Anda dah mengundi ke belum?

10:10 am

✿...السلام عليكم✿

Hari ni stop sekejap pasal jjcm ke Bangkok. sebabnya, dalam tempoh kurang sebulan ni... kami nak jadi peraih undi tuan-tuan dan puan-puan sekelian alam...

tapi jangan salah sangka ya... nak raih undi ni tak de kena mengena dengan PRU-14 akan datang... yaa... ramai dah dapat agak, dapat rasa, dapat mimpi...dan macam2 dapat laa yang mengatakan PRU akan berlangsung tahun depan... kalau betul, Alhamdulillah... jangan lupa tunaikan kewajipan anda nan satu tu ya...

tapi yang ni, nak kata wajib tu... tak laa... tapi 'benda' ni mungkin akan muncul 100 tahun sekali kot... dan mungkin juga akan muncul 1000 tahun sekali kot (dah macam komet laa pulak)...

yelaah... 'benda' yang nampak mustahil kan... macam artikel ni...😀😀😀


punya laa kita dok tunggu2 kan... tapi yang sampai kat Piala Dunia... yang ni hah... Subkhidin Mohd Salleh (Afrika 2012), Allahyarham Kapten Abdul Halim Abdul Hamid (Perancis 1998) dan Mat Lazim Awang Mat (Korea /Jepun 2002)... walaupun sebagai pembantu referee, kita tumpang bangga laa juga kan...

punya laa panjang mukadimah... pada hal nak cakap pasal yang ni je... pasal apa lagi kalau bukan nak raih undi untuk Mohd Faiz Subri!

tahniah untuk Faiz sebab terpilih dalam top 3 untuk Anugerah Puskas yang bakal berlangsung pada bulan depan.

bagi yang tak tau, Anugerah Puskas ni diberi kepada pemain bola sepak profesional yang berjaya menjaringkan gol dengan 'cara paling unik'. pendek kata, diorang ni score lain daripada yang lain laa...

macam mana Faiz boleh tersenarai ni? menurut info yang diperoleh, lepas Faiz Subri score untuk Penang masa Liga Super Februari lepas, pihak FAM telah menghantar video sepakan percuma yang diambil oleh Faiz ni kepada pihak FIFA untuk disenaraikan dalam Anugerah Puskas. dan bulan lepas (kalau tak silap), FIFA dah keluarkan 10 pemain yang berjaya disenarai pendek dan salah seorang daripadanya, Faiz - yang menjaringkan gol ala2 Roberto Carlos masa Brazil vs England kat World Cup 2002 (tapi gol Faiz lagi cun!)


yang tak pernah tengok lagi macam mana Faiz score, boleh laa tengok klip ni... dan nilaikan sendiri adakah dia layak atau tidak untuk berada di samping Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kat atas pentas Anugerah FIFA bulan depan. eceh!😁

selain Faiz, ada dua lagi pencabar terdekat yang tak kurang hebat jaringan mereka iaitu Marlone dan Daniuska Rodriguez:

Marlone

Daniuska

ni laa anugerah Puskas yang mungkin akan menjadi milik Faiz Subri (insya Allah) - sekaligus menjadikan beliau pemenang pertama dari benua Asia dan pemain bola sepak Muslim kedua selepas Hamit Altintop yang memenangi anugerah ni pada 2010. kalau Faiz menang nanti, boleh laa korang claim yang korang ni penyokong kipas susah mati JDT Penang FC hahaha...

jadi apa lagi... sila berikan undi anda kat


dan keputusan undian akan diumumkan pada 9 January 2017.

selamat mengundi! 😃

Kisah Silam Untuk Masa Depan

29 Words of Lo♥e

  1. ko dah undi Balotelli for Ballon D' Or belum? hihi

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH UNTUK FAIZ DAN SEMOGA BELIAU JADI JUARA PUSKAS KELAK INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini anies...MD belum pernah mengundi lagi ni belum layak sbb masih pegang My PR Malaysia...

    ReplyDelete
  4. mudah2an ada rezeki untuk faiz...ameen..

    ReplyDelete
  5. bila sebut undi jer...terus otak fikir PRU..hihihi...upanya undi gol faiz...sis dah undi..dah 2 kali..penentu tempat tuk 1-3 pun dh... harap2 dapat la tempat pertama

    ReplyDelete
  6. Pasti lah sudah...moh kome!

    ReplyDelete
  7. oohh undi ni rupanya..hihihi

    ReplyDelete
  8. haishhh mati-mati kita ingatkan pasal PRU tadi hehe

    harap faiz boleh menang!!

    ReplyDelete
  9. huhu..panjang2 mukadimah la okey..mmg comel jaringan faiz ni..

    ReplyDelete
  10. Siqah dah undi! Kat phone dan laptop. Hihi.

    ReplyDelete
  11. Fuhhh hebat la dia..jap nak pi vote jugak la..hee

    ReplyDelete
  12. Jangan lupa daftar mengundi sis, mcam tahun depan je kita PRU hehe

    ReplyDelete
  13. Haha ramai dah berteka teki bila Pru 14 akan diumumkan.. kita tunggu dan lihat jer nanti.

    ReplyDelete
  14. dh agak mesti faiz hahaha tp bkn si moto biru tu. kekeke

    ReplyDelete
  15. biasa memang mengundi. harap2 ramai2 turun mengundi nanti

    ReplyDelete
  16. Haha.....MD pun silap dah ingatkan nak mengundi...rupanya undi Faiz Subri....

    ReplyDelete
  17. Dah! undi dah masa awal-awal hari tu ;-)

    ReplyDelete
  18. Ceh.. Tertipu reen :p

    Reen bab bola ni memang lemah..

    ReplyDelete
  19. Nampak cantik je cara masuknye... Ritu dgr radio faiz sdg m'ungguli tempat t'atas...;-)

    ReplyDelete
  20. dh keluar ke senarai pemenang tu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆