Dari Taoyuan Inter. Airport ke Taipei Main Station

10:00 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

perjalanan selama kira-kira 4 jam 15 minit akhirnya selamat mendarat di bumi yang satu ketika dahulu, pernah 'viral' dengan drama Meteor Garden.

ingat lagi tak kawan2? hahaha... tetiba teringat course mate yang sangat2 gilakan kumpulan F4 ni okey! tahap gila dia tu tak payah cerita laa... sampai naik sebu telinga kitorang dengar lagu F4 tiap2 hari! poster, CD tak payah cakap laa... lagi satu, pantang ada majalah cerita pasal F4, sure dirembatnya... fuhhh... mek Wan... i miss you babe!

back to the title... urusan imigresen ambil masa yang agak lama sebab ada penumpang lain turut mendarat bersama. lenguh juga laa masa beratur tu... dan sempat kitorang berborak macam2 topik termasuklah mengumpat! ops! hahaha...

urusan kat sini sama macam kat airport Siem Reap. kena scan 2 jari serentak. bukan ibu jari ya sebaliknya jari telunjuk.

selesai urusan, kami terus keluar untuk collect luggage dan lepas tu mencari kaunter Taoyuan Airport MRT untuk redeem pass.

bila dah jumpa kaunternya, staf dia beritahu yang tu bukan tempatnya. maka melilau laa sekejap kami mencari kat mana laa kaunternya berpandukan direction yang staf tu beri. jalan punya jalan, cari punya cari, akhirnya jumpalah kaunter yang dimaksudnya. rupanya, kaunter ni terletak berdekatan pintu masuk / keluar MRT di Terminal 2.

lepas redeem pass, kami diberi token round trip untuk tren ekspress. dari Taoyuan Inter. Airport (TIA) ke Taipei Main Station (TMS) memakan masa cuma kira2 35 minit sahaja.

tiba di TMS, berpandukan itinerary, kami pun cari laa exit 6. bila dah jumpa, kami blank. kenapa tempat ni kosong? bukan ke stesen utama biasanya ramai orang? sudahhh... sesat dah ni...

dengan beg berat, kami pun mencari sampailah nampak bumbung TMS. rupanya, stesen MRT tak sama dengan TMS. means, bangunannya asing2. jarak antara 2 stesen ni kira2 300 - 400 meter walaupun bersebelahan.

tiba di TMS, benda pertama yang kami kena settle-kan adalah membeli tiket keretapi. kami boleh je beli online, tapi tak berapa nak confident bila web site tu minta kad kredit laa, password bagai laa... jadi, tawakkal tu 'ala allah... kami walk in sahaja.

Alhamdulillah, both tiket (keretapi biasa / TRA dan THSR / Taiwan High Speed Rail) masih available. cuma TRA je tak dapat seat. tak apa laa... janji dapat tiket.

masa nak cari kaunter kedua2 keretapi ni, melilau juga laa kitorang ni. dah laa TMS ni besar ya amat (kalah KL Sentral okey!), maka berpusing2 laa kami mencari kaunternya walaupun ada signage lengkap. (bagusnya signage kat TMS dan Taiwan umumnya, ada 2 bahasa, English dan Mandarin dan font pun besar)

lepas beli tiket, kami ke Visitor Information Center (bersebelahan kaunter TRA) untuk pengesahan beberapa perkara. walaupun dah sediakan itinerary, tapi kami perlukan juga pengesahan sebab apa sahaja info yang kami collect dari internet, bukan semuanya betul. jadi, nak sedapkan hati selain nak elak sesat barat, maka jalan terbaik adalah tanya kat VIC.

sejam lebih kami dok selesaikan semua urusan,kemudian barulah kami tinggalkan luggage kat loker yang disediakan. storage locker ni terletak di tingkat bawah TMS. bayaran yang dikenakan NT50 untuk 3 jam pertama.

lepas letak luggage, barulah kami beredar ke tempat lain..

dan macam biasa, bercerita dengan gambar laa yek! and kalau ada sebarang soalan, sila drop kat kotak komen ya...

cantik kan bumbung TIA ni? Alhamdulillah... kami dah selamat sampai... dan sedang menuju ke kaunter imigresen... agak ramai hari tu walaupun bukan weekends...

sebenarnya nak cari perkataan Welcome to Taiwan tapi tak ada... cuma yang ni je ada... papan iklan ni ada lampu, tu yang nampak gelap je...

lepas collect luggage, kami terus keluar dari Terminal 2. dan perkara pertama yang perlu kami buat adalah redeem pass MRT. TAPI... ni bukan tempatnya... maka terpaksalah kami cari kaunter yang sebenar berpandukan direction yang diberi... tu pun sesat juga... tak pe... tempat tak familiar memanglah macam tu kannn... kata 'Amazing Race'... 😆😆

jumpa kaunter ni... ni pun BUKAN kaunter untuk redeem pass MRT... maka, kena jalan lagi...

akhirnya... barulah jumpa kaunter sebenar...

kalau korang tak ada pass MRT and nak berjimat, korang boleh follow apa yang anies share ni... jimat tau! tiket return MRT + naik Taipei 101. kalau beli asing2 mahal... 

token MRT... sama macam token yang korang naik LRT kat sini... masuk kena touch, bila keluar kena masukkan dalam mesin slot. tu je... laa ni tengah tunggu tren sampai. tak lama pun. dalam 5 minit gitu...

suasana dalam MRT. lebih kurang macam dalam ERL... selesa, sejuk dan senyap. kami naik train express dan berhenti di 2 stesen sahaja... yang best dalam tren ni, ada charger hp. dan perjalanan dari airport ke TMS memakan masa 35 minit sahaja. kalau korang tak nak naik MRT, alternatif lain adalah public bus yang memakan masa lebih kurang 45 min - sejam untuk sampai di TMS.

antara view sepanjang perjalanan...

jangan tak percaya... kami dah sampai Penang hahaha famous betul kan design jambatan macam ni!

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di TMS. kat sini kami jadi blur lepas keluar tren sebab stesen ni agak sunyi. dalam hati cakap, bukan ke stesen utama lazimnya bising dan sesak dengan orang ramai?

rupa2nya TMS ni adalah untuk MRT sahaja. TMS untuk public transport yang lain rupa-rupanya.............

ni hah! ni baru TMS yang sebenar. ia cuma bersebelahan je dengan TMS MRT. cuma bentuk dan warna bangunan je yang berlainan. jangan keliru macam kami ya! ;-)

dalam TMS sebenar... sangat besar... sangat luas... naik semput kami dibuatnya.... dan entah berapa kali kami tersesat... fuhhh pening!

kaunter tiket kereta api biasa atau TRA. kalau tak nak beratur, boleh beli kat mesin layan diri yang disediakan. so untuk kami yang bermusafir ni, better beli kat kaunter sebab kami boleh tanya macam2 sebelum membeli. jangan risau, staf kaunter mahir berbahasa Inggeris

kaunter THSR - terletak di tingkat bawah TMS. staf tu boleh berbahasa Inggeris and boleh tanya macam2 kalau ada apa2 yang tak faham... 

selesai beli tiket kereta api, kami ke 7E untuk beli Easycard. fungsi Easycard ni sama macam kad TnG. yang best-nya Easycard ni, korang boleh guna di semua public transport SELURUH TAIWAN kecuali teksi. nak beli barang pun no hal. as long as ada credit di dalamnya, dah memadai. lepas tu, ada certain transport, park entrance etc, kalau bayar guna Easycard, korang akan peroleh diskaun. harga kad ni NT100 dan kami top-up NT100. sayangnya baki kad ni tak boleh refund. so sebelum balik, baik korang habiskan.... 

selesai semua urusan, kami ke tingkat bawah (menghala ke stesen MRT) untuk simpan luggage. nak check in hotel belum masanya lagi. then, bayaran yang dikenakan adalah NT50 untuk 3 jam pertama. make sure korang jangan hilangkan resit kerana pada resit tersebut ada nombor PIN yang akan digunakan ketika membuka loker nanti. kalau hilang, tak silap dendanya NT200 kot! lepas simpan luggage, kami pun naik MRT untuk ke.......................................

to be continued...

thanks 4 reading!

p/s sebahagian gambar credit to blogger NA

Kisah Silam Untuk Masa Depan

33 Words of Lo♥e

  1. Wuu..diam2 sampai Taiwan akak kita. Ada jumpa Dao Ming See tak (iye ke eja?) Sesat barat gak ye..macam kat Jepun

    ReplyDelete
  2. Tu dia Anies dah sampai ke Taiwan pulak dia.
    Adoii... sesat tu yang fenat nak matey tu kan.... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. xblh la cik nor g oversea.tak pandai nak berdikari.haha

    ReplyDelete
  4. Senangnya bila bisa jalan-jalan sepertimu Anis
    terima kasih sharenya

    ReplyDelete
  5. Rasa macam tak berapa relevant nak tanya dekat sini, tapi masih nak tanya juga. In your opinion, TIA ni best tak untuk di explore?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TIA ni ada 2 terminal. akn dtg ada terminal 3. agk luas tp compared ngan klia, klia lg bsr. nk kata best ke x, xtau nk ckp sbb kami berada kt sini kejap je. yg pasti waktu mlm kt airport ni sejuk ya rabbiiii😊

      Delete
  6. Wah, cantik betul view dari airport ke Taipei tu, sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  7. bumbung TIA tu memang unik :D

    ReplyDelete
  8. Wahh menarik.. tengok suasana dlm gambar2 tu nampak bersih persekitarannya.. mesti udara pun nyaman tu.

    ReplyDelete
  9. Kenangan betul cerita Meteor Garden tu, memang hits zaman muda mudi..sekarang dah tua :(

    ReplyDelete
  10. semakin teringin nak pi Taiwan ni. Harap2 ada rezeki,,,

    ReplyDelete
  11. cantik bumbung bangunan. Unik.

    Ya ampun Buk..lama dah tak datang sini.
    Selamat berpuasa Anies

    ReplyDelete
  12. rajin bertanya tentu tak sesat walau di Taiwan pun kan

    ReplyDelete
  13. mendebarkan pula nak tau sambungan..btw, kin pun peminat F4 dulu dulu...haha

    ReplyDelete
  14. Kenangan manis akan tersimpan dalam hati nanti teringat masa depan perjalanan Kamu.

    ReplyDelete
  15. wahh best kan jalan jalannn taiwan., ;p

    ReplyDelete
  16. saya ada soalan...

    muka tak nampak dengan jelas ..

    beberapa kali zoom pun tak nampak la..

    hahahaha

    ReplyDelete
  17. Comel lah backpack kak Anies tu >_< sesuai sangat as a traveler :3

    ReplyDelete
  18. Akak geram betul Dewi Aja ni anies. semak samun betul dia.

    Anyway, one thing akak noticed, token purple, train seats pun purple.
    cumel gitu.

    ReplyDelete
  19. Sy juga mula-mulanya selalu sesat dalam stesen, takleh bezakan MRT dengan TRA punya pasal.. Dahlah selalunya waktu tersesat waktu malam bila nak balik Taoyuan dari Taipei memang naya la, takut terlepas bas terakhir balik asrama ^^"

    ReplyDelete
  20. Best kan tengok tempat org. Kat Jepun, kakak guna Pasmo Kad, fungsi mcm EasyCard. Pening jg waktu tu - kalau x ada guide explain mmg x akan faham konsep sbb dkt Sabah mn ada LRT/MRT segala.

    ReplyDelete
  21. klau timm, dah nanges dah, ritu trip krabi pun nasib baik dgn akak2 yang sempoi..klau dak teriak dah..panik..hihi..

    ReplyDelete
  22. hai sis anies !

    terasa lamanya tak dpt ziarah sini T______T
    rindunya nak baca semua cerita. byk sgt dah
    ana tertinggal tren huhuhu


    salam ramadhan,
    anamizu :)

    ReplyDelete
  23. huaaaa kakak dah sampai Taiwan dia senyap senyap yee hehe.. banyaknye nama train ape tu HSR la TSR la apa la hahaha.. bngunan diorang memang lawa2 nak klasik gitu kenapa geram tengok.

    ReplyDelete
  24. Ni kalau x study bebetul mau sesat tak keluar-keluar stesen. Pengsan dalam tu :D

    ReplyDelete
  25. Taiwan masih dalam wish list nanti nak pergi jugak

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆