Basel - Luzern | ... dan kami pun menuju ke Bahnhof Luzern

1:27 pm

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

perjalanan dari Basel SBB ke Bahnhof Luzern memakan masa lebih kurang sejam. tapi perjalanan kami tak terasa bosan kerana dihidangkan dengan pemandangan alam yang sangat2 menakjubkan sampai rasa macam tak cukup tangan nak snap sana nak snap sini...

segan pun ada juga sebab tengok orang2 Swiss yang duduk dalam train tu, diorang senyap je. masing2 dok layan kerja sendiri. baca buku laa, buat kerja (dengan laptop) laa, baca paper laa... tapi yang kami ni, dok pot pet pot pet sambil layan view...

kalau kat sesetengah tempat, pasti ada orang rasa terganggu bila ada orang cakap2 dalam train kan? tapi, orang Swiss cool je... tak de plak marah2 orang jeling2 maut kat kami... siap berbual ada lah... tapi yang berbual tu, si blogger Farah laa... anies duduk seat lain... ralit tengok view kat luar yang 'awesomest' 😁😁

layankan je laa yek pic yang anies sempat amik ni...

maaf laa ya... anies terpaksa kecik kan saiz gambar... bila snap gambar time kenderaan tengah bergerak, so pic pun tak berapa nak jelas... almaklum laa... kamera cap ayam dara kan... faham2 je laa ye datuk datin sekelian...

kiri dan kanan... memutih sesaja...

sepanjang jalan, kami jumpa banyak kilang2 dan rumah2 penduduk... bangunan tinggi pencakar langit lain memang tak ada...



ralit tengok snowy view walaupun pokok2 botak tak berdaun


bila melawati sesuatu tempat yang berbukit, terus anies terfikir, kalau musim panas, ada apa ya atas bukit tu?

sama juga dengan kawasan macam ni... kalau musim panas, ni padang bola ke... or tanah lapang?


alhamdulillah... akhirnya kami sampai di Bahnhof Luzern... pintu gerbang tu macam 'trademark' laa kalau korang dah sampai sini... p/s gambar ni snap pada hari yang lain...

selain kereta api, bas dan tram juga ada kat sini... kalau nak naik teksi, tahan je... dan beritahu ke mana korang nak pergi... harga? jangan risau... teksi ni guna meter dan anies percaya driver kat sini jujur2 belaka... kenapa anies cakap macam tu? sebab artikel kat bawah ni: 👇👇

dan artikel ni membenarkan apa yang anies lalui lepas ni... ada satu insiden tak diduga berlaku... nak tau apa yang terjadi?


to be continued...

daa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

25 Words of Lo♥e

  1. wah..jumpa salji!!memang cantik.kalau view macam ni, rugi if tido

    ReplyDelete
  2. Tiada bangunan pencakar langit di sini ya...mrk bgitu mnghargai n berbagga dgn kesenian tradisi mrk nmpknya.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum, Anies,
    Datang jengah sini tanya khabar.
    Wahh, header bunga cantik you!
    Banyak entri saya tinggal ni.
    Nanti saya datang balik ye :)

    ReplyDelete
  4. Wahh best.. tempat tu nampak damai dan cantik.. jauh perjalanan luas permandangan kan.. :)

    ReplyDelete
  5. Adeh, baru nak baca insiden tak diduga dah habis pula... huhu...

    ReplyDelete
  6. nama tempat tu saya nk sebut nk eja pun tak pandai.. hahaha

    ReplyDelete
  7. is/kak is folo sini 1080~ bes sangat baca blog ni =)

    ReplyDelete
  8. omo! anies dah sampai swiss jugak?? jelesnyeeee.. cantik betul tempat nie.. huhu

    ReplyDelete
  9. pasti cantikkkan tempat ni...tiba2 teringat citer remy ngan tiz zakyah tuuuu hehe

    ReplyDelete
  10. wah kembara dalam salji, best tp sejuk

    ReplyDelete
  11. Snowy view memang sangat cantik bagi saya.
    Tapi tak tahu macam mana rasa dia kalau berjalan atas salji tu haha.
    banyaknya incident yang berlaku ni hehe tak sabar nak baca next entry.

    ReplyDelete
  12. memutih je semua....cantik view dia...mcm dalm movie...

    ReplyDelete
  13. Ala... orang-orang Swiss tu pun faham la kot foreignerkan.. kan..kan..

    Cantik sangat view, patutlah penerbit filem hindi suka shooting kat Swiss

    ReplyDelete
  14. tak kisah la kamera cap ayam ..anies..janji ada gambar...

    ReplyDelete
  15. farah kalau tak sembang gelak2 memang tak sah.. lawa landasan dgn salji2.
    best apa keja kilang kt sana. haha..

    alhamdulillah ada kamera cap ayam yg baru.tuan blog dh pandai selfie. hahaha

    ReplyDelete
  16. Kihkihkih kamera cap ayam dara katanya ;)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆