Taipei, Taiwan: restoran halal - Chang's Beef Noodles Shop

12:43 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Lepas drop luggage kat hotel, kami terus keluar cari restoran halal.

Sebelum tu, anies nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada blogger KembaraGD yang telah berkongsi entry pasal restoran ni masa kunjungannya ke Taiwan pada 2016 (kalau tak silap). sebenarnya dapat info ni pun secara tak langsung. dok meng'Google' restoran halal, tiba2 nampak link blog KembaraGD.

Alhamdulillah, info lengkap KembaraGD banyak membantu. sebenarnya bukan sahaja pasal restoran halal ni, tapi juga hal2 lain yang berkait dengan Taiwan dan lebih tepat lagi, Taipei.

So, kawan2, kalau nak dapatkan info travel tanpa agent / backpacker, sila follow blog KembaraGD ya. beliau dah banyak merantau. terbaru, beliau baru balik dari Pontianak harum sundal malam 😂😂 insya allah kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh terus drop komen kat blog beliau. klik kat SINI ya!

back to the title...

Alhamdulillah... restoran ni tak jauh mana pun. Rupa2nya dekat ya amat dengan hotel kami sebelum ni. Poshpacker Hotel. (anies ada share kat SINI).

Masa kami sampai tu, restoran dah nak hampir tutup. Barangkali ia cuma beroperasi untuk sarapan dan makan tengah hari sahaja. tanpa fikir banyak kali, kami terus je masuk dan cari tempat duduk. masa tu, ada laa 2 - 3 pelanggan tengah makan.

Bila korang dah sampai Taiwan, jangan lupa cari mi daging tau sebab ia boleh dikatakan 'a must try food'. Baru2 ni anies terbaca kat Siakap Keli. Katanya, menu termahal di dunia sekarang dipegang oleh mi daging! Semangkuk mi daging tu harganya RM10 000! ko rasa??? nak makan ke... nak bayar down payment rumah dulu? hahahaha... tapi kami tak laa sampai nak beli mi daging semahal tu. dapat makan yang ni pun dah kira bersyukur sangat.

sebelum tu KembaraGD ada beritahu, portion mi daging ni banyak. So, better share agar tak membazir. Memang betul pun cakap Kembara GD. Kami order 1 mangkuk je (1 set). 

Alhamdulillah... kenyang ya amat. Rasa macam sendat dah perut ni pekena mi daging. Memang sedap. Daging pun lembut je. Sup pun sedap. Makan dengan dumpling, lagi umpphhh!!

so, kepada korang yang nak ke Taiwan khusnya Taipei, jangan bimbang pasal makanan halal. Terjah je restoran ni. Tapi mak sure korang datang sebelum pukul 3 petang ya!

Hari terakhir kami kat Taipei, kami jumpa 2 warga Indonesia dan diorang bertanyakan pasal restoran halal. Dengan bangganya kami share dengan diorang laluan ke restoran ni. Kebetulan masa tu kami baru je selesai makan kat restoran ni (kami makan kat sini 2 kali).

nilah restorannya... nampak logo halal tu kami dah boleh tarif nafas lega...

jangan terkejut bila sampai jumpa dapur restoran dulu😊😊😊 ya ruang masak restoran ni berada kat pintu masuk. mungkin untuk kemudahan mereka yang nak tapau / take away makanan...

suasana dalam restoran...

2 kali kami makan kat sini. bukan tak ada restoran lain tapi malas nak cari hahahaha...

entah bilalah si nina snap pic ni... 2 staf restoran tengah sibuk siapkan makanan kami hehe...

dan lagi si nina ni pergi snap gambar mi... besar2 mi dia... kenyang ya amat lepas tu....

macam fish cake... ni pun nina snap... rajin na!

dumpling daging... time dah lapar, ngap seketul. lepas tu lidah melecur kepanasan hahahaha...

sabar menunggu makanan pada hal perut dah berdangdut sakan....

ni menunya... since blogger KembaraGD cakap, portion dia banyak sampai boleh share, jadi kami pesan satu set je laa... kami ambil set 1 =  1 beef noodle, dumplings, 2 side dishes dan 2 cawan soya bean / teh...  

menu lain. hari berikutnya kalau tak silap kami pesan menu yang sama...

yeay... mi daging kami dah sampai... masa untuk ngap! nampak sikit, kan? tapi sebenarnya sangat2 banyak. sebelah dumpling tu, taugeh dan tauhu goreng. sedap ratah macam tu je.  then satu lagi side side, daging steam rasanya... pun sedap juga. pekena dengan sup...wallaaa.... okey, jom kita baca doa makan: Allahumma baariklana fiima razaqtana waqina 'azabannar....

landmark untuk ke restoran ni... nampak tak bangunan warna merah di hujung jalan? korang just straight je... jalan sampai jumpa restoran ni... insya allah tak sesat punyalah...

credit sebahagian gambar: blogger nina

Okey, tu je laa perkongsian hari ni... thanks 4 reading! happy weekend!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

50 Words of Lo♥e

  1. Mane mane pegi...bab makan yang paling penting 🍽🍽
    Restoran dia simple dan kemas 👍👍

    ReplyDelete
  2. Meriah betul dengan daging.. memang puas hati makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDAPNYA MI DAGING...LUPA DH RASA DAGING CMANA...PANTANG LE PULAK

      Delete
    2. oh akk pantang mkn daging yaa

      Delete
  3. Saya owner blog KembaraGD (https://kembaragd.blogspot.com/), panggil je GD. Selain di blog, boleh la nak tanya saya di FB (https://www.facebook.com/kembaragd), IG (@KembaraGD atau https://www.instagram.com/kembaragd, Twitter (@KembaraGD atau https://www.twitter.com/kembaragd atau Google+ (+Kembara GD atau https://plus.google.com/106029970861502257184), juga emel di KembaraGD16@gmail.com.
    Juga minta like & follow FB, IG, Twitter & Google+ saya ye.

    ReplyDelete
  4. Kedai mee daging yang dalam posting ini boleh rujuk di Catatan Hari 4 KembaraGD di Taipei 2016 (https://kembaragd.blogspot.com/2016/06/06-hingga-11-mei-2016-taipei-taiwan_19.html).
    Di sebelah kedai ini pun boleh makan juga mee dagingnya (halal) dan ceritanya ada di Catatan Hari 2 KembaraGD di Taipei 2016 (https://kembaragd.blogspot.com/2016/06/06-hingga-11-mei-2016-taipei-taiwan.html).

    ReplyDelete
  5. Wah harus mampir ke sini nanti kalau saya ke Taiwan makanan halal yang paling penting untuk saya.

    Anies minta Nama Google Plus-nya ada nggak?

    ReplyDelete
  6. Allah, tengok makanan dia teringat Running Man..terus rasa lapar..

    ReplyDelete
  7. dumplings dia mesti best agaknya ye.. sampai kan melecur2 gitu.
    akak makan dumplings ni kat Ladakh.
    depa panggil MOMOS.

    ReplyDelete
  8. Wah... sampai Taipei dah Anies... banyak tertinggal ni. Kena marathon baca.. hehe

    ReplyDelete
  9. restaurant is quite clean.
    foods look delicious.
    thank you for sharing

    ReplyDelete
  10. huiss..sdapnya makanan dia..:

    psst : anies pos jer ke alamat lama tu, cik nor sambung balik kerja. haha. No.phone anies hilang, phone rosak..sori.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yasp cik nor smpi teringat2 hahaha

      ok baik nnt sy pos ikut alamat tu n sy akan WA sblm pos

      Delete
  11. Baru je tengok travel show yang pergi Taiwan. Daorang pun ada mentioned yang beef noodle is a must try dekat Taiwan. And now I know mana nak jumpa beef noodle yang halal. Thank you! :D

    ReplyDelete
  12. Menarik.. bagus juga idea dapur kat depan tu. Setidaknya mmg nampak kebersihan dan confident nk makan. Bukan senang nak jaga standard dapur tu especially klu semua mata boleh perhatikan

    ReplyDelete
  13. I am not fond of Chinese foods. but this is good to know

    ReplyDelete
    Replies
    1. sm mcm mi sup cuma part daging n mi je yg beza ;-)

      Delete
  14. hahahha kalau boleh smpai dlm periuk nk snap gambar 😂😂😂 sedapnya tgk gambar ala terliur nis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik baik aunty 2 org tu sporting... heheh sedap kan rs nk repeat lg ;-)

      Delete
    2. sporting hehehe.. lupa nk bg tau kita blogger fames 😂😂

      Delete
    3. fames dlm dunia sendiri😆

      Delete
  15. terbaek.. kalau ejulz xtau la camne nak cari tempat halal. hehe

    ReplyDelete
  16. Adudu.. dumpling daging tu kita memang suka.. beli yg frozen je kat supermarket.. dpt mkn yg ori alangkah gembirenye..

    ReplyDelete
  17. guangzhou pun senang nak cari kedai makan halal

    ReplyDelete
  18. memang nampak kesedapan mee daging tu :D

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah ada juga restoran halal kat sana

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆