Hukum 'snap' / 'record' = 'viral'

9:39 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kuasa 'viral' pada hari ini boleh dikatakan sangat kuat lebih-lebih lagi sekiranya hal tersebut menimbulkan kemarahan, kebencian, tohmahan dan kecaman orang ramai.

namun jika dipandang pada suatu sudut, kuasa 'viral' atau tular ini juga boleh memberi impak positif. sebagai contoh, memasarkan produk yang berkesan dan mendatangkan manfaat kepada pengguna (marketing strategi).

akan tetapi, pengguna-pengguna media sosial sekarang dilihat tidak mengendahkan situasi kerana bagi mereka, 'yang pertama berjaya merakamkannya' atau banyak 'like', 'view', 'share' atau 'retweet' adalah lebih membanggakan (lebih menerujakan) daripada memikirkan hal lain.

jadi, apakah pandangan Islam dalam hal ini? wajarkan ia dilakukan atau sebaliknya.
berikut sebahagian artikel yang dipetik (diubah suai) dari majalah Muslim Teens bil. 45 yang ditulis oleh Ustaz Anwar Ariff Ramli. 

>>::<<

"Ustaz, apa hukumnya kita ambil gambar atau rakam video orang lain dan lepas tu kita sebarkan / viral?"

>>::<<

Pertama, harus hukumnya apabila ia diambil / dirakam dalam keadaan individu itu membenarkannya serta yang dirakan dan disebarkan itu tidak menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah.

contohnya bergambar dan rakaman biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, keluarga etc, berkongsi aktiviti yang dilakukan atau merakam sesuatu yang bermanfaat seperti taklimat, kuliah agama atau pengajaran yang sedang disampaikan.

Kedua, rakaman dan perkongsian gambar / video otu bukan atas sebarang tujuan haram seperti menunjuk-nunjuk (show off), sombong, memalukan orang lain atau sengaja hendak menimbulkan kedengkian mereka yang melihat / menyaksikan. Inilah amaran yang disebut oleh Allah SWT:

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari kampungnya dengan angkuh dan riya' terhadap manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan." (al-Anfal: 47)

Ketiga, keharusan hukum berkongsi rakaman atau gambar ini mestilah dalam keadaan ia tidak melanggar hukum-hakam syariat serta tatsusila masyarakat.

contohnya seperti pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan aurat, tiada unsur pergaulan bebas, bukan sesuatu yang kejam atau sadis serta tidak menimbulkan fitnah kepada yang melihatnya.

Keempat, apa sahaja gambar atau rakaman yang hendak dikongsi itu juga mestilah bukan perbuatan berbahaya dan sia-sia kerana ia akan menjadi satu galakan kepada pihak yang dirakam untuk melakukannya. Ia juga secara tidak langsung mempromosikan perbuatan tersebut.

tolong viral kan gambar ni. kucing ni didapati mencakar orang sesuka hati mak bapak moyang dia je... apa dia ingat dia banyak bagus nak cakar2 orang? padan muka kau kucing lepas ko kena viral ni, bukan je kuku ko kena potong, bulu2 ko pun kena cukur style lion cut 😂😂😂😂😂 (gambar sekadar hiasan)

wallahu 'alam. semoga bermanfaat.

p/s insya allah, hadiah2 top commentators akan dipos pada Sabtu ini. harap bersabar ya...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

20 Your Words of Lo♥e

  1. terima kasih atas perkongsian ini.

    psst..xblh ke pos awal skit..haha

    ReplyDelete
  2. agak formal pulak gaya penulisan kali nie..

    dah buang tabiat ka awak ?

    biar sentap tapi jangan kecik hati la

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. Jaga aib orang, Insyaallah aib kita dilindungiNya..

    ReplyDelete
  5. Sekarang sudah jamannya orang ingin menjadi viral dan terkenal. Tidak perduli dengan masalah yang ditimbulkan belakang. Asal hati senang, itu katanya.
    Tapi sebenarnya semua itu ada adabnyam ada pertanggung jawabannya. Mari kita viralkan hal-hal baik saja.

    ReplyDelete
  6. Thank you for this! Just my two cents, there are somehow things yang tak perlu di viral kan pun. Likeeee nak tunjuk kesalahan dia, kita boleh tegur w/o viral kan punnn. But nowadays, the power of viral. Everyone wants to go viral tho.

    ReplyDelete
  7. Snap & pos di media sosial sesuatu yg mengaibkan org tak elok sebenarnye kan? Tapi masalahnya bila semua benda org kata aib, padahal bila kita pm nasihat xmo terima. Atau sengaja buat perangai mintak kne viral. Haish.

    p/s: Alamat Kelana Jaya still sama. Anies ade ke address tu?

    ReplyDelete
  8. Zumal viral sesuatu untuk promosi jer sekarang. Hehehe...

    ReplyDelete
  9. Good reminder.. Apa2 pun, bila di arah kpd yang baik, insInsyaAllbaiklah jadinya..

    ReplyDelete
  10. Ok! lepas ni dah boleh tolong viralkan blog Hana ya! hahaha >_< nanti dah femes kita pm tepi :P

    ReplyDelete
  11. Betul tu anies. Kalau kite viral benda yg betul dan bermanfaat takpe laa jugak.

    ReplyDelete
  12. Ahahaha..kesian pulak kucing kena marah. Pasrah je lah pak bulus..

    ReplyDelete
  13. sejak ada media sosial ni, cleaner warga asingp kt UM ni pun bukan main lawa bila habis waktu kerja...sebab selpi di disana-sini..

    ReplyDelete
  14. Viral yang baik-baik sama-sama dapat kebaikkannya.
    Yang buruk jangan sekali-kali nanti tak pasal-pasal dapat dosa berterusan selagi apa yang dipost tu berada di alam maya huh! nauzubillah minta dijauhkan.

    ReplyDelete
  15. Tak pe ke kucing tu viral? Tak aibkan dia ke?
    Sila baca dengan nada poyo! Heheheh

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsian Anies. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  17. Kasian banget itu kucingnya, padahal bulunya bagus sekali.

    ReplyDelete
  18. Alolo..cian meowww..

    Yang baik jadikan tauladan. Yg tak baik, jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  19. I don't like this viral things unless kalau benda tu benda baik. Kalau benda-benda bodoh jadi viral, sakit kepala otak tengok.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆