Hotel Syuen, Ipoh

11:22 am

✿...السلام عليكم✿

Masa kami pergi meeting buku teks tempoh hari, lepas turun keretapi kami cari laa lokasi hotel ni. almaklum laa... kami bukannya familiar dengan bandar Ipoh ni. sebelum kami tahan teksi, kami check sekali lagi nama hotel ni kat Google.

pelik? kenapa tak sama macam dalam surat jemputan? dalam Google tulis, HOTEL SYEUN. dalam surat jemputan tulis, HOTEL SYUEN. eh mana satu ni?

pastu, bila dah naik teksi, kami cakaplah kami nak pergi HOTEL SYEUN, driver teksi tu terpinga-pinga. then cepat2 kami cakap, HOTEL SYUEN, barulah dia mengangguk.

lebih kurang dalam 10 - 15 minit, (masa tu jammed giler) kami pun sampai laa depan hotel ni... mak aiii terpegun sekejap! kemain besar hotel ni? betul ke kita nak meeting kat sini?

orang Ipoh mesti kenal punya laa dengan hotel ni. kalau tak kenal meh sini nak hempuk sedas!

 lobi hotel. suka sangat... macam dok dalam istana Inggeris gitu hahaha...

koridor menuju ke bilik. member anies cakap, koridor ni macam dalam cerita hantu hahaha... sorry laa gambar pun kelabu asap...

keadaan bilik kami. memang selesa... air cond pun sejuk mencengkam sampi ke pagi...



yang penting...toilet bersih...


tapi... tapi... dalam banyak2 benda best pasal hotel ni... kami berdua setuju untuk mengatakan bahawa makanan kat hotel ni adalah yang PALING BEST so far! dah banyak hotel kami pergi tapi tak sesedap masakan kat sini. semua lauk pauk, dessert kami pulun. semuanya sedap. baik sarapan, lunch or dinner, semuanya sedap. kalau kena bayar mahal untuk stay, memang rasa berbaloi2. tabik spring laa kat chef dan krew2 dapur hotel ni!

ABC buat sendiri... alahai... sampai hari ni terbayang2 rasanya...


oh ya, berbalik pada cerita kat atas. kenapa boleh jadi HOTEL SYEUN / SYUEN ni? anies tak de jawapan tentang tu. sebab kat toiletries hotel pun ada tulis HOTEL SYEUN. tapi kat front desk tulis HOTEL SYUEN. nak jadi cerita, sampai kami balik KL, kami dok debat, mana satu nama hotel ni hahahaha...


extra pic: habis je meeting kami pergi Ipoh Parade / Parkson. bukan buat apa2 pun cuma cuci2 mata je...

stesen Keretapi Ipoh... OTW balik KL...

okey tu je nak bebel hari ni... daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

29 Words of Lo♥e

  1. lorong koridor tu memang sebijik macam dalam cerita hantu, tambah pulak kesan kelabu asap tu...real wehhh :p

    ReplyDelete
  2. macam best je...hahaha..jgn hempuk angah ye...walopun asal dari kuala kangsor yang tak sampai sejam perjalanan idok le teman ponoh nginap di situ...

    ReplyDelete
  3. Tk kisah la nma apa jnji lepaking n mkn sdpppp

    ReplyDelete
  4. UNTUNG DPT INAP DI HOTEL YG GRAND N SELESA

    ReplyDelete
  5. Anies cerita sedap buat Reen teringin nak rasa. Hahahaa bukan senang nak jumpa makanan dalam hotel yang sedap.

    Hotel 5, 6 bintang pun belum tentu lagi sedap.

    ReplyDelete
  6. cantik hotel ye. memang orang ipoh ke. sy kenal awk pon sebab 4 tahun lepas awak selalu komen di blog saya.

    ReplyDelete
  7. Nama hotel xvouge langsung, tp kn koridor tu mcm sesuatu la nak2 t'bayang hantu cina duk kat kusi tu,huhuu....;-)

    ReplyDelete
  8. alamak, seramnya saya tengok korido bilik tu. biliknya nampak kemas lah sis. 2 tahun kebelakangan ni, meeting2 dah tak buat kat hotel dah huhu

    ReplyDelete
  9. koridor bilik mmg npk seram.. berkabus cm tu.. hehe... tp mmg selesa sungguh npk..

    ReplyDelete
  10. salam..
    yaya singgh sini =)
    wah pergi bercuti ke tu..

    ReplyDelete
  11. mmg best kalau pg hotel dpt makan makanan yg sedap belaka.

    enjoy habis

    ReplyDelete
  12. Wahh bestnyaaa... lama sgt tak pergi ipoh ni... seronok tngok... :)

    ReplyDelete
  13. kitew x pernah sampai sini lagi ... yang pernah pi dekat Setiawan dan juga Lumut jew ;) belum lagi meneroka singgah singgah cam gitew bila on the way to Utara ;)

    ReplyDelete
  14. Kenapa tak tanya receptionist tu mana satu ejaan yang betul hiks!?
    Mrs. A biasa dengar Hotel Syuen, Ipoh.

    ReplyDelete
  15. Makanan yg bestt? Okeyy, tu point utama yg plg mngujakan dlm entry nii. Haha

    ReplyDelete
  16. wah best tido hotel yang ada dua nama hehehe

    ReplyDelete
  17. tido hotel ni biasanya kita nak toliet bersih, tilam cadar bantal yang bersih, makanan yang sedap dan persekitaran yang selesa

    ReplyDelete
  18. Makanan best tu lah paling winnnn!

    ReplyDelete
  19. besarnya hotel dia..mcm shopping comnplex da

    ReplyDelete
  20. Abc tu kalo buat sendiri mesti best...bole pilih harta karun yg kita suka banyak banyak...haha

    ReplyDelete
  21. rindu ipoh ada la p dinner kolej kt hotel tu tp tang bilik bru tgk lawa jugak. dpn ipoh parade ja jln kaki lintas jln

    ReplyDelete
  22. Nama hotel ni Hotel Syuen la..teman org ipoh..huhu..

    ReplyDelete
  23. Dulu nama hotel tu syuen..dah tukar jadi syeun..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆