Phnom Penh, Cambodia: Ah-Man Green Restaurant

3:27 pm

✿...السلام عليكم✿

Setiba di Phnom Penh (PP) dan check in hotel, kami rehat sepuas-puasnya dulu. masing2 buat taik mata sampai Zohor menjelang. lepas solat, barulah kami fikir, nak makan apa, nak pergi mana dan nak buat apa sepanjang 24 jam berada di PP ni.

memandangkan perut dah berdangdut reggae masa tu, maka kami pun keluarlah dari hotel dan mencari mana2 restoran halal yang berdekatan. berpandukan Google Map, kami pun cari laa sampai dapat.

malangnya bila dah sampai lokasinya, restoran tu ghaib! eik? magic ke apa ni? tengok alamat dan peta, sama. tapi, mana restorannya? maka terjadilah situasi pusing-pusing tak tentu arah kat kawasan tu. sampai timbul rasa putus asa dan nak balik hotel je. tapi mengenangkan memang dah lapar tahap gaban, kami usahakanlah juga.

sampai kat satu kedai ni (agensi pelancongan) kami ambil sekeping brochure dan di dalamnya ada map PP. kami cuba cari free wi-fi tapi tak ada. ikhtiar punya ikhtiar, akhirnya kami jumpa juga restoran halal yang dekat dengan lokasi kami berada ketika itu.

dekat tak dekat jugak laa... lenguh juga kaki menapak. hakikatnya, ada je jalan short cut tapi biasalah, orang tak familiar. first time pulak tu datang PP. dah lah pergi tanpa agent, so hadaplah semua ni dan bertabah...

jalan punya jalan, Alhamdulillah... jumpa juga restoran muslim dan halal. berkat kesabaran barangkali, bila ternampak je perkataan Malaysian Food kat pintu restoran, terbang segala kepenatan tadi. kami terus masuk ke dalam tanpa banyak fikir...

bohonglah kalau cakap tak teruja bila jumpa restoran ni. dah serupa macam dapat tempat pertama dalam Amazing Race 😀😀😀😀 tak percaya? acu tengok budak yang sibuk snap gambar tu... kemain lagi dia!

antara menu yang terdapat di Ah-Man Green... ya, segala urusan jual beli dalam USD ya... dollar... dollar...

memang sengaja paksa blogger nina pegang menu ni sebab nak ambil gambar hahahaha... Put dengan Akmar perati je kami sebab diorang bukan blogger

suasana dalam restoran... tak ada pelanggan kecuali kami. mungkin sebab dah lepas waktu lunch... 

gambar siling pun nak amik hahaha... bukan apa, anies suka tengok deko2 yang cantik...

kami boleh je nak pesan masakan panas, tapi disebabkan dah terlalu lapar dan malas nak tunggu lama, kami makan je apa yang ada dalam tray..

ni je la yang anies jamah hari tu... memang ada rasa macam masakan Malaysia... alhamdulillah yang penting kami kenyang

sebelum kami beredar, tauke resto bari kami sepinggan mangga... perrghhh rezeki dapat mangga sedap...


keesokkan harinya, sebelum balik Malaysia, kami singgah restoran ni sekali lagi. lebar senyum tauke restoran bila kami muncul sekali lagi. pada masa yang sama nampak sangat tak nak cari restoran lain pada hal ada je...


bahagia betul daapt makan nasi lemak... rasa macam dah berkurun tak dapat nasi lemak kah kah! dasar tekak melayu tak leh #moveon dengan nasi lemak hahaha

jangan tak caya ada roti canai tau! sedappp sebab tak berminyak yu olssss!! korang makan 10 keping pun no hal lah... #apadehaldietdietni

memang suram hari korang kalau ada nasi lemak tak pekena teh tarik... perrghhh...

muka penuh puas hati lepas dapat makanan Malaysia. tak caya? korang tengok je laa blogger nina tu... bersandor hahahah

lokasi restoran ni senang je. landmark dia KFC (dalam bulatan). cuma 10 meter je dari KFC. insya allah, jumpa punya... tambah pulak, kawasan sekitar tu memang tak ada KFC. jadi memang senang nak cari. peta ni kami peroleh melalui brochure...sebab tu nampak macam lain je kan.


ni pula alamatnya. in case kalau korang ada kursus ke, kerja ke or saja nak jalan2 dan nak makan makanan halal di Phnom Penh:

#3EO, St. 208, Sangkat Beung Rang Khan Daun Penh, Phnom Penh
Tel: 012 336630 / 097 9977584

btw, anies tak pasti sama ada resto ni ada sediakan khidmat delivery ke hotel2... apa2 pun hubungi nombor kat atas tu dulu ya!

okey, tu je perkongsian hari ni... have a nice weekend everyone! thanks 4 reading!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

26 Your Words of Lo♥e

  1. Testorannya sudah sepi ya? Mungkin sudah bukan waktu makan siang ya ...
    Urusan lapar makan dong, jangan lupa berdoa ya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. masa tu sudah lepasi tengah hari sebab tu tak ramai orang

      Delete
  2. Restoran tu ghaib!? eh macam dalam citer volkswagen kuning pulak hehehe...

    Syukur finally berjumpa juga dengan restoren halal. Kalau dah lapar semua pun sedap kansss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dlm peta ada. tp dah smpi hilang

      Delete
  3. kalau tengok gambo makanan je, memang ingat ni dekat mamak malaysia :D

    ReplyDelete
  4. Saya tercari cari dalam gambar mana si Anies...

    belum dapat cam..

    sejak mengikuti perkembangan blog ini secara berkala boleh dikatakan Anies seorang yang ada sense of humor..

    betul tak ?

    tak ramai blogger perempuan yang ada ciri-ciri tersebut..

    hahahaha komen saya ke laut China Selatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ya ke? terima kasih malu sy hahahaha

      Delete
  5. Apa yg penting kalau nak travel memang part makan kan.. Harapnya satu hari nanti dapatlah melancong juga. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah pasti dpt.... tp mmg betul pun

      Delete
  6. WAH JUMPA NASI LEMAK KAT LUAR NEGARA MESTI PULUN SAKAN YA ANIES...

    ReplyDelete
  7. Wah lengkap sekali makanannya ya, sebuah restoran yang mennyajikan menu kesukaan saya apalagi buat cuci mulut buah mangga yang segar dan secangkir kopi rasa coklat atau kapuchino. Terimakasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa tak suka mangga tu, memang rugi kan mas warman!

      Delete
  8. pegi cambodia sehari je ke anies?

    ReplyDelete
  9. sedapnye mangga tu....bestnye siap ada malaysian halal food...

    ReplyDelete
  10. Bila tengah lapar dan dahaga macam ni..tengok teh tarik tu pun dh mengancam gila.

    ReplyDelete
  11. mangga tu yg pling sedap coz dpt free kan..hehee =p

    ReplyDelete
  12. teringat nasi lemak dan mangga tu... frust lg xdpt beli buah kundang 😑😑😑

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆