#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #OneNightOnly

1:32 pm

✿...السلام عليكم✿

Sapa peminat Aaron Kwok, angkat keyboard? ooo... ramai rupanya... ingatkan bila da makin tua ni dah tak ramai daa peminatnya... hehehe...

well mesti yu ols tertunggu2 kan filem ni? yeahhh i know... sebab tu agak sesak GSC Mid Valley malam tadi sempena tayangan filem terbaru yang dibintangi aktor tersohor Hong Kong ni.

pada mulanya anies ingatkan filem ni dibintangi seorang lagi aktor terkenal Hong Kong iaitu Louis Koo. tapi bila tengok billboard kat tepi MMR2, si Loius Koo ni filem terbaru dia Line Walker. erkk... ke salah orang?

mmm rupa2nya filem si Aaron... sorry kipas susah mati Aaron Kwok!

meh sini anies share sikit sinopsis cerita ni:

Gao Ye (Aaron Kwok) dibebaskan dari penjara pada tahun 2020. ketika dia menggeledah dompetnya, dia terjumpa sekeping siling bernilai 1 Yuan. dan duit itu tiba2 membangkitkan memorinya pada 8 tahun yang lepas.

Gao Ye seorang gambler tegar. selepas kematian semua ahli keluarganya yang terlibat dalam nahas kapal terbang, Gao Ye menghabiskan semua harta keluarganya di mesin dan meja judi sehingga tinggal sehelai sepinggang.

pada suatu malam selepas dia dibelasah oleh kumpulan samseng, dia didatangi seorang pelacur. macam2 si pelacur ni buat tetapi Gao Ye hanya berminat untuk mendapatkan duit daripada pelacur itu untuk dileburkan di meja judi.

si pelacur yang bernama Momo (Yang Zishan) bersetuju akhirnya menyerahkan duit kepada Gao Ye. namun duit tersebut lebur begitu sahaja (kalah pertaruhan) dan ini membuatkan Momo naik angin.

tanpa diduga, perbuatan mereka telah menyebabkan kedua-duanya terlibat dalam 'betting gila' dan akhirnya Gao Ye terpaksa mengaku salah bahawa dia telah menyebabkan seorang polis trafik keretapi terbunuh kerana 'betting gila' tersebut.

Gao Ye tiada pilihan kerana dia tersepit antara dua perkara iaitu mengaku bahawa dia yang membunuh polis trafik itu atau anaknya menjadi korban di tangan kumpulan samseng itu.

semuanya berlaku dalam satu malam sahaja!

selepas keluar penjara barulah Gao Ye mengetahui identiti Momo yang sebenarnya.

rating untuk filem ni, daripada 5*****, anies beri 4****

overall, jalan ceritanya sangat santai biarpun mempunyai pelbagai plot yang mahu di'sumbatkan' dalam satu malam. menjadikan Thailand sebagai lokasi utama filem ini, penonton akan mendapati cinematografinya seolah2 seperti di zaman penghujung tahun 80an. meskipun hampir 80% jalan cerita berkisar kepada Gao Ye, tetapi penonton masih tidak berganjak untuk mengetahui kisah2 yang bakal tersingkap daripada watak yang dimainkan oleh pelakon  pembantu. at the end, anies mengharapkan ianya menjadi happy ending tapi nampaknya tak kesampaian... btw, ia sebuah naskhah yang sesuai untuk ditonton.

filem ini akan menerjah pawagam seluruh tanah air pada hari ESOK = Khamis = 25 Ogos 2016

terima kasih kepada budiey.com yang sudi memberikan 2 pass tayangan perdana filem ini...

antara babak2 menarik dalam filem ini. credit gambar.

salah satu pertaruhan yang melibatkan nyawa

'betting gila' yang terpaksa Gao Ye terima. Momo bertindak sebagai penunjuk arah. jika Momo memegang stereng kereta, dia akan ditembak oleh samseng yang berada di dalam kereta (bersebelahan)

Gao Ye sakan berjudi dengan duit yang diperoleh setelah memperdaya pelacur2 dan ibu ayam yang ada di situ...

antara samseng yang dalam masa yang sama = lintah darat - menakut-nakutkan Gao Ye agar dia dapat melunaskan hutang2nya...

selamat menonton!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

18 Words of Lo♥e

  1. SELAMAT MENONTON PADA YG BERMINAT

    ReplyDelete
  2. macam menarik ja...ada aksi yang mendebarkan...

    ReplyDelete
  3. salam..
    hi anies.. =)
    yaya mai lawat..

    dulu suka Aaron Kwok..
    tgok cite Para Para Sakura..hikhik..
    tp skrng errr... =p

    Jalan cerita cam kurang menarik je tu..huhu.
    bnyk lg movie yaya xsempat g tgok ni..

    ReplyDelete
  4. Sha peminat Aaron Kwok!
    Harus pegi tengok ni :)

    ReplyDelete
  5. minat juga masa2 zaman2 dulu kala...hihi

    ReplyDelete
  6. minat juga masa2 zaman2 dulu kala...hihi

    ReplyDelete
  7. akak tak de keyboard ... nak angkat apa ni anis, heheh.
    bestnya anis dapat tengok dulu movie ni.

    ReplyDelete
  8. Ingat aaron kwok, ingat cerita para para sakura ❤️

    ReplyDelete
  9. yang minat aaron kwok pun dah tua gak ma..

    ReplyDelete
  10. Tak kenal sangat pelakon luar.
    Hat dalam negara pun ramai xkenal.

    ReplyDelete
  11. Minat tapi dah kurang sikit semenjak kehadiran bintang-bintang Kpop ni... ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  12. tua2 pon hebat lg.. jarang tgk movie cina. hehee.

    psss make up remover tu 12 ml kot tp tulisan korea xfaham

    ReplyDelete
  13. Teringin pulak nak menonton cite ni.. saya mmg peminat movie cina...

    ReplyDelete
  14. yang minat Aaron Kwok haruslah tengok movie ini..mesti banyak aksi yang best

    ReplyDelete
  15. jrg tgk movie cina.. anis minat betul

    ReplyDelete
  16. Filem cina aksi pun memang menarik...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆