#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #PeterRabbit

11:27 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis ringkas:

mengisahkan tentang Peter Rabbit, bersama sepupu serta adik kembar tiganya yang gemar menceroboh ladang milik seorang lelaki tua dan kaya iaitu McGregor. 

suatu hari ketika menceroboh ladang tersebut, Peter secara tidak sengaja telah membuatkan McGregor menyedari kewujudan mereka. lantas lelaki tua itu memburu mereka sampai dapat. namun tidak disangka-sangka, selepas berjaya menangkap Peter, McGregor diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Peter menyangka kematian McGregor memberi sinar baru kepadanya serta rakan-rakan haiwannya yang lain. Mereka bukan sahaja dapat menguasai ladang tetapi juga dapat menguasai kediaman milik McGregor.

namun, perancangan Peter itu tidak berlanjutan kerana rumah dan kawasan sekelilingnya telah diserahkan kepada satu-satunya saudara McGregor yang bekerja di Harrods.

sementara itu, disebabkan gagal naik pangkat, Thomas McGregor ambil keputusan untuk ke Windemere setelah mendapat surat tentang harta peninggalan mendiang bapa saudaranya. namun setiba di Windermere, apa yang diangan-angankan oleh Thomas tidak seindah yang disangka.

adakah Thomas memilih untuk kekal di Windermere atau sebaliknya? apakah rancangan Peter Rabbit dan saudara-saudaranya agar harta McGregor itu tidak jatuh ke tangan anak saudara McGregor?

my review:

para peminat karya Beatrix Potter pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton karya ulung yang diadaptasi ke layar perak ini. (judul asal The Tale of Peter Rabbit)

anies tak nak komen banyak sebab kalau yu ols dah baca bukunya, maka begitu jugalah jalan ceritanya. tiada penambahan yang ketara namun secara peribadi, anies amat2 menyukai cinematografi filem ini yang sangat2 cantik! tiba2 terasa nak terbang ke Lake District sekarang juga! hahaha... plus, anies mengharapkan unsur humor yang 'lebih' namun ia tak begitu menyerlah meskipun dialog dilontarkan oleh 'haiwan-haiwan'.

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐ 1/2

filem separa animasi ini akan berada di pawagam seluruh tanah air bermula 15 Mac 2018. so jangan lupa sempena cuti sekolah nanti untuk bawa anak2 menontonnya bersama2, okey!

terima kasih banyak2 kepada budiey.com di atas 2 pass tayangan perdana ini...

antara babak2 menarik dalam Peter Rabbit.

Peter dengan muka bangga lepas dapat masuk ladang Mc.Gregor.

aksi Peter dan adik kembar tiganya ketika berjaya mendapat pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran di ladang Mc.Gregor.

pic credit

trailer. credit.  

so, selamat menonton!

thanks 4 reading!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

27 Words of Lo♥e

  1. Nanti nak tgk.anak anak memg suka

    ReplyDelete
  2. Haha comel je tengok trailer tu. Meriah sungguh.

    ReplyDelete
  3. best jugak kalau bawa anak-anak pergi tengok.

    ReplyDelete
  4. MENARIK FILEM NISELAMAT MENONTON

    ReplyDelete
  5. tengok trailer nampak macam best

    ReplyDelete
  6. sangat sesuai untuk ditonton bersama anak-anak nie.

    ReplyDelete
  7. bestnyaa boleh tengok moviee. boleh release tensiion kan

    ReplyDelete
  8. bole bwk anak g menonton, insyaAllah...thanks for sharing

    ReplyDelete
  9. kenapa comel sangattt arnabbb tuuuu ><

    ReplyDelete
  10. Nak tengok jugak! T^T even buku dia Hana tak pernah baca hehe comel sangat Main Character dia haha :3

    ReplyDelete
  11. Nampak best ni bawa anak2 menonton time cuti sekolah ni :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆