#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #CrazyRichAsians

11:52 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

walaupun sudah ber'couple' lebih daripada setahun setengah, namun bukan semua hal tentang pasangan diselidik / diketahui sepenuhnya. itulah yang terjadi kepada Rachel. dia sedia maklum bahawa Nick anak orang berada tetapi dia tidak tahu 'tahap' kekayaan sebenar keluarga Nick sehinggalah dia menjejakkan kaki di Singapura.

kehadirannya di Singapura menjadi tumpuan dan ketika itulah dia baru tahu rupanya kekasihnya itu umpama 'anak raja Singapura'.

tidak cukup dengan itu, apabila diperkenalkan kepada keluarga Nick, Rachel dapat rasakan dirinya sebenarnya tidak diterima oleh keluarga terkaya di Singapura itu meskipun mereka mengalu-alukan kedatangannya.

mampukah Rachel tangani semua hal ini? adakah benar dia gold digger seperti yang didakwa wanita-wanita di sekeliling Nick?

komen:

disebabkan filem ini based on novel (penulis Kevin Kwan), jadi nak komen banyak2 pun rasa macam tak sesuai.

anies cuma nak sentuh dari segi watak yang dimainkan yakni watak Eleanor yang didukung oleh Dato' Michelle Yeoh. pada mulanya anies menyangkan wataknya garang dan tegas macam Nyonya Mansor sampai Rachel benar-benar makan hati. sebaliknya, watak Eleanor sebagai ibu Nick tak begitu. ketegasannya 'tak berapa bitter', hanya ditonjolkan menerusi mimik muka dan kata-kata sahaja.

sementara itu, 'penonjolan sisi-sisi kekayaan dan kemewahan melampau' memang tepat dengan dengan judulnya. part paling best anies rasakan dalam hal ni adalah ketika majlis perkahwinan Araminta dan Eddie. idea deko perkahwinan mereka memang betul2 ohsem... kalah pelamin Yuna dengan Adam Sinclair... hahaha... gurau je...

plus, suka dengan watak Peik Lin. rasanya lakonan Awkwafina lebih cemerlang dari Constance walaupun cuma watak pembantu sahaja...

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri⭐⭐ 1/2 je... dan filem ni bakal menemui penonton esok, 22 Ogos 2018.

macam biasa, arigato budiey.com atas dua pass tayangan premiere ni... first time dapat masuk Onyx hall. seat dia best!

antara scene dalam Crazy Rich Asians. credit gambar.

Rachel sedang berbual dengan Mr. Goh, ayah kepada kawannya, Peik Lin (kanan) selepas dia tiba di Singapura...

aksi Peik Lim sewaktu Rachel sedang mencuba pelbagai jenis baju untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Nick...

Rachel tumpang simpati atas nasib yang menimpa Astrid (sepupu Nick) selepas mendapati suaminya ada hubungan sulit...

pesan Peik Lin kepada Rachel sebelum dia keluar bertemu Eleanor...

Eleanor terjumpa Rachel yang seolah-olah sedang mencari sesuatu di rumahnya...

trailer. credit

selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.... yang bakal pulang beraya tu, hati-hati memandu...

thanks 4 reading!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

20 Words of Lo♥e

  1. dah tengok trauiler hari tu mcm style..

    ReplyDelete
  2. Pernah nampak novel dia kat kedai buku hari tu..
    Macam best jugak cerita ni

    ReplyDelete
  3. Dapat tiket free lagi? Untungnya. Kita rasa dekat cinema yang dekat dekat dengan Banff ni takde tayangan untuk filem ni.

    ReplyDelete
  4. SALAM IDILADHA ANIES MSTI SRONOK BRAYA SMBIL TONTON FILM MENARIK NI

    ReplyDelete
  5. Nice review kak Anies!!! ^_^ salam aidil adha <3

    ReplyDelete
  6. nak tengggoook nanti tapi x pegi cinema xdak geng. btw takuit nak kawen orang kaya ahhaha (eh macam ada orang kaya nak je) wakakaka..

    ReplyDelete
  7. Mantapp gua ini film hehe, mohon maaf lahir dan batin yah heheh

    ReplyDelete
  8. Setelah membaca artikel dan cuplikan video diatas tentang film Crazy Rich Asian ..., aku salut dengan tehnik penggarapannya.
    Setting filmnya dibuat tampak glamour, wah dan dibintangi aktris cantik keturunan Chinnesse asal Malaysia yang mendunia, Michelle Yeoh.

    Tontonan apik 👍

    ReplyDelete
  9. nanti nak tengok bila free...

    ReplyDelete
  10. Cerita novel pun best jgk tu...;-)

    ReplyDelete
  11. Waaah, jadi ingin lihat secara langsung nih...

    ReplyDelete
  12. Rasanya tak terlambat nak ucap Salam Aidiladha.. baru bergiat bw lepas bercuti hihii :)

    ReplyDelete
  13. Nampak menarik.. tapi Sha kurang minat cerita macam noe.. :)..
    Aniea.. nak minta Anies email Sha nama, alamat dan no fon dekat sini coklat.funky@gmail.com ASAP ye..tq anies..

    ReplyDelete
  14. Bila kata taknak komen banyak2 sebab cerita based on novel tu buat saya rasa taknak tengok la cerita ni..hihi :D

    ReplyDelete
  15. rasa mcm nk tgk hahhaa tp tulah xdo masa

    ReplyDelete
  16. Bintang sikit jadi rasanya zumal nak tengok yang lain je la. Hihi...

    ReplyDelete
  17. dh tgk semalam... memang lawak dan byk tips nk kawen

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆