Taichung, Taipei: Gan Cheng Bus Station

12:35 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Entry ni dikongsi sebab mem besar rasa geram ya amat! ya... gerammmm sangat2 sebab masa buat itinerary, punyalah payah nak dapat info yang boleh dipercayai fasal Gan Cheng Bus Station (GCBS) atau Gan Cheng Zhan ni. even dah sampai Taichung pun, dalam hati cakap, apa yang jadi... jadilah! maksudnya, wujud ke tidak GCBS ni... kami redah je. sebabnya, masa kat Taipei kami tanya kat Visitor Info. Counter, diorang cakap diorang tak tahu GCBS ni apa? aduhhh... memang tawakal tu 'ala allah laa...

menyesal? tak juga sebab kalau tak silap bukan manusia namanya kan. jadi, harap2 entry ni dapat memberi manfaat kepada mereka yang mahu ke Sun Moon Lake or Qingjing Farm or Puli dan memulakan perjalanan dari Taichung.

setakat anies up entry ni, GCBS masih wujud lagi. kalau 4 - 5 tahun akan datang GCBS dah tak ada lagi disebabkan berpindah lokasi ke Taichung Bus Terminal, anggap sahajalah entry ni sebagai 'sejarah' ya... nak humbang masuk museum pun tak apa hahaha...

okey, berbalik kepada tajuk. lokasi GCBS ni cuma beberapa meter je dari VIP Hotel (anies ada share kat SINI). lepas check out, kami melilau sekejap kat situ. tengok kiri kanan, tengok suasana pagi selain memerhatikan gelagat orang ramai yang berkumpul di situ. rata2 yang tengah tunggu bas tu dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas. cuma kitorang je yang muda remaja and pakai tudung kat situ hahaha... remajalah sangat kan...

lepas tu, barulah kami ke kaunter tiket yang terletak dalam bangunan kedai. FYI kami boleh je nak bayar tambang bas menggunakan Easycard tapi kredit yang ada tak cukup. lagi satu nak sedapkan hati pun ya.

masa beli tiket tu, penjual tiket beritahu kami ada masalah sikit kat tempat yang kami nak pergi ni. then anies tanya nina, dia still nak pergi ke? walaupun nampak macam berat hati, tapi nina setuju juga nak pergi. alang2 kami dah sampai ke bumi Taiwan ni, apa salahnya panjangkan kaki ke tempat tu. lagi pun kami bukannya nak bermalam kat situ.

lepas beli tiket, kami pun cari tempat duduk sementara menunggu bas sampai. FYI kami yang bakal kami naik ni nanti adalah bas 1st route. akan bertolak dari GCBS kira2 pukul 8.30 pagi. ada info yang anies dapat masa buat iti. memberitahu, kalau lambat beli tiket bas ke lokasi yang kami nak tuju ni, makanya kami kena tunggu lagi 3 jam untuk bas 2nd route. hmm... tak ada maknanya kami nak tunggu lama2. dan sebab tu jugalah kami bangun dan check out awal.

sambil2 lepak, selfie dan tinjau2 kawasan sekitar, kami disapa dua lelaki Cina dari Malaysia. seorang pak cik dan seorang lagi muda dalam 30an. apa lagi, bersembanglah kitorang sampai yang lain pandang semacam je. ye lah... tengok muka bukan Chinese look tapi cakap bahasa pelik hahahaha... kami bersembang sampailah bas pak cik tu sampai. dia nak ke Sun Moon Lake dengan rombongan dia.

tak lama lepas tu, bas kami pun sampai. Alhamdulillah... terasa lega sangat2. rasa bengang dan geram sebab tak dapat info yang cukup since dari Malaysia tu entah terbang ke mana... dah naik bas, harapan cuma satu, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju dan cuaca kat sana baik2 sahaja.

well, ke mana destinasi kami ni? tungguuuuuu...

tapi sebelum tu, silalah belek2 gambar yang ada ni ya... kalau tak faham dan nak tanya, silakan...

macam ni lah suasana pagi kat GCBS... tak ada bumbung, tak ada terminal khusus...bas cuma berhenti tepi jalan untuk ambil penumpang dan lepas tu bergerak ke destinasi masing-masing...

macam anies cakap tadi, ramai orang tua je kat sini... kaunter tiket kat sebelah dalam bangunan...


lepas beli tiket, kami diberi kertas biru ni seorang sekeping. kertas ni jangan hilangkan sebab ia akan diserahkan kepada pemandu bas untuk ditukar dengan tiket.

ni tiketnya. jaga elok2 sebab masa dah sampai di destinasi nanti, tiket ni kena pulangkan balik kepada driver. sebab tu kami simpan dalam ID card badge holder ni supaya senang di kemudian hari. tak perlu nak 'kirai' beg semata2 nak cari kertas cinonet ni...

yang ni pulak, kami dapat kat kaunter hotel. disebabkan tak tahu berbahasa Inggeris, staf hotel berikan info ni kepada kami... sebenarnya GCBS bukan turn right tapi turn left (kalau berada di lobi hotel) ...


mula2 ingatkan ni bas yang bakal kami naik rupanya bukan...

nak tahu tak, kenapa anies snap gambar bas ni? bukan sebab warnanya sama macam bas Rapid KL tapi kerana...

tadaaaa.... dalam bas ni dihiasi pelbagai jenis patung2 comel... mesti ceria je kan kalau dapat naik bas ni... ikutkan hati nak je anies masuk sekejap dalam bas ni and snap gambar tapi seganlah pulak... hahaha...

lelaki yang pakai jaket kuning tu bagus orangnya. masa tanya dia pasal bas, dia tetap jawab walaupun bukan dalam BI. masa bas kami sampai, kalau tak silap dia macam tercari2 kami...

dia siap tolong angkatkan beg... thank you uncle... err... uncle ke? muda lagi kot... hahaha...

bas kami sampai tepat jam 8.20 pagi... dup dap dup dap...

Alhamdulillah... dah naik bas...ramai rupanya... ingatkan kitorang berdua je hahaha...

bangunan yang berbentuk cube tu laa yang anies cakap tadi. Taichung Bus Terminal. andai akan datang GCBS tak ada lagi, carilah bangunan ni ya...

bas kami perlahan2 meninggalkan Taichung... bye2 Taichung... ada rezeki kami datang lagi...

last but not least... haruslah ada gambar kitorang kat GCBS ni walaupun tak glamer mana pun... terima kasih filter 360 sebab jadikan kitorang hari tu cun melecun macam takkan tua sampai bila2 hahahahaahahhaaha.....


okey tu je laa perkongsian untuk hari ni... p/s sebenarnya sistem pengangkutan kat Taiwan ni taklah sesukar mana pun. cuma tu laa... kekurangan info. ada info sebenarnya tapi masalah bahasa pula yang menyebabkan ia 'terbatas'...

thanks 4 reading... daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

39 Words of Lo♥e

  1. ermm la..percaya anies cantik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dusta cik nor sbb filter byk tolong hahahaa

      Delete
  2. Bas macam Rapid KL bahagian dalamnya dah macam kedai alat permainan kanak-kanak. Penuh dengan patung comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tipu ckp kedai mainan mgkn ada yg percaya kot hahaha

      Delete
  3. Susah juga kalau tak cukup maklumat. Tapi, yang paling penting sampai ke destinasi.

    ReplyDelete
  4. Uniklah bas tu ada patung2 mainan, naik bas pun ceria je. Cuma klu ada anak yg jenis suka sgt smpi tak nak turun bas tu susahlah hahaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ayah dia kenalah beli bas tu nmpk nya hahahaha

      Delete
  5. Alhamdulillah jumpa juga GCBS tu. Dapat juga tinggalkan memeori kat situ walaupun mungkin suatu masa nanti dah tak wujud kan.. Zumal rasa macam nak tau je apa yang ada dalam bas yang ada patung2 cute tu. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... dah blk br rasa ralat x terjah bas tu hahaha

      Delete
  6. Alhamdulillah..sampai jugak basnye & hopefully sampai ke tempat yang ingin ditujui

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kami smpi ke destinasinya...

      Delete
  7. Besar bangunan basnya tapi tunggu kat luar cenggitu je? Ingatkan macam Jalan Pudu yang dulu naik bas hop in hop out tu tapi bangunan macam TBS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de bangunan sebenarnya... yg ada cuma kauntr tiket. tu pun tumpang kedai lain...

      Delete
  8. hadoi baca pasal bas ni teringat masa di hat yai, sebab kami pergi naik erl, balik naik bas, memang blur dan tak de idea kat mana nak cari bas nya. nak sedapkan hati sama gak la tawakal. doa musafir memang mujarab. sepanjang kita bermusafir kita hanya ada Dia. Alhamdulillah jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... nampaknya kena mussafir selalu supaya doa selalu dimakbulkan ;-)

      Delete
  9. Membingungkan juga ya kak naik bus disana, apalagi bagi kita yang bukan asli disana

    ReplyDelete
  10. menarik...

    artikel saya baca habis..

    gambar saya sekodeng habis..



    cuma yang terakhir biarpun belum berakhir..

    yang mana satu 'mem besar '

    masih konfius...hahahahahaha

    ReplyDelete
  11. Wkwk...rada pusing gua baca tulisan china hehe,

    ReplyDelete
  12. ..ciee ..cieee .. cieee .. kak Anies disapa 2 lelaki tampan Chinnesse dan Malaysia 😁

    Makin semangatlah keliling-keliling naik bisnya ... hahahaha 😅

    ReplyDelete
  13. Comelnya bus yang ada anak patung bagai tu. Comelnyaaaaaa :D

    ReplyDelete
  14. masalah bahasa memang boleh buat perjalanan satu satu percutian tu jadi sukar kan anies.. Bagus perkongsian anies nie.. boleh jadi rujukan pada yang nak ke tempat yang sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... tp syukur org taiwan bkn mcm org mainland or HK hehehe

      Delete
  15. mana tahu lepas ni dh bertukar ke bangunan baru.. harap2 org still dpt faham

    ReplyDelete
  16. stesen train pun mesti dh baru

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆