Taipei, Taiwan: Taipei 101

12:48 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI. (gigih nak sambung cerita walaupun diserang penyakit M)

Bila dah sampai Taiwan, tak lengkap rasanya aktiviti jalan2 kalau tak singgah bangunan tertinggi di dunia dari 2004 hingga 2010, sebelum gelaran ini beralih kepada Burj Khalifa. sebelum tu, Taipei 101 dikenali sebagai Taipei World Financial Center kerana kawasan sekelilingnya dipenuhi pelbagai hub perkhidmatan kewangan dan pusat membeli belah. boleh baca kat SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taipei 101.

Dari The National Dr. Sun Yat-SenMemorial Hall (TNDSYSMH) ke Taipei 101 dekat je (lebih kurang 1KM). Nak naik MRT pun boleh. Cuma berselang 2 stesen sahaja. tapi bila kami dah sampai kat TNDSYSMH dan tengok Taipei 101 macam dekat je, so kami decide untuk jalan kaki. Sesat pun sesatlah. Not a big deal. Sebab Taipei 101 tu kan tinggi. Jalanlah celah mana pun tetap akan nampak puncaknya.

Ternyata 'redahan' kami kami tak sia2. Tak sampai setengah jam berjalan, kami dah sampai Taipei 101. so, tunggu apa lagi, kami terus masuk ke dalam.

Kat tingkat bawah Taipei 101 ni ada pusat membeli-belah. Masa ni kami terasa macam berada kat KLCC. Siyes! Cuma bagi anies KLCC lagi besar kalau diukur dari segi saiz. Kat dalam shopping mall ni, hmm tak payah cakaplah... memang penuh dengan kedai2 branded semata. Pendek kata, ni shopping hub orang have have hahaha... 

lepas pusing2 mall tu, kami terus naik ke tingkat 5 untuk ke observatory. Kat sini, boleh beli tiket, menjamu selera atau membeli belah cenderahati Taipei 101. di sini juga da beberapa info berkaitan Taipei 101, tetamu2 VVIP dan lain2.

namun setelah meneliti beberapa perkara, kami putuskan untuk TAK NAIK ke atas. Sebab apa? Sebab view tak berapa nak bagus. Average.

sebelum tu, anies ada cerita kat entry INI, kenapa kawasan ni nampak berkabus je kan? Memang betul, kawasan Chinjing Farm berkabus (sebab berada di puncak bukit) tapi tak setebal tatkala kami sampai sana.

Pada masa sama, kalau tak silap di bahagian Barat Taiwan sedang dilanda kebakaran hutan. Maka, terjadilah jerebu. Oleh kerana Chingjing Farm terletak tidak jauh dari kawasan terbabit, maka berkabus teballah Chingjing Farm dan sekitarnya.

Taipei juga mengalami perkara sama. Walaupun tidak mengalami jerebu tebal tapi sedikit sebanyak mengganggu view dan scenery tatkala berada di puncak Taipei 101.

sebab itulah kami tak jadi naik. Jadi, kami just merayau2 kat sini dan sempat sambar seketul souvenir sebelum beredar dan menuju ke destinasi seterusnya... tak ralat pun tak dapat naik bila kami tengok queue panjangggg ya amat! Hmm... tak apalah. Ada rezeki nanti kami datang and naik sampai ke puncak.

dan macam biasa... sebahagian gambar yang sempat kami snap...

tampak lengang kan? rasanya masa ni orang belum balik kerja kot... dan kami baru je keluar dari TNDSYSMH...

dari depan Taipei City Hall ni cuma straight je untuk ke Taipei 101... 

makin menghampiri... macam anies cakap sebelum ni, cuaca agak redup... sebab tu gambar pun kelabu asap je walaupun anies dah touch up sikit gambar ni...

kalau ambil gambar dekat2 jadi macam ni lah... nampak tak semenggah hahaha...

dah sampai! jom kita masuk ke dalam!

view dalam Taipei 101 shopping mall


macam kat KLCC kan?


budak bertuah ni nak posing... so kita layankan jelah... karang dia menangis mengamuk guling2 hentak2 kaki, kita tak kose nak pujuk dah hahahahahaha....

laluan ke MRT dari dalam shopping mall

jumpa teh mahal...

nampak tak jubin membentuk bulat kat tengah2 kawasan mall tu? kat situ ada nama2 ibu negara di seluruh dunia. kitorang sempat main pusing2 kat situ sebelum masuk ke observatory... laluan ke observatory yang ada escalator (sebelah kanan gambar) tu...

main entrance observatory... dari sini dah terasa orang ramai kat dalam tu... 

orang ramai tengah beratur nak beli tiket... time ni memang ramai sebab boleh tengok view sebelum waktu siang berakhir dan view bila malam menjelma...

mereka akan memberitahu sekiranya tiket masih available... jadi, kalau rasa malas nak beratur, better beli online...

lobi observatory... suka tengok warna warna ni... nak tahu apa yang ada pada warna2 ni? ada senarai nama2 'negeri' di Taiwan seperti Taichung, Tainan, Koahsiung dan lain2...

nampak tak harga tiket nak naik Taipei 101 tu? kat sini juga memaparkan keadaan cuaca dan pemandangan sekitar Taipei bila berada di puncak. view kalau okey dia akan tulis excellent.

since kami tak naik, maka merayau-rayau di kawasan sekitar adalah cara untuk menghabiskan masa hahaha...

singgah sini sambar seketul souvenir... mahal lor... paling murah NT200 aduh duh duh duh....



salah satu cara 👆👆👆👆👆👆 kalau korang nak naik Taipei 101 dengan harga murah. gabungan pembelian tiket MRT / airport MRT dengan tiket ke Taipei 101 pada harga NT520 / NT600. murah dah tu nina... bila nak pergi sana lagi? 😂😂😂😂


okey tu je perkongsian untuk hari ni. thanks 4 reading... have a nice weekend!

daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

34 Words of Lo♥e

  1. Ha a lah.. macam dalam KLCC.. ohsem..

    ReplyDelete
  2. My Taiwanese friends kata kalau cuaca cantik pun macam tak berbaloi sangat naik Taipei 101 ni. Tapi, tak tahulah betul ke tak. Dia local, kita ni tourists so mungkin ada pendapat yang berlainan.

    ReplyDelete
  3. TINGGI BETUL BANGUNAN TU YA..ANIES SEMPAT NAIK TINGKAT PALING ATAS KE

    ReplyDelete
  4. maju n bersih Taiwan ni. kalau ada duit pasti nak ke sana..

    ReplyDelete
  5. Taiwan kini semakin maju perekonomiannya ya semoga Indonesia, Malaysia maju juga, terus maju Asia!!

    ReplyDelete
  6. Wuiiih ... loby observatorynya keren tuh kak, warna-warni kontras.
    Keren buat foto-foto 📸🙂
    Sayang loh, kak ... kak Anies kok ngga sekalian berfoto disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... kalau cuaca baik pasti saya dah naik ke puncak

      Delete
    2. Emang sekarang Anies sedang ada di Taiwan ya? Oh iya anies kok tidak pakai profil Google Plus, boleh minta mengikuti kegiatan saya?

      Delete
  7. Memang nam sibijik macam KLCC

    ReplyDelete
  8. Ala macam typo Komen atas. Abaikan haha

    ReplyDelete
  9. tgk the mahal tu, terus teringat teh mahal yang ada kat Pavi tu..

    ReplyDelete
  10. haah la macam klcc plak dalam dia. dari jauh nampak gah taipei 101 ni.

    ReplyDelete
  11. Kalau berkabus dok kat gunung ganang mesti cantik tapi kalau dok kat dalam bandar rasa macam jerebu la pulak..tapi serius tengok gambar terasa macam masuk KLCC :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ms ni ok lg.. cuma rugi laa naik 101 tp view kelam je😊

      Delete
  12. iya ya, kalau sudah masuk tampal tidak megah. Biasa-biasa saja.

    ReplyDelete
  13. banyak muke cine merayau rayau….turis ape local ke?

    ReplyDelete
  14. Mmg nampak mcm klcc cuma kurang sibuk je.. menarik juga taiwan ni. Tak taulah bila nak pergi ni huhu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆