#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #TheMagnificentSeven2016

1:48 pm

✿...السلام عليكم✿

Minta maaappp bebanyak kawan2ku sekelian... jejak2 kasih yang anda semua tinggalkan masih belum dapat dibalas. entah kenapa sejak dua menjak ni, kerja datang bertubi2. ni update pun time lunch hour je pasti dah sambung keje sampai ke malam...aduyaiii... maaf ye...ada masa nanti insya allah akan anies balas sekali harung!!

okey back to the title...

anies memang nak tengok cerita ni sangat2 sebab... Lee Byung-hun! hahhh... sesapa kaki drama Korea mesti kenal punyalah dengan mamat sorang ni. dah semakin pemes amos lepas menjejakkan kaki kat Hollywood.

tapi bila dah tengok, sedikit kehampaan bila watak Lee Byung-hun tu dijadikan sebagai seorang yang agak pendiam. so, nak dengar / tengok LBH bertutur banyak dalam BI tak kesampaian... rasa macam didiskriminasi laa pulak kann.. pelakon2 Asia diberi watak, tapi action je lebih...

(tetiba tingat beberapa filem Hollywood yang mengambil aktor dari Asia tapi bila dah berlakon, cuma "yes, no, alringht" je yang dapat didengar - hampeh tol!!)

okey laa... meh anies share sikit sinopsis filem remake (filem pertama ditayangkan pada 1960) yang berlatar belakangkan 'Cowboy' ini:

Lembah Rose Creek telah diceroboh oleh seorang industrialist bernama Bogue. Bogue telah menawarkan harga yang rendah sebagai pampasan kepada penduduk di situ dan mereka membantah. bantahan mereka itu akhirnya menyebabkan pertumpahan darah berlaku. mereka dibunuh oleh konco2 Bogue termasuklah suami kepada Emma Cullen.

demi menegakkan keadilan penduduk, Emma mengambil inisiatif untuk meminta bantuan luar sehinggalah dia bertemu dengan Chisolm. setelah dipujuk rayu, akhirnya Chisom bersetuju untuk membantu Emma tetapi dia perlukan masa untuk mencari pembantu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Chisolm akhirnya berjaya menemui 6 orang yang lain yang sudi untuk membantu Emma serta penduduk Rose Creek. keenam-enam sekutu baru Chisolm itu mempunyai kemahiran tersendiri dalam mengendalikan senjata dan itulah faktor mengapa Chisolm berbesar hati menerima mereka untuk menjayakan misi menawan semula Rose Creek dari tangan Bogue.

pada hari yang telah ditetapkan, ketujuh-tujuh lelaki ini bertempur bersama2 penduduk Rose Creek menentang Bogue yang mempunyai 'bala tentera' yang lebih besar serta senjata yang lebih hebat.

dapatkah mereka mengembalikan lembah itu kepada penduduknya? adakah ketujuh-tujuh 'The Magnificent' ini berjaya menghancurkan Bogue dan konco2nya?

dah banyak kali anies hadiri tayangan perdana dan filem ini buat pertama kalinya mendapat tepukan daripada penonton selepas tamat tayangan! dan disebabkan tepukan itulah, anies 'terpaksa' bersetuju yang ffilem ini memang best untuk ditonton.

jalan cerita sangat2 smooth. susunan plot juga teratur dan tak dinafikan ketujuh2 watak utama dapat deliver peranan masing2 dengan jayanya! memang superb! terbaik!

but, since cerita ni ada unsur2 keganasan macam tembak menembak, bunuh membunuh, darah berdarah (apakah?) termasuklah aksi memakan hati rusa mentah2...jadi ianya hanya sesuai ditonton oleh mereka yang 18 tahun ke atas je laa...  yang hati tak berapa nak kering, tak payah tengok laa takut nanti terbayang2 darah sana sini hahaha...

dan lagi satu, anies sangattttttttttttttttt laa suka dengan lokasi filem ni... seolah2 terasa macam kat Grand Canyon laa pulak hahaha...

daripada 5***** anies beri 4****

filem ni masuk wayang mulai HARI INI!!

terima kasih kepada pihak Budiey.com di atas dua pass tayangan filem ini..

antara babak2 menarik:

Emma sedang merayu kepada Chisolm agar membantunya mengembalikan lembah itu kepada penduduk.

mereka sedang berhadapan dengan sheriff yang telah dirasuah oleh Bogue.

Lee Byung-hun (Billy Rocks) dan Ethan Hawk (Goodnight) selepas berjaya menewaskan pegawai2 Bogue di Rose Creek.


trailer. credit.

selamat menonton!

AUTO PUBLISHED

Kisah Silam Untuk Masa Depan

19 Words of Lo♥e

  1. Minat gak dengan LBH ni...
    Wow! 4 bintang tu, mesti tonton nih!

    ReplyDelete
  2. action pun x pe.. janji dah smpai tahap hollywood..

    ReplyDelete
  3. kena exploit je kan.
    akak tak leh start tgk citer Korea ni.
    haru biru nanti. asyik nak tgk je.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...mcm menarik jer citer cowboy tu

    ReplyDelete
  5. Kita sama bzzz mnjanggggg..
    Kipidapppppp

    ReplyDelete
  6. Hi Anies...

    lama tak datang singgah sini.

    ReplyDelete
  7. magnificent 7 ni mmg best.
    pnh tgk

    ReplyDelete
  8. wow cerita koboi.. husna bukan hantu cerita korea sgt jd tak kenal siapa yg di sebutkan td.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. kalo 4*..
    mmg layan lah filem ni anies

    ReplyDelete
  10. Semalam baru survey-survey wayang nak tengok citer ni. Semuanya sebab Lee-Byung Hun, hehe :D

    ReplyDelete
  11. best eh.. tp kannn dh nk habis kt wyg. ermmm duit wyg tu rsa xnk guna nis. dpt beli mkn kt SR 😂😂

    ReplyDelete
  12. Blum dpt tonton lagi movie ni... bestlah.. kena tonton jugak nanti.

    ReplyDelete
  13. Kena masuk list movie nak tengok nih!

    ReplyDelete
  14. best kan citer nie , lagi-lagi kalau ade bintang dari Asia , terutama Korea lor

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆