Kerana kuih keria

10:24 am

✿...السلام عليكم✿

Last week, entah kenapa tetiba mengidam nak makan kuih keria... mengalahkan orang pregnant laa pulak, ahaks!

lepas 'berdating datingan' barulah kami gerak ke Limbongan. kalau ikutkan timing nyer, memang sah2 laa kuih ni dah kehabisan. kalau ada pun, memang berlumut laa kau nak tunggu...

sampai je kat masjid Limbongan... see??? betapa panjangnya queue itueww... alaa... biasalah tu anies... kedai pemes kan... so, dalam hati dah mula berkira2... mmm balik je laa... tak ada rezeki kot nak makan kuih keria hari ni... nak beratur lelama macam tu rasanya tak kot...

then mak cik call, dia kata kat depan kedai (kira-kira 100 meter di hadapan) ni ada 1 lagi kedai jual kuih keria. kroni2 diorang juga... orang tak ramai... mmm dalam hati rasa pelik juga kenapa orang tak ramai?

bila sampai je, memang tak ramai... tapi rupa-rupanya...

'yang beratur' tu ada dalam buku!! haaa... ambik ko.... tapi nak makan punya pasal terpaksa laa redha... anies tulis juga dalam 'buku queue' tu... masa ni, walaupun kuih keria tu baru siap masak (ada 2 dulang), tapi still tak dapat juga 'turn' tu... kena laa tunggu 20 minit lagi untuk 'next dulang keria'...

FYI, kalau yu ols dah tulis nama dalam buku tu and bila turn sampai yu ols tak ada kat situ, tuan kedai akan simpankan pesanan yu ols tu. tapi, kalau lepas tu yu ols tak sampai2 juga, dia akan jual kepada yang tengah menunggu... so moral of the story, tunggu laa sampai dapat yek!

tolak campur tolak campur, akhirnya dapat juga kuih ni... fuhhh lap peluh! tengok jam, rupa-rupanya nak dekat sejam juga laa anies dok tunggu nak dapatkan turn... oh ya, kuih ni seketul RM0.60. tapi yang membelinya, bukan seketul dua. ada tu beli sampai RM50!! bukan 50 ketul ya!! haa.. sebab tu laa sampai berlumut nak tunggu semata2 nak ngap kuih ni... alhamdulillah, dapat juga makan kuih ni walaupun bukan dari kedai asal. tak pe... tetap sedap juga... FYI, anies dah pernah pun rasa kuih keria dari KK Antarabangsa tu, tapi masa tu kedai ni tak pemes lagi...

well, kalau yu ols nak merasa makan kuih ni, lokasinya senang je... kalau tau kat mana lokasi Coconut Shake Klebang, Melaka... then yolu ols dengan mudahnya jumpa kedai ni sebab ianya 'satu jalan' dengan gerai coconut shake ni... lebih kurang dalam 5-6km jaraknya...

masuk Majalah 3

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

19 Your Words of Lo♥e

  1. Siqah pernah makan kuih keria ni sekali je. Masa tu datang melaka bersungguh cari foods must eat in melaka kan. Salah satunya kuih keria ni lah..

    Datang dan rupanya kena order dulu. Order lah jugak dan datang sekali lagi.. Popular betul kuih keria ni sekarang =)

    ReplyDelete
  2. Fuhhh tengok gambar pun dan terbuka seelera... sedapnya tu...

    ReplyDelete
  3. orang Melaka juga rupanya...hahaha =)

    ReplyDelete
  4. i love kuih keria.
    hi hi hi.
    susah nak dapat yang sedap

    ReplyDelete
  5. baca entry ni da buat PG kecur ayaq liur :D

    ReplyDelete
  6. Popular betul tu
    Sampai q panjang

    ReplyDelete
  7. giler famous kuih ni..sampai kena tulis nama nak beli

    ReplyDelete
  8. WAH SEDAP SGT KUIH KERIA NI YA SAMPAI PANJANG QUEU TU...RAMAI YG HARGAI N NK NIKMATI KUIH TRADISI.

    ReplyDelete
  9. nampak sedap, insyaallah kalau ke sana bolehlah singgah

    ReplyDelete
  10. Baru nak merasa.. Bila tengok lokasi, aduh. Reen kt Selangor :p

    ReplyDelete
  11. haaa.. betoi. penah tgok majalh 3 share. dlm 1 kedai ni ada 2 owner. tpi dua2 power la. mmg ramai pi katanya..

    ReplyDelete
  12. mak aiiii...ramainya orang q tu anies...tapi kalau sedap memang berbaloi2 la akn menunggu lama2..hihihi

    ReplyDelete
  13. Dekat melaka ke kedai kuih keria tu? Ish.. Kena cari juga ni. Yang coconut shake klebang tu dah pernah lah pergi. Yang kuih keria ni memang tak pernah tahu lagi ni. Wahh.. sanggup orang beratur panjang. Memang sedap sesangat tu. =)

    ReplyDelete
  14. Teringat lak kuih keria arwah bonda ...

    ReplyDelete
  15. amboihhh sampai ke melaka.. hahaha
    buat sendiri la nis. makan puas2

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆