klinik berada di tingkat satu... setingkat je... 

main entrance

lobby and register counter

kalau terasa nak dapatkan khidmat pergigian kat sini....

ubat gigi, pencuci mulut dan kad appointment. semua ni dapat lepas selesai rawatan. terima kasih DentalKini!

selingan je ni. ni antara ubat gigi terbaik pernah anies guna. anies dah pakai since 2013 dan Alhamdulillah, segala masalah mulut dan gigi berkurangan. paling penting ubat gigi ni tanpa florida, kurang buih dan sangat jimat (1 tube boleh guna +-3 bulan)
hmm... agak pricey. 1 tiub = RM12++. tapi bila ada offer boleh dapat RM9. beli 3 tiub, RM27.90.
kat mana nak dapat ubat gigi ni? cari di Big Pharmacy dan Vita-Care Farmasi. so far hanya 2 farmasi ni saja yang pernah anies jumpa and jual ubat gigi ni. 
kalau nak beli online, anies tak pasti sebab tak pernah cuba / tak jumpa. kalau korang nak try and nak suruh anies belikan, boleh je. nanti PM tepi ya😊


alamat: 305A (Tingkat atas), lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati 53100 Kuala Lumpur.
no. telefon: 03-41612855


wahhh... rupanya ni entry ke 1000!!! syabbas betti!! segan jugalah sebab entah apa-apalah anies merepek merapu meraban selama ni😀😀 so apa lagi? haaa tepuk!!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

36 Words of Lo♥e

  1. wah bestnya klinik tu ada kat sini..hihi.. nnt nak cr jgk la ubat gg yg anies syoy tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari tau cik nor... betul ubat gg ni mmg best

      Delete
  2. Sesekali kalau makan aiskrim atau minum sejuk gigi ngilu ok ke anis guna ubat gigi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 ok acik. yg ada prob karies tu pn boleh gn ubat gigi ni

      Delete
  3. Berapa ya harga scaling dengan polishing dia?

    ReplyDelete
  4. Dulu kalau sakit gigi je pi swasta sebab malas nak menunggu kat klinik kerajaan, tapi lepas jadi 2 kes kat klinik swasta berbeza, kena pulak kat saya..terus insoffffff..skrg pi klinik kerajaan je, laki suruh pi swasta pun memang tanak lahai..insoffffff....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rs nya bkn semua klinik swasta mcm tu... mgkn ada yg lbh baik..😊

      Delete
  5. cikbunga takut nak pi dental !!!! penakut weiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. x mcm dulu cik tim...skrg semua dah ok...demi kesihatan gg kita! chaiyok!

      Delete
  6. dh lama juga xbuat screening gigi sejak klinik dah pindah jauh....

    ReplyDelete
  7. Saya ni sejak dari kecil paling takut dgn klinik gigi. Tak taulah kenapa takut tu susah nak hilang.. klu tersgt sakit barulah menyerah diri hahaa. Apa pun semoga cepat sembuh Anies, cenderahati pun saya dah terima, tq Anies :) :)

    ReplyDelete
  8. MOGA ANIES CPT SEMBUH N WAJAH TAMBAH BERSERI

    ReplyDelete
  9. Wah.. kalau buat polishing and scaling tak sakit, teringin juga nak cuba.. Kat sini sakit.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2 mai laa dtg ke sini lps tu bleh shopping kt MM ;-)

      Delete
  10. E'in penah pegi klinik gigi sekali je. Tu pun sblm kawen sbb nak cabut gigi geraham. Huhu. Teruk kan?

    ReplyDelete
  11. Cantik lobby klinik tu, tengok interior tu pun dah mengurangkan sakit. Semoga Anies sembuh dari demam dan batuk tu yer. Cuaca sekarang tak menentu buat ramai yang demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa terima kasih... masa taip komen ni belum sembuh sepenuhnya lg😕

      Delete
  12. Teringat bila nurse klinik gigi panggil masa kat sekolah dulu. Itu lah antara waktu paling seram...

    ReplyDelete
  13. Cabut Gigi geraham berlubang sakit Tak?hehehehehe berapa plak pengeras nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabut gigi sy xpenah buat. kalau nk tau harga call klinik dulu. nnt diorg akn beritahu harga. staf sgt friendly don wori

      Delete
  14. kalau dekat mau jugak sayangnya jauh.. sy memang ada plan mau jumpa dentist ni mau cabut gigit sekali cuci gigi

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum ck anies,blh x bagi alamat penuh clnik ni,sy nk ge lah,sy nak cuba jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... tuu... ada kat bawah entry. sy dah sertakan alamatnya... ni kes tak bc smpi habis ek??

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆