Lepas gian -- nasi durian

9:41 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Musim durian kali ni memang betul2 dahsyat laa... kalau bandingkan 2 - 3 tahun lepas tak macam ni. laa ni pergi mana2 ada je orang jual durian tepi jalan. baik yang berlonggok atau dijual atas 4WD or van or bonet kereta... semuanya menggoda nafsu sambil jeling purse yang tak berapa nak kembung...

baru2 ni member anies beritahu kenapa durian musang king harganya tak semahal sebelum ni. dia ke pasar dan bertemu penjual durian. katanya, tahun ni China dan Singapura tak import durian dari Malaysia... tak tahu laa sebab apa... kerana tulah harga durian boleh dikatakan 'mampu beli' berbanding sebelumnya yang hanya 'mampu tengok' je...

dan kelmarin, ada seorang member mesej dalam WA group. dia sudi belikan durian tapi dalam kuantiti yang banyaklah. beli banyak dapat murah. RM7 sekilo. apa lagi, member2 yang lain menggelupur laa dalam WA tu bila dengar durian murah. yang taip entry ni pun 2x5 juga. tak tunggu lama terus je bank in duit hahaha...

Alhamdulillah, semalam petang dah dapat. balik kerja terus beli kelapa parut. sampai je rumah, terus tanak nasi. dia punya excited tu tak leh nak cakap. nak solat Asar pun dah terbayang2 nasi durian hahahaha ya Allah... ampunkanlah hamba-Mu ini...

siap solat, nasi dah masak, then terus je blend kelapa parut. tujuannya nak dapatkan santan pekat. dah siap semua, tinggal nak kopek durian je. bila dah kopek...ya Allah... semerbaknya bau duriannnnnnn!!! tak tunggu lama, terus je ngap seulas dua. terpejam2 dapat makan durian dari Hulu Langat / Semenyih.

sori terguna flash sebab makan dalam gua hahaha... tak laa... ni laa duriannya... RM20 dapat 3 biji alhamdulillah... puas sangat2!

tunggang terbalik dibuatnya... tak pe... yang penting dah selamat masuk perut dengan jayanya... walaupun saiznya nampak kecil, tapi isinya sangat2 besar, tebal, tak terlalu manis, ada pahit2 sikit tapi tu masa mula2 makan je. tapi lepas tu dah tak rasa lagi. dan yang paling best, of coz laa... bijinya kecil / kempis! fuh!!! tabik spring kat member yang pandai pilih durian ni!

ni laa dia nasi durian yang dah lebih 10 tahun kot anies tak jamah... serius! memang dah lama tak makan nasi durian ni. tak tahulah kenapa... mungkin sebab harga durian yang mahal kot. 

alkisah, nasi durian ni adalah resepi arwah atok. dulu, belakang rumah opah ada pokok durian. setiap kali durian gugur, arwah atok memang tak sah kalau tak buat nasi durian ni. arwah kalau makan nasi durian ni tiap2 hari relaks je... kitorang yang tengok pulak rasa seram sejuk. then kalau kami makan nasi durian sama2, mesti akan makan lepas solat Isyak. sebab lepas tu nak tunggang terbalik pekena durian no hal. sebab dah solat 😊😊😊

nak resepi ke?

bahan2:
nasi putih
air masak
santan
gula melaka / gula merah
isi durian
cara membuat:1. perah / blend santan dengan air masak. kalau guna air paip, didihkan santan seketika tapi rasanya 'kureng' sikit. kalau guna santan kotak, sorry to saya - 'out' rasanya! dan hanya santan perahan pertama sahaja yang digunakan.
2. kalau guna gula melaka, hiris terlebih dahulu. bukan letak seketul gula tu ya...
3. campurkan semua bahan dan sedia untuk dimakan.
p/s kalau durian lebih, maka gula melaka/ gula merah pun kena lebih juga. kalau tak nanti cepat muak.

ni pulak, gambar2 durian yang member2 turut beli sama dan share dalam WA group... perghhh... memang best dapat member2 yang hantu durian ni! dan paling best bila ada orang dalam opis yang tak suka durian hahaahaha... pening beb!






p/s sorry, anies tak tahu ni durian nama / gred apa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

68 Words of Lo♥e

  1. tak pernah lagi try nasi durian ni. biasa nampak org mkn dgn pulut kan...

    ReplyDelete
  2. cantik isi dia..jap nak tanya.knapa tak makan dgn pulut?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. becoz eating with pulut is too mainstream hahahahaha

      Delete
  3. Aku baru tau jenis durian musang king ini, kak ...
    Dagingnya terlihat tebal dan sangat menggiurkan ya ... , terlihat enak sekali ☺.

    Terimakasih resep nasi duriannya, ya.
    Jadi penasaran ingin membuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan musang king ini durian biasa. ngak tahu gred / nama apa. kami cuma tahu makan sahaja😆

      Delete
  4. tahun lepas saya boikot x beli durian sbb harga mahal pakai timbang.
    tahun ni saya beli sebab harga dah murah sebab durian menjadi..

    ReplyDelete
  5. ELOKNYA ISI DURIAN MAKAN DENGAN NASI BERSANTAN MMG PUAS HATI

    ReplyDelete
  6. Durian tetap jadi primadona di masyarakat melayu hehe, gua juga suka, cuman harganya kadang mahal pakai bgt, kadang murah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau murah mas tanam pokoknya.. dapat durian gratis tiap tahun😆

      Delete
  7. Sangat enak banget jika dimakan saat perut lapar nasi+durian ala Malaysia ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mas. lazim mereka makan durian dengan beras pulut

      Delete
  8. Mak aiihhhh...sedapnya.
    First time tau pasal nasi durian. Menarik jugak ni.

    ReplyDelete
  9. Menarik sangat nasi duriannya...Cuma menurutku lebih enak nasi ketan campur durian...

    Kalau nasi biasa awa kurang suka..Kalau nasi ketan pasti sangat banyak makannya...😄😄😄

    ReplyDelete
  10. rm20 bg 3 biji bestnye? kat cni masih pling murah 7-8 ringgit sekilo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rs nya bleh dpt lg murah kalu kn gaya memujuk rayu hahaha

      Delete
  11. wahhhh.. sedapnyerr.. hehe

    ReplyDelete
  12. hanya mampu melihat sbb abe kie x mkn durian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abam kie bleh msk geng dgn akk ipar #gengtakmakandurian hahaha

      Delete
  13. Kita first time dengar pasal nasi durian ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kanada ada durian x? kalu x bleh try ;-)

      Delete
  14. Sampai sekarang penasaran pengen nyoba rasa durian musang king

    ReplyDelete
    Replies
    1. coba mas coba... sementara durian masih banyak

      Delete
  15. suka jugak makan nasi durian ni! Betul tu, musim buah kali ni agak meriah, tepi jalan memang penuh orang jual durian. Sana sini durian

    ReplyDelete
  16. musim durian kali ni memang best. banyak giler durian, dan murah.

    ReplyDelete
  17. Dekat rumah haritu memang boleh kata ada unlimited ammount of durian. Tapi ceq tak makan huhu.

    ReplyDelete
  18. mmg tahun ni puas hati dapat mkn durian byk kali...aku pun dah 2x repeat beli durian sampai tido mlm pun kepanasan..hahaha...

    teringin pulak nak rasa nasi durian tu...

    ReplyDelete
  19. Ya Allah, terasa-rasa dalam mulut kesedapan durian ni. Bagus la China dengan Singapore tak import durian kite dah. Dapat la merasa durian murah sikit. Hopefully tahun depan lagi murah. Boleh berpesta durian tanpa mengingat hari esok. Hahaha. Btw, first time dengar nasi durian. Biasanya pulut durian. Mungkin boleh try nanti. Thanks for sharing Anies.

    ReplyDelete
  20. Zumal suka makan nasi + air garam + gula + durian, dah lama tak makan camtu. Thanks Anies, hadiah dah sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat tu zumal sementara musim durian tgh berlangsung

      Delete
  21. mak saya suka makan durian ni dengan nasi sejuk. hehe. nasi yg lebih semalam, mak makan pagi tu. sedap katanya. hehehee

    ReplyDelete
  22. Perghhh party durian ni haha.. mmg puas makan mcm ni. Silap2 lepas makan memang tersandar.. mata pun boleh layu dibuatnya.. best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu xleh tido sbb pns 😆

      Delete
    2. Hahahaa.. minum air jarang bnyk2 :D :D

      Delete
    3. tp sy ada bc 1 artikel ni, mkn durian byk, minum air byk pun x bgs jg hmmm mn 1 yg betul ni haha

      Delete
  23. Peliknya guna nasi putih je, bukan pulut ye?

    https://www.nurzariniismail.com/2018/07/discover-the-world-dengan-burger-ayam-mexicana-oleh-mcdonalds.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. becoz eating with pulut is too mainstream😆😆😆

      Delete
  24. sedapnya durian! murah lak tu. ni pun tengah mabuk durian lagi. haha

    ReplyDelete
  25. Akak makan durian dgn pulut, campur santan dan garam..mabeles

    ReplyDelete
  26. Wah! berbaloi-baloi isi dia elok cantik dan tebal

    ReplyDelete
  27. mmg sedap ni,, tapi yang de kolestrol jaga2 ye

    ReplyDelete
  28. tak pernah try nasi durian. tapi pulut durian tu pebret hihi

    ReplyDelete
  29. Lebih kurang sama cara makan dengan pulut durian la ni kan anies? And btw, kat mana durian semenyih tu? Murah nau, sha duduk semenyih tak jumpa pun murah gitu. Jeles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtau laa sha member yg rajin mencari kitorg hulur $ je😆

      Delete
  30. Perrghhhh!!! dia punya skin tu nampak umphhh sangat!! hahah :3 nak sebijik boleh?

    ReplyDelete
  31. ooo ingatkan pulut nasi sebab yang tu macam da biasa. ni nasi betul haaa rare first time cheq tengok kak oooi hehe.. tapi konsep lebih kurang sama dengan makan pulut..

    ReplyDelete
  32. Ya Allah.. Rasa macma nak beli dan makan durian lagi je lepas tengok entry anies ini.. Sha pun sama mcam Anies, tahun nie baru dapat makan durian balik.. Disebabkan lambakan durian, so harganya murahlah dan mampu beli.. Kalau tak memang mampu tengok je.. Sha kalau makan durian macam anies nie, mau pengsan.. Kikiki.. sejenis yang tak pandai nak makan macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kn try sha... bla lg nk try selagi doktor blom keluarkn fatwa berpantang😆

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆