Fitting room: beretikakah kita?

10:51 am

✿...السلام عليكم✿

Setiap kali kita mahu membeli pakaian sama ada di pasar raya atau di kedai pakaian, pasti kita akan mencubanya terlebih dahulu, dengan tujuan / harapan pakaian tersebut akan sesuai untuk dipakai kelak. dan semestinya semua ini dilakukan di fitting room. mana2 pasar raya atau kedai pakaian, ia menjadi satu kemestian bagi mereka menyediakan kemudahan fitting room ini.

namun, kemudahan ini tidak dihargai sesetengah pelanggan. lebih menyedihkan, mereka buat fitting room itu seolah-olah macam bilik di rumah sendiri.

jadi, sebagai masyarakat berilmu dan terdidik, seharusnya kita menjadi insan lebih beretika tatkala menggunakan fitting room ini biar pun hal ini bukanlah suatu isu yang besar.


pertama, pakaian yang telah dicuba, kembalikan ke rak asalnya atau tinggalkan di tempat yang disediakan.

kedua, jangan tinggalkan / sepahkan pakaian dalam fitting room. biarpun ada staf yang bertugas, tetapi apa salahnya anda ringankan beban kerja staf itu?


ketiga, jangan buang sampah merata-rata dalam fitting room. ya, tiada siapa yang nampak anda buang sampah tapi Tuhan kan Maha Melihat?

keempat, guna fitting room sesingkat yang boleh. ini kerana bukan anda seorang sahaja yang menggunakan bilik tersebut. fitting room adalah ruang untuk mencuba pakaian, bukan ruang untuk berselfie atau bilik picit jerawat atau bilik buat tutorial mekap / tudung.


kelima, jangan tinggalkan penyangkut baju dalam fitting room. seandainya anda berkenan dengan pakaian telah dicuba itu, bawa sekali penyangkut ke kaunter bayaran. bukan tinggalkan atau sepahkannya di lantai.

keenam, jika mendapat panggilan telefon ketika sedang mencuba pakaian, jawab panggilan dalam tempoh yang singkat. bukannya berbual macam berada dalam bilik sendiri sedangkan pelanggan lain sedang beratur panjang di luar fitting room.


ketujuh, manfaatkan kemudahan yang disediakan dalam fitting room. jangan conteng dinding, cermin atau rosakkan selak pintu. itu bukan harta benda anda!

kelapan, sebelum masuk fitting room, check keseluruhan bilik tersebut. dikhuatiri ada yang buat perangai tidak senonoh dengan meletakkan kamera tersembunyi, bertujuan ke arah yang tidak baik (pornografi)


kesembilan, elakkan memasuki fitting room pada penghujung masa operasi. dibimbangi anda terleka dan akhirnya terperangkap / berseorangan dalam premis tersebut.

kesepuluh, jangan jadikan fitting room bilik tidur sekiranya anda bekerja dalam premis tersebut!


ada lagi ke nak tambah? kalau yu ols ada pengalaman menggunakan fitting room, bolehlah share dengan kami!

jemput join!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

31 Words of Lo♥e

  1. jarang guna fitting room, kadang2 seram nak masuk :D

    ReplyDelete
  2. good entry... insyaAllah sama2 improve common sense.

    ReplyDelete
  3. betul..setuju.
    dia kan mcm tgok kedai tau..agak kedai tu jnis yg semua org bole masuk,mmg hbis bersepah sume apa benda dlm fitting room tu.nth apa dibuat nth.tapi cer tgok fitg room kat kedai yg agak besar dan branded,xdok aih gitu rupe..huhu.jadi slh kedai ka slh org yg msuk fitng room tu..hehe

    ReplyDelete
  4. PERLU PATUHI ETIKA MENGGUNAKAN FITTING ROON

    ReplyDelete
  5. Wah pesanan khidmat masyarakat! #SilaInsafBersama heehehe ^^ harapnya tak tersenarai dalam golongan tak beretika tu :) Thanks for sharing sis!! ^^

    ReplyDelete
  6. Good tips mama nak praktikal lah

    ReplyDelete
  7. Hehe,betul tu Anies,kebanyakan rakyat Malaysia ni tak ikut peraturan buat macam segalanya dia punya...

    ReplyDelete
  8. Setuju semua points Anies. Tak suka kalau masuk fitting room yang bersepah. Dan agak pantang juga kalau orang tu ambil masa yang lama untuk cuba. Dalam hati mesti berfikir “selfie” lah tue 😅

    ReplyDelete
  9. Betul tu.. kdg2 tak faham apa yg sesetengah org tu fikir. Bila kat fitting room, dah try baju langsung tak reti nak pulang balik kt tempat asal.. ada sekali saya try baju, ada baju org lain yg tergantung dalam fitting room tu. Jadi seolah2 saya pula yg buat mcm tu.. hipokrit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa geram je rs nk lempar bj tu kt muka dia!

      Delete
  10. No.9 tu seram...haha. tau2 keluar kedai dah tutup

    ReplyDelete
  11. good sharing..cikyan jarang guna fitting room sbb takut tak selamat.. haha

    ReplyDelete
  12. Betul tu. Kena ingat pengguna2 lain. Memang bole stress menunggu kalau orang duduk lama2 dlm fitting room tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. rs nk ketuk pintu fr tu kuat2 suh cpt😆

      Delete
  13. betul ni. aida setuju.
    aida kalau anak-anak dara masuk fitting room, aida pantau.
    jgn buang masa. jgn gedik-gedik gelak-gelak. main-main kan.
    bab kebersihan tu satu la, anies, kita kena bantu la pekerja.
    dah ada notis kata baju tak nak letak mana, hanger letak mana.
    ada tu tinggal aje dlm fitting room. tak ke susahkan pelanggan lain?

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆