Pattaya, Thailand: bila YB melawat kawasan...

1:30 pm

✿...السلام عليكم✿

(kemain tajuk ko yek!)

hari berikutnya kat Pattaya, anies sengaja bangun awal sebab dalam kepala ni dah merencana nak merayau2 sekejap memandangkan lepas ni kami akan terus balik Bangkok.

lagipun, dari cakap2 cek Wan, kami tak ada aktiviti khusus kat Pattaya ni, jadinya kesempatan yang ada ni... better laa YB buat inspection sikit... almaklum laa... PRU kan dah nak dekat... bila lagi kita nak menyapa rakyat, idok? hehehe😅😅

jadinya, lepas sarapan, anies terus keluar hotel dan mulakan 'sesi lawatan' tanpa ditemani bodyguard atau PA...😎😎

well, kita bercerita dengan gambar laa yek... lagi senang...

kenapa anies snap pic ni? sebabnya nak cari signboard yang tulis PATTAYA. bila dah jumpa terlindung laa pulak... aisehhh...

tak tau ler apasal gambar jadi macam ni. nak kata Pattaya kena jerebu tak juga. nak kata time tu hujan nak turun, tak juga... mmm... kamera dah start buat hal laa ni...adezzzz... ni area depan hotel kami. masa ni baru pukul 7 lebih. ada kedai2 yang dah buka dan ada yang masih tutup lagi.

. ni pun satu hal juga... tetiba je gambar jadi kelabu asap...aiii.... 
ni trafik @ Pattaya. nak kata sesak tak juga walaupun awal pagi.

anies ni kan pantang jumpa bunga... mesti nak snap... sik baik laa tauke kedai bunga ni sporting. kasi anies snap pic ni... dalam hati nak gak beli sekuntum tapi sampai KL sure dah layu

orang jual buah or gerai buah is every where... baik kat Pattaya mahupun kat Bangkok... 

ni pasar basah... segan juga laa masa snap pic ni...orang tengok je kita walaupun diorang tak cakap apa2 (kalau cakap pun bukan ko paham anies oiii). bila dah masuk kat dalam, nak juga snap sekeping dua tapi memang dah segan sangat time tu. so tengok2 je laa apa yang diorang jual. sama je macam pasar kat sini. tapi tak tau laa plak kalau2 ikan kat pasar ni kena GST ke tak

wat is every where... apa yang anies faham, kalau wat yang agak besar kawasannya, it means ada penempatan / sekolah untuk sami2... p/s kalau salah betulkan yek!


kalau tak silap ni international school...

pit stop terakhir... ikutkan hati nak je anies teruskan 'lawatan solo' ni sebab kira2 200 meter dari simpang ni, dah sampai pantai Pattaya yang famous tu. malam sebelumnya bas kami memang lalu depan pantai ni tapi satu habuk pun tak nampak. gelap gelita. nampak bayang orang je. time nak balik Bangkok, kami sekali lagi lalu depan pantai tapi sayangnya, anies duduk seat sebelah kiri. so tak dapat laa nak snap pantai Pattaya tu... memang cantik pantainya... cuma... rasanya pantai kat Koh Samui lagi cantik kot! (sampai pun tak pandai je ko yek!😄😄)

okey tu je... daaaa...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

13 Your Words of Lo♥e

  1. Dah habis ronda Bangkok ya anies..betullah tu anies Thailand ni mmg kaya dgn buah walau kat mana saja...tanda rakyatnya rajin bertani.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan awan mendung nak hujan tadi.. hihi
    Kamera saya pun dah start kelabu2 jgakni. Huhu

    ReplyDelete
  3. Thailand memang terkenal dengan buah buahan dan sayur sayuran

    ReplyDelete
  4. wah... YB melawat kawasan yer...sampai ke pasar basah lagi tu...

    ReplyDelete
  5. bestnya .... dpt peka pulut mangga ngan tomyam kaw thai mmg best ni ni kan

    ReplyDelete
  6. Kalau saya, teruja jugak tengok bunga2 yang segar macam tu

    ReplyDelete
  7. Rajin YB melawat kawasan ye :)

    ReplyDelete
  8. Cantiknya bunga-bunga ros tuh! Geram tengok!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆