#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #DownADarkHall

9:50 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

mengisahkan tentang Kit, yang kematian bapanya ketika kecil dan sejak itu dia berubah menjadi seorang yang memberontak dan bermasalah. disebabkan itu dia dihantar ke sebuah sekolah yang terletak jauh di pedalaman yakni Blackwood Boarding School. di sana dia bertemu Veronica, Ashley, Sierra dan Izzy.

sekolah tersebut umpama 'sekolah pemulihan akhlak' namun silibusnya terarah kepada muzik, seni, kesusasteraan dan lukisan.

Madame Duret, yakni pengetua sekolah terbabit pada mulanya dilihat seorang yang baik tetapi tegas. namun disebabkan insiden2 ngeri lagi menyeramkan yang menyerang pelajar2 terbabit, kecurigaan mula menghantui Kit dan dari situ dia menyelinap masuk sebuah bilik rahsia. dalam bilik tersebut, dia bukan sahaja menjumpai potret2 bernilai tinggi dan barangan seni tetapi juga menjumpai rekod2 pelajar yang pernah bersekolah di situ.

sebaik menjumpai rekod seorang pelajar membunuh diri, Kit  dan Veronica mula bertindak tetapi Mdame Duret terlebih dahulu dapat mencium gerak geri mereka.

berjayakah Kit dan Veronica melepaskan diri dari sekolah tersebut? apakah rahsia yang disimpan selama ini oleh sekolah terbabit? bagaimana pula nasib kawan-kawan Kit yang lain setelah rahsia Blackwood terbongkar?

komen:

anies tak tahu nak komen macam mana fasal filem ni sebab tak pernah baca novelnya (penulis Lois Duncan) lagi. jadi ada sedikit kekeliruan dan tak berapa nak faham maksud dan mesej yang cuba disampaikan menerusi filem ini.

kalau nak kata filem ni filem seram, tak juga. sebab tahap 'keseramannya' tu biasa2 sahaja walaupun menggunakan pelbagai efek bunyi-bunyian. nak kata filem ni bergenre misteri, bagi anies cuma ada 40% je yang misteri, yakni misteri mengapa Blackwood ni sentiasa gelap dan juga penampilan serta personaliti Madam Duret yang penuh tanda tanya.

lagi satu, anies tak berapa nak suka filem yang ada insiden di dalamnya, berlaku dalam tempoh satu malam je... so ini yang berlaku dalam filem ni. segala misteri terungkai dalam tempoh satu malam je... oh my...

so, dari ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐ je.

filem ni dah masuk wayang seluruh tanah air semalam, 16 Ogos 2018!

dan seperti selalu, terima kasih kepada pihak budiey.com atas 2 pass tayangan premiere... selain tu, pihak TGV turut memberikan 2 kupon makan sempena tayangan premiere ini. selain tu, dalam kotak gambar kartun arnab tu, goodies daripada event planner... sorry tak ingat namanya... btw, terima kasih semua!! 

antara scene dalam filem Down A Dark Hall. credit gambar.

Kit membantu Ashley yang tiba-tiba dirasuk sesuatu...

Madam Duret (Uma Thurman) mengalu-alukan Kit dengan makan malam pertama mereka di Blackwood...

muka bosan Veronica (kiri), Kit dan Sierra ketika berada dalam kelas sastera...

Kit, ibu dan bapa tirinya tatkala baru sampai di Blackwood... mereka terpegun melihat dekorasi Blackwood yang tak ubah macam istana lama zaman Renaissance... 

para pelajar yang baru sampai di Blackwood dan disambut oleh Madame Duret dan pembantunya yang bengis, Mrs Olansky... (masa ni anies baru perasan yang Uma Thurman ni tinggi orangnya)

Kit seakan tidak percaya setelah melalui insiden seram lagi menakutkan selepas menjejaki Blackwood... 

trailer. credit

selamat menonton!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

24 Words of Lo♥e

  1. Kalau tengokkan trailer macam menarik.. Tapi bila baca review anies, macam tak berapa lah pula.. Mungkin sebab dari novel, jadinya kena baca novel dia dululah kot baru boleh nak faham keseluruhan cerita..

    ReplyDelete
  2. Mrs. A suka citer macam ni hehehe...
    Rasa nak pi tengok la harap menjadi kenyataanlah

    ReplyDelete
  3. kalau citer misteri mcm ni mmg abe kie suka tengok...

    ReplyDelete
  4. macam tak de mood sangat menonton wayang sekarang ni...mungkinkah dah tiada cerita yang menarik? erm..

    ReplyDelete
  5. Kalau saya, layan jugak cerita pasal budak-budak sekolah ni.

    ReplyDelete
  6. Hahahaha..samalah persoalan kita. Kalau tengok cerita suspense je mesti gelap, nak je suruh director pasang lampu bebanyak. Tak logikla 24jam gelap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psl.. kalu tgk cite as below as above laaaagi pening

      Delete
  7. Anies, Blackwood tu ada depan kedai zumal. Hehe...

    ReplyDelete
  8. Sudah tayang bioskop kah film ni?

    ReplyDelete
  9. Selalunya dapat premiere tickets! :D

    ReplyDelete
  10. tak suka betul movie macam ni, memang lemah semangat nak tengok

    ReplyDelete
  11. Nampak menarik jalan cerita ni. Mmg suka juga filem2 seram, pelik dan triller ni. Ok, nanti nak menonton juga. Thanks sharing Anies :)

    ReplyDelete
  12. wahhh.. bestnyer dpt tgk tayangan premiere

    ReplyDelete
  13. tgk trailer mcm seram dan xberapa suka part terkejut2

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆