Ayutthaya, Thailand: pekena nasi khomok (gomok?)

10:30 am

✿...السلام عليكم✿

Thailand 1
Thailand 2
Thailand 3
Thailand 4

sila ketik ya bapak2 ibuk2 sekelian alam... 😃

Usai program kat Saraburi, perut kami dah start berdondang sayang. ingatkan Cek Wan nak bawa kami ke restoran kat area Saraburi ni... rupa2nya sampai ke Ayutthaya dibawanya kami! dah tu bukannya dekat! rasanya sejam plus plus juga laa kami melangut dalam bas tu. dah tidur, terjaga semula pun tak sampai2 lagi... aduyaiii... mana laa tempatnya ni...

kami sampai Ayutthaya masa tu baru lepas hujan lebat dan masih renyai2 lagi. maka bertambah keronconglah perut ni...

dan akhirnya bas berhenti jua kat depan...

restoran ni! fuhhh... cepat2 kami turun. memang lapar sangat2 dah ni. tengok jam, dah nak hampir pukul 3pm! okey, anies... share location! the exact location memang anies tak tau laa... tapi kata Cek Wan, lokasi resto ni masih berada alam bandar Ayutthaya. landmark restoran ni senang je nak cari. DEPAN KOMPLEKS MAHKAMAH AYUTTHAYA. kalau2 yu ols sampai dah sampai Ayutthaya kelak, panjang2 kan laa kaki ke restoran ni ya...

ni laa nasinya. nasi khomok (gomok or cromok... entah yang mana satu... tak kisah laa janji ada bunyi mok mok kat hujungnya tu hahaha) nasi khomok ni macam nasi ayam tapi nasi / beras dia tu, guna beras wangi Siam okey! dan rempah2 yang dia masukkan dalam nasi tu macam rempah beriyani tapi rasa bukan beriyani. ada faham tak? then ayam dia tu, dimasak sekali dengan nasi. rasa dia? fuhhhh... memang THORBAEK!! terpejam2 kami makan sampai bertambah2. dah laa tengah kebuluq, memang tak pandang kiri kanan. masuk mulut... tup tup dah sendawa... alhamdulillah...

nasi khomok ni judu dia dengan sup pedas ni. nak kata pedas sangat tu tak laa...sedang2 je. boleh hirup sampai licin mangkuk ko... oh ya...yang warna putih tu bukan kentang tapi bawang ya... dan nasi ni juga dijudukan dengan sambal mak ko hijau. sambal ni memang pedas terangkat. tapi sebab ada rasa masam2 sikit, licin jugak laa kami belasah! hahaha...

selesai makan, kami diberi 'dessert'. perrghhhhh... ni memang rojak THORBAEK yang pernah anies makan seumur hidup ni. SERIUS!! yang jadikan rojak ni sedap adalah kuah kacang dia yang memang tak terasa langsung kacang yang ditumbuk tu... dan... KEREPEK KELEDEK UNGU!!! yang lain2 tu...macam yu ols nampak dalam pic ni laa.... perrghhh sambil taip ni, tengok rojak ni rasa nak pergi Ayutthaya sekarang jugak!!!! arghhhhh..... kenapalah kita dipertemukan kat Ayutthaya wahai rojak??? kenapa tak kat KL????

masing2 khusyuk hadap juadah masing2... senyap je masa ni...perut tengah lapar kan... kena pulak makanan sedap...perrghh...

hanya mampu snap bandar Ayutthaya dari dalam bas sebab masih hujan lagi... 


so, kalau yu ols baca entry ni dah merancang nak ke Ayutthaya, personally anies sangat2 recommend restoran ni untuk yu ols singgah. memang sangat2 berbaloi dengan Bath yang dileburkan tu... harga sepinggan nasi khomok? maaf laa.... since kitorang pergi guna pakej, so lunch ni dah kira sekali dengan pakej. tapi rasanya tak sampai 200 Bath untuk sepinggan nasi khomok ni...

kalau nak rate 2 makanan ni, anies beri 🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟 hah, ambik ko! 😋😊


so... welcome to Thailand... the beautiful island... kata Sherry al-Hadad... hahaha...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

40 Words of Lo♥e

  1. Mesti sedap sgt nasi khomok tu sampai anies xsedar kak ada kat sebelah anies heh..heh.. gurau je

    ReplyDelete
  2. perghh..sdap nasi khomok tu..:)

    ReplyDelete
  3. jie mkan kat kelantan nasi khomok tu..mmg sdp..

    kalau kat siam lagi sdp kot..huhu

    ReplyDelete
  4. telan air liur je tgk thailand ni :(

    ReplyDelete
  5. Blogwalkin ku pg ni mengharapkan untuk tidak jumpa post makanan...tapiiiii apakah ini??? adehhh la...

    ReplyDelete
  6. lapar plak tengok gambar makanan tu !!!! hahahah~

    ReplyDelete
  7. tu dia banyaknya bintang..jom Anies g lagi..hehe

    ReplyDelete
  8. oiii teringin aku nak rasa rojak tu nok...

    ReplyDelete
  9. Saya memang tak berpeluang ke sana.
    Dapat baca kat sini jadilah.

    ReplyDelete
  10. judu tu apa ek?

    ayutthaya ni femes dalam buku sejarah tapi tak ingat die femes pasal apa hehe

    ReplyDelete
  11. Wow bestnya makanan..kalau pi sana boleh singgah..in sha Allah

    ReplyDelete
  12. Wow bestnya makanan..kalau pi sana boleh singgah..in sha Allah

    ReplyDelete
  13. punyalah banyak bintang, Anis.
    jauhnya nak gi makan, bila balik dah lapar semula :)

    ReplyDelete
  14. ok, 1st time dengar nama nasi tu.. hahaha

    ReplyDelete
  15. boleh gemuk tak makan nasi khomok nih.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Kirim nasi khomok satuuuuuu! Haha

    ReplyDelete
  17. Dapat makan selain masakan Melayu.. Best juga kan. Dapat merasa..

    ReplyDelete
  18. best selera thailand ni, kena dengan tekak kita

    ReplyDelete

  19. Hi Anies, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
  20. kali pertama dgr nama makanan ni

    ReplyDelete
  21. Amboi! banyaknya bintang ini mesti sedap giler....nih!
    Berbaloi-baloilah kiranya duk dalam bas lama nak ke situ ya...

    ReplyDelete
  22. makanan thai memang mudah kena dengan selera kita

    ReplyDelete
  23. Sedap pulak akak tengok nasi ghomok tu Anis..
    Mkn time lapor..
    Mmg licin lah ye.😊

    ReplyDelete
  24. mmg la makanan thailand selalu kena dgn tekak

    ReplyDelete
  25. Nampak mcm best je makanan tu.. lebih2 lagi klu berjln jauh, dpt makanan mcm tu kat tmpt org.. fuhhh.. mmg terbuka selera... :)

    ReplyDelete
  26. Saya selalu jugak pergi thai tapi tak jumpa pun nasik khomok.
    Nak cuba lh bila gi sana nanti.
    Thanks

    ReplyDelete
  27. panggil nasi khomok ek. pelik juga bunyinya. tp selera thai boleh masyuk dgn selera kita

    ReplyDelete
  28. kalau ke thailand mesti makan ala-ala masakan di malaysia juga kan...tapi katanya rasa di sana lebih sedap betul ka?

    ReplyDelete
  29. Ppeerrgghhh..nasib baik bw sambil lunch..kalau tak..terliur jadiknya tgk nasi tu

    ReplyDelete
  30. Ppeerrgghhh..nasib baik bw sambil lunch..kalau tak..terliur jadiknya tgk nasi tu

    ReplyDelete
  31. sedapnya masakan Thailand kan

    ReplyDelete
  32. rasa macam pernah rasa sebelum ni masa ada food festival di QB Mall...macam nasi ayam tapi rasa nasi beriani

    ReplyDelete
  33. orang kata makanan thai ni sedap

    ReplyDelete
  34. hahahha sherry mmg kelakar.. itu lah makanan thai memang lain. nis kalau teringin nk mkn sgt sila godek2 restoran yg betol2 Thai pnya mesti ad kt KL tu


    sana tiang letrik kalau tak serabut bukan nama thailand. haha

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆