Sun Moon Lake ➡ THSR Taichung ➡ Taipei ➕ Taiwan High Speed Railway (THSR)

11:57 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

jujur cakap, memang berat hati nak tinggalkan SML. terasa kejapppp sangat berada kat sini. serius, 3 hari memang tak cukup! warrghhhh... tak nak balik Malaysia!!!!!!!! tak nak balikkkkkkk 😭😭😭😭😭😭😭😭

kami check out terlebih dulu sebelum bersarapan. bila perut dah buncit barulah ada tenaga nak heret luggage ke Shuishe Visitor Center (SVC). tapi sampai kat SVC, kaunter tiket belum buka lagi. dalam pukul 8.00 barulah staf kaunter terhegeh2 sampai.

bas akan bertolak ke stesen THSR Taichung pada pukul 8.25 pagi. selesai beli tiket, kami lepak sekejap. time tulah kami ternampak pak cik yang kami dendam tu hahahaha... terus snap muka dia! habislah pak cik kami akan viral kan muka pak cik. lepas ni glamour lah pak cik seMalaya ya hahaha...

tepat pukul 8.25, bas perlahan-lahan meninggalkan SVC. sayunya hatiiii sayu sekali melihat engkau berpimpin tangan dengan si dia ... bye2 SML... ada rezeki pasti kami akan datang ke sini lagi! pasti!! (tu pun kalau sugar daddy ada tinggalkan wasiat RM1 trillion)

perjalanan dari SVC ke stesen THSR Taichung memakan masa kira2 sejam setengah. Alhamdulillah, smooth je. sama seperti sebelum ni, bas kami akan singgah di Puli Bus Station untuk mengambil dan menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan.

setiba di stesen THSR Taichung, kami terus cari bangku untuk lepak membute sekejap. ini kerana tiket THSR kami pukul 12.30 tengah hari. memang sengaja kami ambil tiket lewat sikit padahal tak reti nak bajet masa sebab nak elakkan hal2 yang mungkin terjadi sepanjang perjalanan dari SML ke sini.

oh, ya... tiket THSR ni kami dah beli siap2 masa kami sampai di Taipei (boleh baca kat SINI). harganya NT750 sehala (haip! sapa suruh convert to RM?😬). dan masa perjalanan pula cuma kira2 50 minit sahaja.

setengah jam sebelum bertolak barulah kami masuk station concourse masuk awal pun bukan boleh naik tren. penumpang agak ramai sebab hari tu hari bekerja.

tren sampai tepat 12.30. memang teruja nak naik THSR ni since dari Malaysia lagi (nak naik Shinkansen belum ada rezeki lagi)

and memang tak dinafikan, best naik THSR ni. antara Eurostar (boleh baca kat SINI) dengan THSR ni, mana lagi best? (agak2 laa anies oii nak compare tu)

rasanya hampir sama rasa 'best'nya tu. tak terasa pun kelajuannya. smooth je. tau2 je dah sampai memang laa sebab ko tido. harap2nya akan datang HSR Malaysia nanti pun macam ni juga. kalau sehebat Shinkansen lagi cun! bedezup je dari KL ke Singapore... hahaha

Alhamdulillah, dalam pukul 1.30 kami selamat sampai di TMS. dari TMS kami terus ke hotel untuk drop luggage. nak check in pun masih terlalu awal... pada masa sama perut tengah berdangdut versi mbak Inul. so jom lah kita cari makanan! of coz lah yang halal. tapi.....

kat mana tu?

tunggu next entry, okey! tapi sebelum tu tolonglah layankan gambar2 yang penat2 kitorang snap untuk korang tau! 😂😂😂😂

tiket bas dari SML ke THSR Taichung. harganya NT195 sehala...

nah, ni jadual perjalanan bas dari SML ke THSR Taichung...

suasana dalam bas...ramai juga penumpang hari tu...

bas kami berhenti sekejap di Puli Bus Station untuk mengambil dan menurunkan penumpang... nampak tak bangunan merah yang sipi2 tu? (sebelah kiri). tu KFC Puli branch - landmark Puli Bus Station ya...

tak terasa perjalanan dari Puli ke THSR Taichung... bila nampak stesen ni, rupanya kami dah nak sampai... almaklum laa lalu highway tak ada tol...

tiket sehala. kami dah beli siap2 masa baru sampai Taipei. boleh baca kat SINI. harganya NT700...haip! jangan convert to RM!

Alhamdulillah... kami dah selamat sampai di THSR Taichung...

port lepak kami sementara menunggu jam 12.30 tengah hari...

boleh minum sampai kembung perut hahaha

luggage storage. antara kemudahan yang disediakan... tak pasti sama ada FOC atau kena bayar...

ada THSR shuttle bus service untuk kawasan berdekatan manakala bus domestik bersebelahannya. kedua-duanya terletak di ground floor THSR Taichung...

kalau masih blur2... info. board...

pintu / laluan menuju ke stesen shuttle bus dan bus domestik...

tak kira dari mana korang datang dengan THSR dan berhenti di THSR Taichung, ni kaunter bas yang boleh korang refer. nak beli pass SML ke, pass Alishan ke... boleh beli kat sini...

kira2 setengah jam sebelum berlepas barulah kami naik ke tingkat atas (station concourse). ni ☝☝ main entrance kalau nak pick up or drop penumpang (kenderaan persendirian)...

station concourse yang luas ya amat...

bahagian lain station concourse...

passenger service counter...

self service ticket machine... rasanya boleh beli guna kad kredit

departure auto gate... make sure lepas tu korang naik eskalator mengikut platform yang ditetapkan. eskalator sebelah kiri - ke Koahsiung manakala eskalator kanan - ke Taipei...

dah sampai platform... 

"nak selfie dengan tren, tapi tren tak sampai lagi. maka kite posing laa dengan ahkak sibok nak interprem kat belakang tu," kata nina dalam hati.

dalam gerabak THSR... selesa dan sejuk... terasa macam naik flight laa pulak hahaha


view dari dalam THSR...

alhamdulillah... kami dah selamat sampai di TMS...

nah, video tren THSR untuk korang!

tu je perkongsian untuk hari ni...

thanks 4 reading...

daaaa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

34 Words of Lo♥e

  1. senang bila ada luggage storage tu.
    sure berbayar beb..
    mana nak free nya..
    Kalau kat Delhi left luggage.. mahai lah weiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik baik kat sini (stesen THSR) nk buang air free hahaha

      Delete
  2. Dah habis percutian ye.. selalunya macam tulah.. bila rasa seronok, rasa macam kejap sangat masa berlalu.. seronok baca pengalaman anies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti jln2 mmg dah habis tp buat entry belum lg hehehhe

      Delete
  3. Seat THSR tu nampak agak comfy juga.

    ReplyDelete
  4. seronok…..
    thank you for sharing your exciting experience.

    ReplyDelete
  5. wah best nya. terasa seketika macam di Pudu, KL sentral dan di dalam ETS. hehehehe

    ReplyDelete
  6. seronoknya dah ada pengalaman naik speed train

    ReplyDelete
  7. Seronok baca pengalaman anies travel ke negara orang..
    Pengalaman berharga.. Thank you for sharing..

    ReplyDelete
  8. Bila baca cerita Anies..nampaknya Taiwan pun destinasi jalan2 yang menarik juga nih...

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak baca kisah travel Anies. Kena start dari mula journey ni.

    ReplyDelete
  10. Cuti 3 hari oversea memang tak cukup wak, cuti dalam Malaysia pun tak cukup. At least ambik seminggu baru puas hati, duit pun puas hati jugak terbang :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 hari tu kt SML. overall kt Taiwan 6 hari ;-)

      Delete
  11. wahhh.. best.. ada pengalaman kat tempat org.. ejulz ntah bila dpt g sana.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari nnt pasti akan smpi sn ;-)

      Delete
  12. 1. Nak convert gak (dasar training akauntan tapi tak jadi akauntan, huhuhu)... NT$700 = +- RM94, hahaha... Dah naik HSR memang la mahal, kecuali naik di China, murah yang amat!
    2. Bukan mungkin, memang boleh beli tiket THSR guna kad kredit di mesin layan diri tu! Saya dah buat (cerita dalam catatan https://kembaragd.blogspot.com/2016/06/06-hingga-11-mei-2016-taipei-taiwan_18.html). Tapi mesin tunai lain, mesin kad lain. Tu dulu la, sekarang tak tau dah satu mesin ke idok, huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk kejar ms jd terpaksa laa naik... tp dah alang2 smpi rugi laa pulak kalau x naik kan...

      Delete
  13. Replies
    1. insya allah akk akn sampai ke sn 1 hari nnt

      Delete
  14. Info board tu tulis bahasa apa ye? Ada tulisan inggeris ke? klu tulisan dia je boleh tambah lg pening mcm tu huhu :D

    ReplyDelete
  15. muka kita yg tak hensem jugak nk letak hahah.. alishan tak terjah lg acano

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆