#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #TsukijiWonderland

9:29 am

✿...السلام عليكم✿

Apa khabar semua? harap2nya semua sihat2 belaka dan ceria selalu...

entry #AidilAdha2017 tak ada sebab tahun ni anies beraya dengan sepupu sebab mak ayah diorang pergi haji, so my long weekends punah ranah kat rumah dia... layan kucing, tengok drama Korea sampai lebam, sapu sampah.... bila dah penat zzzzz tak hingat dunia 😁😁

so, hari ni anies just nak share movie Jepun yang anies tengok kelmarin...

sinopsis:


filem dokumentari ini mengisahkan tentang pasar 'legend' yang telah wujud di bumi Tokyo sejak 3 abad yang lalu. pasar ini bukan sahaja dinobatkan sebagai pasar terbesar di Tokyo malah di dunia! dalam sehari, dianggarkan kira2 41 000 orang berada di situ dan jumlah tersebut akan bertambah terutama pada hujung tahun.

pasar tersibuk ini membekalkan pelbagai makanan laut yang ditangkap dari seluruh laut Jepun. tidak cukup dengan itu, makanan laut itu turut di eksport ke pasaran US, Brazil, Argentina dan sebagainya.

apakah rahsia yang membuatkan pasar ini mampu bertahan lebih daripada 300 tahun? rahsianya adalah, ia terletak kepada inter personal relationship yang berlaku bermula dari nelayan - pemborong - penjual - pembeli (yang kebanyakannya terdiri daripada pengusaha restoran / chef). inilah yang membuatkan Tsukiji tampil lain daripada yang lain berbanding pasar2 yang kita lihat hari ini.

selain itu, kunci kejayaan pasar ini terletak kepada kepercayaan yang tinggi. maka tidak hairanlah kalau pembeli yang sama akan datang kepada penjual yang sama kerana antara mereka, adanya kepercayaan bahawa mereka saling memberi yang terbaik demi menghasilkan 'makanan Jepun' yang terbaik.

so, dari 5 ⭐ anies kasi ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐😁😁

filem ini ditayangkan di GSC Cinemas terpilih di seluruh negara bersempena Japanese Film Festival 2017. selain filem ini, pelbagai filem Jepun terbaik turut ditayangkan. so, jangan lupa dapatkan tiket anda sekarang!

kalau nak lebih info pasal pasar Tsukiji ni, silalah klik kat SINI ya!

terima kasih kepada Budiey.com di atas pass ini...

poster filem

kalau korang pernah tengok tuna sebesar ni or pernah tengok sebarang dokumentari pasal suasana kat dalam gambar ni... hah, kalau nak tau tempatnya kat pasar Tsukiji laa... credit photo

thriller

p/s BW sebelah petang nanti...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

16 Your Words of Lo♥e

  1. MEMANG SUKA TENGOK IKAN MESTI MENARIK FILEMNYA

    ReplyDelete
  2. kreatif orang Jepun, pasal pasar pun boleh buat movie. Hang bagi bintang banyak so kenalah aku tengok..haha

    ReplyDelete
  3. mak aih besornye tuna ! jenis telan org gamaknye kalo org jatuh dlm laut tu ye kak anies? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau daging ana sedap mgkn dia akan telon kot ;-)

      Delete
  4. Best jugak ni. Lama dh tak layan cerita dokumentari. Asyik layan cerita2 jiwang aje...hihi

    ReplyDelete
  5. menariknya....besar besar ikannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa x penah jumpa kt pasar kt sini

      Delete
  6. Wah dah 300 tahun ya pasar ni? Hebatnya. Ikan tuna tu serius gemuk dan besar. Kalau dapat sekor pun jadilah stok untuk setahun. Haha 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap 300 thn... tu laa mau sethn br habis ;-)

      Delete
  7. Menarik.. rasa mcm nak menonton jugalah.. thanks sharing Anies :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆