#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #TheCommuter

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis ringkas:

Mike yang berusia 60 tahun dipecat dari syarikat agensi insurans tanpa sebab musabab. pemecatan itu buat dia pening kepala memikirkan anaknya bakal memasuki kolej berprestij dan pastinya ia memerlukan perbelanjaan yang banyak. Mike berat hati untuk meluahkan perkara itu kepada isterinya namun kepada bekas rakan sekerjanya sebelum ini iaitu Murph, dia tidak teragak-agak untuk berkongsi masalah itu.

selama lebih 10 tahun bekerja di agensi insurans itu, Mike berulang alik menggunakan komuter. pada hari yang sama, ketika berada dalam koc, Mike didatangi Joanna. dari pengamatan Mike, Joanna bukan pengguna komuter tegar sepertinya. tanpa diduga, Joanna telah 'membuat' satu tawaran menarik tetapi sangat mencabar untuk Mike selesaikan iaitu, dia perlu mencari seseorang yang menggunakan gelaran Prynnce serta membawa beg dan individu itu sedang berada dalam komuter tersebut dan akan turun di Cold Spring.

Mike akan memperoleh ganjaran sebanyak USD100 000 jika dia berjaya 'memberkas' penumpang komuter bernama Prynnce itu.

dapatkah Mike menjejaki penumpang itu dalam kalangan 1000 penumpang komuter yang lain? siapakah Prynnce? adakah Mike berjaya memperoleh ganjaran USD 100 00 itu?

ulasan:

filem bergenre aksi yang melibatkan criminal conspiracy ini ternyata berjaya buat penonton tak senang duduk. 10 ke 15 minit awal terlalu perlahan kerana banyak fokus pada keluarga bahagia Mike selain tugasnya sebagai agent insurance.

setelah Mike 'terperangkap dalam puzzle' yang dicipta oleh Joanna, maka bermulalah detik2 di mana para penonton mula tertanya-tanya, boleh dan mampukah Mike cari individu yang dimaksudkan dalam tempoh yang sangat pendek itu selain faktor usianya yang sudah melepasi setengah abad itu?

aksi dan persembahan Liam Neeson sekali lagi tidak mengecewakan. pelakon2 pembantu juga dapat menyerlahkan watak 'tersembunyi' dengan baik. berlatar belakangkan tren komuter, para penonton pasti berpuas hati kerana cerita ini berjaya disampaikan 'tanpa plot berputar belit' serta ending yang tidak terjangka sama sekali.

daripada 5⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri 4 ⭐⭐⭐⭐1/2

dah lama rasanya tak tengok filem yang melibatkan salah laku dan konspirasi dalaman sesebuah organisasi. asyik2 cerita selamatkan dunia, asyik2 cerita superhero yang kena tembak tak mati2 tu. boring! jadi, bagi korang yang 'sealiran' dengan 'taste' anies ni, boleh layan filem ni yang bakal menyerang pawagam seluruh tanahair bermula esok! 11 Januari 2018.

dari Mid V ke 1U... apa2 pun terima kasih budiey.com dan selamat ulangtahun budiey.com yang ke 11! tahun ni ada buat parti lagi tak? kami nak join!!

antara aksi2 menarik dalam The Commuter.

Mike berusaha memisahkan gerabak komuter sambil dibantu penyelia tren.

reaksi Mike lepas dapat tahu dia kena pecat.

Joanna, cantik  tapi banyak muslihat.




trailer. credit.

masih berlangsung jemput join ya!

thanks 4 reading!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

19 Your Words of Lo♥e

  1. Wah, rasa best lak membaca jalan cerita ni. Rasa nak tau apa yang jadi kat Mike tu...

    ReplyDelete
  2. Hana kalau layan citer macam ni rasanya boleh diserang penyakit stress heheheh ^^ silap2 boleh kemurungan lepas habis tengok... hohoho thanks for sharing btw :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wat lek je hana... bak kt nora, kite enjoy!

      Delete
  3. kalau dok dkt ngn anies..blh tumpang skaki tgk wayang...pstt..entry penghargaan blm smpat buat lagi, saya xchat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. small matter je cik nor... yg pntg kn sihat dulu ye

      Delete
  4. CERITA MENARIK WAJAR DITONTO..SESEKALIBIAR MINDA BERFIKIR KERAS...TKSH KIRIM KAK MAGNET MACAU YG COMEL..MENYUSAHKAN ANIES SAJA

    ReplyDelete
  5. Omg... liam neeson... yg ni wajib tengok nnt...
    Saya ni mmg suka si Liam ni, hehe ....

    ReplyDelete
  6. Saya suka juga cerita2 konspirasi ni.. sesetengah org ngantuk tengok cerita mcm tu. Menarik juga utk di tonton ni.

    ReplyDelete
  7. xcantik pun joanna tu haha.. liam smpai veteren nampk hensem

    ReplyDelete
  8. Ajak anak2 tengok cerita ni hari tu. Tapu tak ada sapa nak layan..huk..huk

    ReplyDelete
  9. Tak tengok lagi filem ini.. Macam menarik je.. masuk list dulu..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆