Bangkok, Thailand: restoran seafood Muslim

12:11 pm

✿...السلام عليكم✿

Sambung balik cerita JJCM ke Bangkok ni... alahai.... entah kenapa liat bebenor nak habiskannya...

cerita pasal makan lagi. balik dari Ayutthaya, masing2 dah macam zombie kelaparan. mata cuma nampak nasi je... almaklum laa kena pulak masa tu hujan sepanjang jalan balik ke Bangkok.

kira2 dalam pukul 7 malam, bas pun berhenti kat depan restoran ni. kitorang memang tak tunggu lama. walaupun hujan, kami redah je and terus masuk restoran.

satu benda nak puji dengan restoran kat Bangkok ni. kalau dah booked awal2, memang tak payah tunggu lelama. sampai je, makanan dah siap hidang. cuma tomyam je yang perlu dipanaskan. korang duduk, pelayan pun datang bawa nasi.

okeylah! layankan je laa pic yang ada ni ya!

restoran ni betul2 sebelah jalan besar. tak de landmark kat situ. yang anies perasan, ada pasar seafood kat depan restoran ni. nama pasar tu pun anies tak tau sebab guna tulisan Thai. 😑

Thailand without tomyam is like... makan sambal belacan dengan biskut marie... hahahaha... lupa dah... ni tomyam campur ke tomyam seafood... orang dah kebulur, satu patah haram pun tak ingat 😅😅 kami ingat tomyam ni sedap sampai menjilat periuk hihihi

siakap stim... wallaweiiiiiiiiii.... sedap sampai bergetar rusuk kiri!! rasa nak telan je senduk dengan bekas ni! masam2 manis gitu... perrghhh... apsal laa ko sedap sangat????

salad... anies terlupa apa isinya... rasanya sotong kot... yang ni tak payah cakap laa... memang sedap sampai menjilat jari!

isi ayam goreng dicampur bawang, cili kering dan gajus... yang ni pun memang sedap... ratah gitu2 je dah cukup or gaul je dalam nasi (beras wangi Thai panas2)... perghhhh kecuq daaaa....

sori laa ye kawan2... sebenarnya banyak gambar blur... tak tau laa kenapa... effect perut berkeroncong kot?? and dua lagi menu malam tu adalah sayur campur dan telur dadar... Alhamdulillah...semuanya licin licau dibaham oleh kami yang bak ular sawa kelaparan ni😆😆

dessert of the day... cincau campur kelapa laut campur ais... sedapppppp.... balik rumah boleh buat 😆😆

suasana dalam resto... muka tak sabar nak makan jelas kelihatan di situ hahaha...

okey tu je cerita hari ni... petang nanti anies sambung BW...tunggu ya...

daaaaaaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

18 Your Words of Lo♥e

  1. tomyam tu memang nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  2. siakap stim tu..tengok pun tahu sedap!

    ReplyDelete
  3. ya allah sedapnyaaa isi ayam tu. dh lama nina tak makan nis. kempunan nk makan bila tgk. kalau p makan restoran siam kat mesia ni pun memang stail meniaga dorang mcm tu, book dan mesti hidang panas2.

    mai penang blh bawa mkn kt area perai. hehe

    ReplyDelete
  4. wahh laprnya!!! sedap makanan tu

    ReplyDelete
  5. Makan tika sdg kelaparan semuanya sedap kan apalagi kalau dh mmg jenis sedap.

    ReplyDelete
  6. Semuanya nampak sedap, Anis.
    kalau akak dah kebulur terus tak ingat nak ambik gambar sedar-sedar dah abis makan aje.

    ReplyDelete
  7. Siakap stim tu dlm bekas macam tu, kreatif betul ☺

    ReplyDelete
  8. sedapnyeeeeeeeeeee makanan tu sume.. dh laa tgh lapar nie.. huhu

    ReplyDelete
  9. nice share.. boleh p nnti kalau ke sana.

    ReplyDelete
  10. Salam.singgah sini anies....meriahnya makanan kat atas meja tu...

    ReplyDelete
  11. Rarelah! siakap stim tu punya tempat landing, ikan dalam ikan.

    ReplyDelete
  12. hehehe sampai nak telan senduk dan bekas tu yer...sedap bebeno tu... :)

    ReplyDelete
  13. Anies ni.. Buat reen geram tau tengok maknan kat sana.. Buat masa ni hanya mampu makan kat kdai ala-ala thai yang ada di Kl ni ha je. :p

    ReplyDelete
  14. semuanya nampak sedap..habis jari kena jilat.haha

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆