Kenduri sempena menunaikan haji

12:01 pm

✿...السلام عليكم✿

Alhamdulillah, tahun ni rezeki mak cik and pak cik anies menjadi tetamu-Nya dan Sabtu lepas, mereka mengadakan kenduri sempena keberangkatan mereka pada hari Sabtu akan datang ni (20hb). kenduri berlangsung pada pukul 12 tengah hari, ia dimulakan dengan bacaan surah Yaasin daripada penduduk setempat (orang2 surau) dan diakhiri dengan tahlil.

dan macam biasa, kalau dah kenduri tu, mesti ada makan2 kan? so, menu hari tu adalah daging masak asam, ayam masak putih, rojak petis, laksa penang dan pecelis mangga. selain tu, ada pelbagai jenis kuih muih sumbangan jiran tetangga. oh ya... semua lauk pauk ni kami sendiri yang masak... penat ooo...

bercerita dengan gambar ek!

'orang2 surau' yang hadir. tetamu perempuan duduk dalam rumah... nampak tak periuk belanga kat sebelah kanan tu? kat situ laa kami masak lauk pauk ;-)

makan time

kami ingat tak ramai orang2 surau yang datang... sekali diorang serang... hah... rasa macam tak cukup kaki tangan dok top up lauk pauk ;-)

jemput makan kak... tray paling depan tu, daging masak asam, sebelahnya ayam masak putih manakala pecelis mangga (tray kanan) dan rojak petis di sebelah kiri... 

budak2 kat area taman tu pun turun sekali ;-) oh ya, ada 2 jenis air yang dihidangkan hari tu. air durian belanda dan air mangga...sedap...


buah tembikai tak lupa juga...

laksa penang... yang dalam botol kuning tu bukan kicap ek tapi air gula. makan dengan kuih lopes...

untuk umicik dan ayahcik, selamat menunaikan haji dan semoga beroleh haji yang mabrur... aminn..

STAY TUNED!!!!!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

18 Words of Lo♥e

  1. Singgah pagi isnin...
    semoga Allah permudahkan setiap urusan mereka di sana...Amin...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. moga kita pun dpt ke sana atau hari nanti...

    ReplyDelete
  3. Semoga mereka selamat pergi Dan selamat kembali . byk juga hidangannya tu ...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...
    Semoga mendpt haji yg mabrur..
    Sedap juga menu2nya anies

    ReplyDelete
  5. aku pernah rasa air durian belanda...giler sedap kot!

    ReplyDelete
  6. salam..
    yaya dtg singgh melawat..

    sedap makan..xhajak pon..smpai hati..heee =p
    oh ye skrng musim nak pergi haji dah kan..
    bulan depan..emm =)

    ReplyDelete
  7. Masak sendiri ye Anies??banyak nya menu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap semua msk sendiri kecuali kuih muih, jiran2 bagi

      Delete
  8. Assalamualaikum anies..

    Amboii meriahnyaaa he he...semoga Pak cik dan Makcik anies sentiasa dipelihara dan dipermudahkan Allah segala galanya.....semoga mendapat Haji yang mabrud...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah
    moga selamat pergi dan kembali serta mendapat haji mabrur

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. semoga mendapat haji mabrur.. makanan nmpk sedap2

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... semoga dipermudahkan urusan ibadah dan beroleh haji yg mabrur... aamiin

    ReplyDelete
  12. Selamat menunaikan haji Pakcik dan Makcik Anies..

    ReplyDelete
  13. mudah mudahan suatu hari kita dpt pegi ye nis

    ReplyDelete
  14. mudah mudahan suatu hari kita dpt pegi ye nis

    ReplyDelete
  15. ada robot la pulak. menci makkk

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆