Siem Reap, Cambodia: War Museum

3:02 pm

✿...السلام عليكم✿

Balik dari Angkor Archeological Park, kami terus ke restoran milik abang Salim. lepas makan, solat dan rehat sekejap. sambil2 rehat tu, kami berkira2 nak pergi ke mana. ye laa... orang tak ada iti lengkap macam ni laa... nasib baik laa wi-fi kat restoran abang Salim ni laju berdezup.

so fikir punya fikir, bincang punya bincnag, kami bersetuju untuk ke War Museum.

seperti mana yang korang tau, Cambodia ni kan pernah terlibat dalam peperangan. dahsyat juga laa perangnya... ia bukan sahaja melibatkan nyawa tapi juga melumpuhkan seluruh negara itu juga...

so, bagi mengenang semula sejarah hitam itu, pihak kerajaan menubuhkan sebuah muzium agar satu ketika nanti generasi hari ini akan lebih menghargai dan menyayangi negara mereka.

uniknya muzium ini, ia lain daripada yang lain. bukan sebuah bangunan seperti mana muzium yang terdapat di negara kita...

ada banyakkkk sangat gambar masa kami kat sini. tapi tak larat nak up semua. bukan kedekut tapi malas hahaha...

lagi satu, masa kat sini, sempat lagi kitorang main perang2 hahaha... syok ooo... kalau lagi ramai lagi best... Salim menggeleng je tengok kitorang yang tak ubah macam kanak2 Sunquick tu...

signboard menuju ke War Museum... sempoi je...

tiket masuk. USD5 per kepala... mahal juga laa tapi sebab nak tengok punya pasal, pejam and bayar.

sebaik je melangkah masuk, kami terkesima sekejap. memang jauh dari jangkaan. muzium ni tak sama langsung dengan mana2 muzium yang pernah kami jejaki! so, kami tuju ke bahagian 'small arms' dulu...

rasa2 korang laa... masih aktif lagi tak peluru2 ni?

ya, diakui... kebanyakan (hampir semua) alatan yang dipamerkan sudah usang / uzur / tak berfungsi / nazak / alam barzakh. macam tak dipelihara pun ya. tapi bila kami nampak ada pekerja sedang membaik pulih barang2 yang ada di sini, rasanya beberapa tahun akan datang, apa yang korang tengok dalam gambar ni sekarang mungkin dah berubah kelak.

kereta kebal yang cuma tinggal rangka je. ni kalau dapat kat penjual besi buruk, mau melompat bintang diorang.


dua2 'bangkai' helikopter dan jet pejuang ni berada di bahagian hadapan muzium... yang sorang tu dok tercegat sebab dah berkira2 nak balik naik jet tu... tapi apakan daya... tayar pun dah kempis, apatah lagi nak suruh terbang... sampai kiamat pun tak bergerak2 laa nampaknya... hahaha...

kebanyakan peralatan ketenteraan yang dipamerkan di sini pernah digunakan pada zaman perang di mana pihak Cambodia banyak dibantu oleh Rusia

kat sini korang boleh pegang / sentuh segala mak nenek moyang senapang. sebab tu laa kitorang tak segan silu main perang2 kat sini hahaha

kalau salah seorang terkorban, memang tak balik Malaysia laa jawabnya...

bom yu olsss bommmm

tinggal rangka je...

kalau tak silap, kat sini bom pernah digugurkan...

lori tu pun sama... tinggal rangka dan tulang je...

setiap peralatan besar macam ni, ada info disertakan... tapi macam biasa laa kami ni jenis tengok je malas nak baca bagai ni hahahah

kereta kebal yang dah tak kebal lagi...

singgah sekejap kat museum shop... tak ada barang2 menarik dijual. sama je barang2 yang dijual kat Night Market... kalau ada key chain or FM khas dari muzium ni, pasti akan anies beli seketui dua... tapi nan hado

okey, tu je perkongsian hari ni... thanks 4 reading. have a nice weekends everyone!

daaaa

p/s dari semalam sampai hari ni tersenyum2 lepas dengar pengkhabaran baik daripada #Fattzura #baunasiminyak #tazabarrr 😘😘😘😘

Kisah Silam Untuk Masa Depan

37 Words of Lo♥e

  1. itu ide bagus untuk bikin museum area... kayak museum hidup holtikultura...
    coba banyak museum seperti ini ya di INdonesia, mungkin bisa menghindari kebosanan berkunjung ke museum.

    ReplyDelete
  2. bom yang dipamerkan kat di situ masih hidup ke..

    kalau masih hidup tak dapat den bayangkan kalau ia meletup dengan sendiri..

    boleh gugur syahid jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dinyahaktifkan... kalu bom betul, habis laa pengunjung ;-)

      Delete
  3. nasib la tak terjebak hahaha.. time korang main nina ada atas kereta kebal berebut dgn dak2 korea 😂😂😂 akmarr knapa kelakar sgt

    ReplyDelete
  4. N3 MENARIK MUZIUM PERANG MENYIMPAN CERITA DERITA N AIR MATA...KILLING FIELD DI SINI KE?

    ReplyDelete
  5. Ohh banyak juga benda2 bersejarah lain kat siem reap ni ya... biasa yg popular angkor wat je..

    -Penulis Blog Perlu Baca-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sbb angkor wat tu tu lbh glamer dr yg lain2 ;-)

      Delete
  6. Haha sempat jadi kanak2 sunquick ye. Kesian barang2 tu dahsyat sangat sampai ke alam barzakh diibaratkan dia. 😂😜

    ReplyDelete
  7. amboi..smpat main tembak2 yer..:)

    ReplyDelete
  8. hi...singgah sini baca cerita anies gi Kemboja

    ReplyDelete
  9. Pastinya muzium tu lain dari yang lain. Patut dipelihara segala khazanahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sy pun mcm x pecaya yg ni adalah muzium

      Delete
  10. rare betul stadium kalau boleh pegang senapang semua tu. biasa for display je. kalau bawak bebudak ni jenuh nak mengejor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih akak pun terfikir benda yang sama, Sal :D

      Delete
    2. muzium..... ni kes x leh move on laa ni kena tibai last min eh eh...

      Delete
  11. Huyyyoooo.... bestnya ada muzium macam ni.

    Real punyakan siap boleh main perang-perang lagi

    ReplyDelete
  12. Seronok juga dapat pergi tempat-tempat macam ni kan,...

    ReplyDelete
  13. Wahhh tempat mcm ni pun best sgt.. boleh pegang senapang tu pun mmg pengalaman best. Btw, kereta kebal tu boleh masuk tak.. best juga klu dpt tengok dalam tu mcm ne.. best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kot. sy x main kat situ tp blogger nina ada msk

      Delete
  14. wah mesium yang unik
    boleh di pegang
    hati-hati ya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh pegang. jgn bimbang. tak meletup hahaha

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆