Shenzhen, China: mencari restoran halal, Dongmen dan...

1:29 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Untuk entry ni, anies tak tahu macam mana nak karang... walaupun Sal dah share (boleh baca kat SINI), anies still tak dapat idea. then belek2 semula gambar yang ada. sejam dua termenung, melangut (macam ya ya je) barulah idea tu hinggap kat otak ni hahaha...

oh ya! entry ni ada kaitan dengan entry2 sebelum ni. boleh klik kat SINI, SINI, SINI dan SINI ya!

dan..... macam biasa, mem besar membebel sambil refer gambarlah yek! senang sikit. baru laa idea mencurah2 nak taip!

dari SC & CFCV, kami patah balik ke stesen WOW untuk buat pertukaran tren. kalau sebelum ni kami berada di lane hijau, kali ni kami kena ikut lane oren untuk sampai ke stesen Hubei.

kata Sal, kat area stesen Hubei ni lah ada restoran halal dan boleh tumpang solat sekali. perjalanannya tak lama mana pun. lebih kurang 1/2 jam kitorang dah sampai.

keluar sahaja dari stesen Hubei, ni lah yang kami nampak...

jalan raya yang kelihatan lengang... hmmm lengang ke? tak juga... sebab kat hujung jalan tu ada trafic light...

belum jalan lagi, tekak dah haus. cuaca memang panas walaupun kami berada kat sini time spring...

lepas tu, kami jumpa nama jalan ni. kata Sal, kat area jalan ni lah, adanya resto halal... maka, kami pun menapaklah sepanjang jalan ni.

pusing punya pusing, jalan punya jalan... tak jumpa / nampak langsung bangunan yang dimaksudkan. masa tu rasa macam alien tersesat. banyak kot mata2 yang pandang kami ke hulu ke hilir. macam Sal cakap kat entry dia, nak tanya orang, masalahnya diorang tak reti speaking. dah lah macam tersesat, karang dapat info yang ntah apa2 lagi sesat barat pulak kitorang nanti.

bila dah rasa macam tak jumpa, kami pun beredar ke stesen metro yang terletak di hujung jalan ni. entah apa namanya stesen ni. masuk dalam stesen, kami pun terus refer map metro. then datang seorang polis bantuan (kot) nak tolong kami. mungkin dia rasa kami macam tersesat. kami tau niat dia memang baik nak tolong kami, masalahnya dia bukan cakap BI. adushhhhh... kami dah macam nak give up. so angguk2 je laa... konon macam faham. bila dah pastikan ke mana kami nak tuju lepas tu, kami terus beredar dan turun ke platform.

kami naik tren sampai ke stesen Shai Bu. dalam hati berserta perut lapar, anies cuma minta satu benda je. jangan jadi macam tadi. kalau tak jumpa, hanya 7E je lah penyelamatnya. itu pun kalau ada 7E.

alhamdulillah, keluar dari stesen Shai Bu tu, kami jalan sikit dan akhirnya jumpa restoran halal. lokasi dia betul2 depan Dongmen footbridge. kami pun masuk bila nampak logo halal. tak ada pelanggan pun masa tu.

mem besar dah pengsan masa tu hahahaha... mungkin sebab rasa macam 'kurang gula' dalam badan... tu yang pengsan sekejap... bukan pengsan betul ya... tapi zzzzzz hahahaha

nilah menu yang anies pesan. mi tarik. besar juga portionnya. sekali tengok macam pedas padahal tak pedas langsung pun walaupun ada capsicum... licin kami belasah. ntah sempat ke tak baca doa makan masa tu hahahaha...

ni laa restorannya... masa keluar tengok keliling macam dah hampir gelap... misi seterusnya nak cari kain ela. tak jumpa kedai kain ela kat Hong Kong, cuba nasib pulak kat Shenzhen... kalau ada...

masa ni kami ada kat atas Dongmen footbridge... boleh nampak tak restoran tadi tu?

dari atas jambatan ni, mata melilau cari kedai kain. tapi yang kami nampak kedai langsir. apa hal pulak nak pakai kain langsir untuk buat baju raya? hahahaha

kami terus berjalan dan berjalan di kawasan sekitar Dongmen ni. kat sini memang banyak kedai. macam2 kedai termasuklah restoran. orang pun ramai walaupun dah nak malam...

jalan dan jalan... pusing dan pusing... samapi sesat barat, akhirnya kami berhenti di sini. kedai jual beg wanita. macam2 jenis beg ada.  murah ke mahal anies? tanya Sal sebab dia yang beli beg kat sini. anies tukang bayar setuju je bila dia cakap beg dia tu cantik hahahahahahahahaah

okey, masa untuk kembali ke pangkal jalan Hong Kong. jam masa ni dah tunjuk pukul 7 pm plus plus. suasana kat sini sibuknya tak berkurangan.

then, we say good bye to Dongmen... ada rezeki mungkin kami akan sampai ke sini lagi...

orang masih ramai di stesen Lo Wu...

tren terakhir kami berhenti di Lo Wu...

depan pintu masuk stesen Lo Wu... 

dari stesen Lo Wu, kami ikut signage dan orang ramai yang hendak ke HK. proses imigresen tak serumit macam kami masuk Shenzhen. dalam masa setengah jam, dah settle semua benda. bye Shenzhen!!!!

tiba HK, jam baru pukul 9 pm... ada masa lagi kalau nak merayau kawasan sekitar Chung King Mansion ni. kebetulan depan hotel kami ada pasaraya ni. nampak pulak eskalator maha tinggi ni. terus ajak Sal naik.

cari punya cari tak jumpa pun eskalator tu. pelik betul. entah macam mana, kitorang boleh sampai ke dining hall (resto) orang2 kaya... ceh!

suasana depan CM...HK ni 24 jam penuh dengan orang... tak reti tidur kot?

tak tau laa apa motif anies snap pic ni...

kami dah sampai Jalan TAR!! hahaha...

kami merayau sampai ke jalan besar. tak buat apa2 pun. sekadar nak tengok suasana malam HK...

HK yang sentiasa sibuk...

kami bukan nak naik bas ya...

okey laa... malam semakin beransur... kami pun dah penat dan nak rehat. 'bateri' kena charge sebab next day, kena berjalan lagi. kalau tadi dah 'pengsan' kat Shenzhen, tak kan esok pun nak pengsan lagi kot? hahaha...


tu je laa perkongsian hari ni... kepada yang bercuti panjang sempena CNY, selamat bercuti!

thanks 4 reading... daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

42 Words of Lo♥e

  1. klu cik nor mahu bawak bkal bnyak2 klu jln2 mcm tu..cik nor cpt lapar..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kena bersedia jg tu ciknor... bersedia pikul beg berat ;-)

      Delete
  2. Alahai kesiannya sesat cari kedai makan yer... Sangat happening suasana kat HK tu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sesat sebenarnya tp kami x jumpa bgnn yg dimaksudkan... brg kal dah roboh kot...

      Delete
    2. Ooo memang tak ade langsung yer bangunannya...

      Delete
  3. Syok gi jalan2..
    Tapi..part lapar tu...alamak.

    ReplyDelete
  4. Ngam2 nak raya cina! heeee :D alang2 sambut kat situ je lah hahah ^^

    ReplyDelete
  5. jalan lagi dia..
    merata dia pegi ye..
    teringin gak ke Hong Kong ni.. nnt lah ..

    ReplyDelete
  6. Nmpk gambar mi tarik terus lapar terbayang mi tarik warisan asli :)

    Salam singgah! Zaleha Awaluddin

    ReplyDelete
  7. bila travel mmg banyak berjalan. well nama pun travel kan. happy holidayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau lutut longgar, travel dpn halaman rumah ;-)

      Delete
  8. apa motif jejaka tu? hahaha teringat kt SR apenii. sudah2 la cari kain ela. kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip!! org nk raya gak kn laa cr kain ela😆

      Delete
  9. org cina mana boleh tidoq kalau tak makan. 3 pg pun kedai penuh lg

    ReplyDelete
  10. Sangat membantu postingan ini bagi Kaum Muslimin wal Muslimat yang sedang bekunjung di HK tidak kesusahan mencari tempat/makanan yanh HALAL, Terimakasi Anies sukses selalu.

    ReplyDelete
  11. entry Shenzhen ni mmg pening nak taip sebab kita jalan pun xde arah tuju.last2 orang nak makan mi tarik tu makan nasik je kan. Hahaha. pengajaran pas ni nak gi China belajar cakap cina dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko laa punya psl... ada ke g ckp wo ai ni abam sanchez kat polis bantuan tu... tu yg x jumpa2 hahahahaahha

      Delete
  12. Susah juga bila ayam dan itik bercakap ya Anies next time kalau gi cina kena bawa dictionary la.

    Adeh! banyaknya berjalan kalau Mrs. A tak larat dah ni lutut dah kondem hahahaha...

    ReplyDelete
  13. Takpe bersusah2 cari makanan yg halal. Setiap langkah tu ada pahalanya.. klu sesetengah yg bantai je makan apa je susah jugak hehee. Seronok pengalaman mcm ni :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆