Adeus Macau! extra: itinerary ringkas ke Hong Kong, Shenzhen dan Macau

10:00 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... akhirnya sampai juga ke entry terakhir jalan2 kami ke Hong Kong, Shenzhen dan Macau.

kami memang sengaja pilih Macau sebagai 'departure' sebab nak cari kelainan. lepas ni mungkin boleh mendarat di Hong Kong dan balik ikut Guangzhou? who knows? hahaha berangan siap2 sebab FOC kan...

since flight kami pukul 10.30 pagi, maka nak tak nak kenalah check out awal. dari hotel kami ke airport sebenarnya tak laa jauh mana pun. dalam 7km gitu.

tapiiii... nak dapatkan teksi tu punyalah payah. sebabnya, pagi tu hari Isnin. of coz laa orang sibuk nak pergi kerja dan semestinya ramai yang gunakan teksi sebagai pengangkutan. nak harapkan bas, memang tak ada sebab tiada direct bas dari hotel ke airport. (mungkin ada. cuma kami je yang tak habis mengkhatam kitab Google hahaha)

ada laa dalam 1/2 jam kami tunggu teksi. heret beg dari satu tempat ke satu tempat. dah laa teksi kat sini bukan macam kat Malaysia. boleh stop kat mana2 je. selagi tak jumpa bus stop, jangan harap laa teksi nak berhenti.

penat usung beg sana sini, alhamdulillah... jumpa juga teksi. dalam masa yang sama, kami bersyukur sebab keluar awal. bayangkanlah kalau kami keluar lewat dan terpaksa hadapi situasi macam ni? alamatnya memang bye bye flight laa...

setiba di airport, suasananya biasa je. tak sibuk mana pun. mungkin sebab hari Isnin. kalau weekends mungkin sibuk kot. lepas check in, kami merayau2 laa kat dalam air port tu. kami pelik sebab tak banyak kedai kat situ. tapi once dah lepas imigresen, barulah jumpa macam2 kedai. hmmm...

nak cerita apa lagi sebagai penutup entry jalan2 kami ke HK, Shenzhen dan Macau ni? hmm... hadap je laa yek gambar2 ni...

orang pompuan... bila pergi berjalan2, tak pelik kalau balik beg dah ada 'keturunan' hahahaha #haibegMoschino 😁😁😁

nampak tak kertas kecik kat bawah passport tu? hah, jaga lek lok sampai hari korang balik. jangan hilangkan. baik berada di HK or Shenzhen or Macau. tu macam nyawa korang kat sana tau!

kaunter check in. suasana kat sini lengang.

tingkat bawah airport. airport Macau ni kecil je tapi selesa.

dari tingkat atas airport. kami pusing2 cari kedai makan halal tapi nan hado.

sementara tunggu gate pelepasan dibuka... layan latte ni... nampak je kecil tapi jenuh nak habiskan...

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
(hakikatnya nak menyorok sebab baju / tudung kedut 1000)

flight yang bakal membawa kami pulang ke pangkal jalan hahaha

adeus Macau! ada rezeki pasti akan kami kembali ke sini lagi....

santapan dalam flight... lapo beb!

membelah kayangan berhamparkan samudera...


sebelum terlupa, ni hah... itinerary ringkas kami ke HK, Shenzhen dan Macau. tak complete tapi kalau korang nak dapatkan gambaran sebelum ke sana, boleh laa kot korang refer iti ni ya... harga / budget mungkin berubah kerana currency dan musim (cuti sekolah / perayaan). plus, ni travel bajet. anies ulang: TRAVEL BAJET. so, no travel agent, no fancy hotel, no shopping complex and you have to walk alone alot!!


ITINERARY RINGKAS KE HONG KONG, SHENZHEN & MACAU

26 September 2017 (day 1 @ HK)

-bertolak dari KLIA 2 dengan AA
-tiba di HKIA
-naik bas ke hotel
-hotel bajet: Chungkin Mansion @ Tsim Sha Tsui
-ke China-Hong Kong Ferry Terminal, beli tiket feri ke Macau
-Kowloon Park, Masjid Kowloon, Ladies Market (naik MRT)

(entry berkaitan klik di SINI)


27 September 2017 (day 2 @ Shenzhen)

-ke Shenzhen (naik MRT di stesen Hung Hom)
-tiba stesen Lou Wu, Shenzhen
-buat visa on arrival di stesen Lou Wu
-singgah Science Park, Window of the World, Splendid China
-restoran halal di Dongmen
-balik HK dengan MRT di stesen Lou Wu

(entry berkaitan klik di SINI, SINI, SINI, SINI)


28 September 2017 (day 3 @ HK)

-Garden of Star
-Victoria Harbour
-naik feri ke Pulau Hong Kong
-naik tramways
-ke Stanley Market dengan light bus
-naik Central-Mid Level Eskalator (FOC)
-Al-Jamia mosque
-Hard Rock Cafe HK
-tengok Symphony of Lights di Victoria Harbour

(entry berkaitan klik di SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI)


29 September 2017 (day 4 @ HK + Macau)

-berlepas dengan feri ke Macau di C-HK Ferry Terminal
-turun di Outer Harbour, Macau
-bas ke hotel
-Asia Boutique Inn di Taipa
-naik bas ke Coloane Village
-ke Ruin St. Paul, Senado Square dan Grand Lisbon dengan bas.
-balik hotel dengan bas, rehat
-merayau di sekitar kasino dan singgah di Hard Rock Cafe Macau
-balik hotel zzz

(entry berkaitan klik di SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI)


30 September 2017 (day 5 @ Macau)

-check out hotel
-ke Aeroporto Internacional de Macau
-berlepas pulang dengan AA
-tiba KLIA 2


budget termasuk tix flight (return), hotel, public transport fares + shopping: +-RM1000 - RM1800


okey tu je laa perkongsian hari ni. kalau ada sebarang soalan, sila drop kat ruangan komen ya. insya Allah anies akan cuba jawab sebaik mungkin...

thanks 4 reading

daaaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

42 Words of Lo♥e

  1. Teringin nak ikut anies next travel. syoknyaaa

    ReplyDelete
  2. Perempuan kalau jalan-jalan banyak bawaannya ya, kalau pulang biasanya tasnya nambah

    ReplyDelete
  3. Bookmarked post ni kot kot ada rezeki saya nak ke HK & Macau dalam waktu terdekat ni :D

    ReplyDelete
  4. Trip yg sama i ever go, seronok kan tho ckp cam ayam dan itik 😁 btw, saya baru, wish to follow anis tapi takda button follow kelihatan or saya kekaburan. Anyway, salam perkenalan

    ReplyDelete
  5. Nice sharing, nanti nak ke mana pulak tu???

    ReplyDelete
  6. Next destination ke mane pulak anies?

    ReplyDelete
  7. Menyenangkan tour terus di Hong Khong or Shenzhen or Macau jalan-jalan ya anies.

    ReplyDelete
  8. Menyenangkan tour terus di Hong Khong or Shenzhen or Macau jalan-jalan ya anies.

    ReplyDelete
  9. wah perkongsian yang hebat...mungkin ramai akan baca ittinery budget...

    nanti saya baca lagi entry yang lain...

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam

    singgah

    https://jm2u.blogspot.my/2018/05/anies.html

    ReplyDelete
  11. Tahniah!! Blog anda terpilih untuk direview.

    Lihat sini : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/05/senarai-pemenang-review-blog-mei-2018.html

    ReplyDelete
  12. Best nyaaa memang lenggang betul airport tu
    Erni Hasmiza

    ReplyDelete
  13. boleh plan nie..

    nak honeymoon bawa RM100K..

    mesti bestkan ..

    tapi kalau boleh bukan sebelah Asia ..

    sebelah Kutub ke ?

    hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM100K tu bleh keliling dunia ;-)

      Delete
    2. boleh la untuk perjalanan yang bajet...

      bukan perjalanan mewah

      Delete
  14. lain kali travel sesama lagi na! tunglah entry dah habis. aku masih sangkut kat escalator. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh no prob... nk g mana? kalu anfiled x yah tanya ;-)

      Delete
  15. Next time kalau nak travel memang kena buat research dulu kan, jenuh jugak kalau tak tau jadual public transport sambil usung beg besaq sana sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu auni lbh2 lg kalu g tanpa agent

      Delete
  16. Teringin nak ke Macau tp blum ada rezeki nak sampai2 lagi haha. Bagus juga ada perkongsian info mcm ni. Atleast mudah klu nak rujuk apa2 nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi laa boleh baling dadu sekali hahahaha

      Delete
  17. Yang penting dalam budget 😀😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm sy cjp, as long as kaki kuat no prob😊

      Delete
  18. Cun pulak photograph akak tepi jendela tu hehe >_<

    ReplyDelete
  19. Beg beranak tu kes biasa untuk wanita ni, hehehe

    ReplyDelete
  20. total dlm 2K jugak la ye.. pelik nama airport dlm portugis eh.. ingatkan kat Lisbon td hahhaa

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆