Bangkok, Thailand: shopaholic abroad - MBK Center

11:44 am

✿...السلام عليكم✿

Sambung dari SINI.

Sebaik bertolak dari Hua Mak, cek Wan (our tour guide) cakap nak bawa kami ke shopping. bila dengar perkataan shopping, anies dah rasa tak syok. mungkin orang lain rasa macam nak melompat tapi anies rasa masa tu... entah!

kita ni kan (orang pompuan laa selalunya) kalau nak shopping mesti ada mood. tak boleh dipaksa2. walaupun ada jualan sampai diskaun 99% pun kalau tak de mood tak guna juga... am i rite?

dah dah... lari tajuk dah ni... MBK Center atau nama dalam IC dia ialah Mahboonkrong Center, salah satu shopping center yang boleh dikatakan heaven juga laa kat Bangkok ni.

cek Wan cakap, MBK ni macam Sungei Wang tapi lagi besar dari Sungei Wang, bagi anies pulak, bila dah tengok sendiri, mmm MBK ni lebih kurang macam Berjaya Times Square. apa2 pun, bila dah datang sini, siap sedialah dengan fulus ya.

harga kat sini? mmm... boleh tahan laa... nak kata murah tak juga. nak kata terlalu mahal pun tak juga. tapi kena pandai2 laa tawar menawar walaupun korang terpaksa berkomunikasi macam ayam dan itik 😂😂

MBK ni ada 8 tingkat. setiap tingkat menjual barang2 tertentu. contoh, macam tingkat 7, orang jual gajet semata. harga pun lebih kurang macam kat sini juga lepas convert ke RM.

kami tak pergi semua tingkat. tak larat doh...

oh ya, kalau korang datang Bangkok tanpa agent and nak ke sini, ada train (macam LRT) dan stop di National Stadium BTS Station. jalan kaki dalam 300 meter, dah sampai MBK.

so, ni sebahagian pic yang sempat anies snap untuk korang.

MBK - front side. ni pun snap dari dalam bas je...

ni kat tingkat bawah rasanya.

sesaja je anies masuk lorong ni... nak tengok beg2 cantik 😁

masa ni tengah naik eskalator. nampak laa potret mendiang Raja Thai...

eskalator bersimpang siur. tanya kaki... larat ke tak nak tawaf satu MBK ni...

tak cukup dalam kedai, kat ruang legar pun ada orang berniaga...

lelaki2 dalam rombongan kami... jangan cakap mereka ni tak reti shopping ya... tau2 naik bas je dah penuh tangan 😀

bahagian luar MBK - stall jual makanan semata. nak cari yang halal pun ada. tengok peniaga (lazimnya diorang pakai tudung) atau tanda halal yang digantung depan stall. masa ni tengok pulut mangga terliur beb...😁😁

okey tu je untuk hari ni... insya Allah akan sambung BW lepas ni... thanks for reading!

daaaa...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

20 Your Words of Lo♥e

  1. Betul la anies..orang perempuan kalau nak shopping pun kena ada mood dan duit juga

    ReplyDelete
  2. Besar. Jenuh jugak kalau nak jengah semua tingkat!

    ReplyDelete
  3. Tak tunjuk hasil shoppingnya ke, Nies?

    ReplyDelete
  4. Bestnya jenjalan tmpt ni.. compem bnyk brg2 best :)

    ReplyDelete
  5. waaa.betul mcm Times Square. Ecah kalo jalan x reti nk menyoping.kalau bab makan mmg laju.haha

    ReplyDelete
  6. akak tak pernah lagi ke Bangkok. teringin gak nak ke sana.

    ReplyDelete
  7. Kalau bnyk duit lebih mmg seronok shopping ni

    ReplyDelete
  8. Salam.. kerapnya gi luar negara..

    ReplyDelete
  9. biasanya orang pompuan memang suka shopping kan...saya kalau masuk shopping complex macam alergik....pening dibuatnya hehehe

    ReplyDelete
  10. belum pernah ke bangkok, best nampak

    ReplyDelete
  11. betul tu..nak shopping kena ada mood. Kalau tak memang lepak food court jelah..

    ReplyDelete
  12. fulus kena sedia banyak2 ni utk shopping!

    ReplyDelete
  13. nape mcm xde mood sblm tu anies..?
    mak aihh ni kalo yaya p ni bwak serat memg xcukop ni..hahahaa =p

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆