HCM, Vietnam: naik sampan

12:53 pm

✿...السلام عليكم✿

Meh sambung lagi cerita jalan-jalan buang angin duit kat Ho Chi Minh City ni...

nak sambung dari satu part ke satu part... alahaiiii... malas bebenor!! tapi bila fikir semula, nanti asyik tertangguh je, lupa semua dah. nak ke sana lagi sekali mungkin tak kot. cukuplah sekali.

pesen anies ni lain sikit. kalau dah pergi ke sesuatu tempat (luar Malaysia), besar kemungkinan anies tak kan repeat ke tempat tu lagi next time. bukan tak suka, bukan benci etc. tapi... mmm tak tau laa kenapa... btw janganlah compared dengan Mekah / Madinah. tu, kalau pergi tiap-tiap tahun memang tak de hal. yang ada hal adalah tak de duit hahahaha (bukan tak ada tapi kurang mencukupi = belum sampai rezeki)

dah melalut daa... meh sambung part seterusnya. nak belek2 or amik bau part2 sebelumnya, klik je link2 kat bawah ni:

Vietnam 1
Vietnam 2
Vietnam 3
Vietnam 4
Vietnam 5
Vietnam 6

selesai 'upacara' makan buah, kami pun bergeraklah ke suatu tempat ni. tempat ni dah kira macam trademark laa... dah sampai Vietnam, kalau tak pergi or tak merasa pengalaman ni, memang tak lengkap.

laluan menuju ke...

yeahhh.... ni laa tempat yang dimaksudkan. sampan2 dah bersedia menanti kedatangan pelancong... bila tengok sampan ni, badan dah start seram sejuk. kenapa kecik sangat sampan ni???

sebelum bertolak... haruslah bergambar kan... kat belakang tu pun pelancong dari Malaysia... err nak feeling2 macam naik gondola boleh tak? (pang!)

bye bye kami bertolak dulu... oh ya satu sampan boleh muat 6 orang dengan 2 pendayung, depan dan belakang...

selfie sat!

selfie lagi lepas pakai 'terendak'... entah apa tah nama topi ni, tapi kalu kat kampung topi cam ni dipanggil terendak. selalu guna masa turun ke bendang ;-)

bergoyang2 sampan ni... eee... kalau terbalik tak tau laa nak cakap ;-) budak yang mendayung ni pun muda lagi. usia dalam 15-16 tahun kot... sayangnya tak bersekolah lagi...

selfie lagikk!!

sepanjang menyulusuri anak sungai Mekong ni, dapat laa mata menjamu suasana kampung kat Vietnam ni... rata2nya bukan orang senang... sederhana je kehidupan mereka... tetiba rasa diri ni amat2lah bertuah sebab lahir kat Malaysia... sob sob...

chak!! diam tak diam akhirnya kami sampai juga ke jeti... tak de bayaran dikenakan (dah masuk dalam pakej sebenarnya) tapi kami beri tip je... anggap je laa sebagai sedekah...

okey, tu je...
nanti petang baru sambung BW...
daaa...

kredit pic: blogger nina dan farah.

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

43 Your Words of Lo♥e

  1. Kalau naik sampan tempat macam ni.. dalam kepala Reen akan terfikir, tak de buaya ke ni? gluppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde buaya tp buaya darat ada la haha

      Delete
  2. bestnya dapat jalan-jalan ke tempat orang. PG kalau pergi kl, ipoh kl ipoh kl je. before this ada juga pergi pulau pinang. long time ago :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah ada rezeki pasti smpi sn nnt

      Delete
  3. wah..farah pon join sekali..:)

    ReplyDelete
  4. dulu2 tahun 60-an gitulah juga suasananya di kampung kak...naik sampan kecil di tali air yg dikelilingi pohon nipah di tebingnya.

    ReplyDelete
  5. salam..
    hi yaya singgah BW sini..
    bestnye travel vietnam =)

    ReplyDelete
  6. Fuiyoooo byk cerita ye anis..apa kata bukukan jer sng...

    ReplyDelete
  7. wahh..naik gondola Vetnam..hihi

    ReplyDelete
  8. dalam tak sungai tu anies...takut gak tak pakai life jacket pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. x dan nk tanya dlm ke x sg tu... tawakal tu 'ala allah je bla naik ni

      Delete
  9. Wahh bestnya... pic yg dari atas tu siapa yg snap eh? ke pakai dron eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. membe gak yg tlg snap kan... dia naik bot lain

      Delete
  10. Waaa... bestla pengalaman macam ni.
    Tak perlu pakai safety vest ke?

    ReplyDelete
  11. eh, baru pasan ada blogger farah tu..

    ReplyDelete
  12. nak juga ke vietnam satu hari nanti.. sebabnya suka kopi vietnam...hehehe

    ReplyDelete
  13. bestnya naik gondola...lepas ni kena naik di italy pula

    ReplyDelete
  14. seram..kalau terbalik cemana..kalau akak naik mau tahan nafas..hehe

    ReplyDelete
  15. Peerrrgghhh...comelnya model topi
    Sorry Anies..lama x singgah sini

    ReplyDelete
  16. rasa berat sampan kita.. berat madu dgn buah. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat dosa nina sebab ngumpat moon hahahahaa

      Delete
    2. hahahhaha.. nasib dia naik sampan lain

      Delete
  17. muka riang kanak2 ribena yg tak pernah menyampan

    ReplyDelete
  18. 1 pengalaman berharga dpt naik sampan yg kecil cam gitu anies..
    Untung kita jd rakyat m'sia..

    ReplyDelete
  19. hoho, sungai mekong, selalu dalm buku sejarah kot..hoho..

    ReplyDelete
  20. Bestnya berjalan tempat orang.. Boleh belajar cara hidup, budaya, dan makanan mereka. Paling best naik sampan tu haa. Tak pernah lagi dibuat.. Teringin jugak nak p sana. Hehe

    ReplyDelete
  21. kalo g HCM tak naik sampan ... kira tak sah lah sebenarnya

    ReplyDelete
  22. bestnya,,,,
    kecik j sungai ni..

    ReplyDelete
  23. bestnya dah sampai vietnam. teringin juga nak jejak ke sana.

    ReplyDelete
  24. Tengok pokok2 tu teringat buah salak pula ...

    ReplyDelete
  25. nasib baik bot kita tak tenggelam kan anies..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu tenggelam kita bash si moon hahahaha

      Delete
    2. hahahha nasib laa smua ringan lg

      Delete
  26. Bestnya...dah byk kalikan pi Vietnam. Nampak persekitaran sungai di sana lebih kurang mcm kat Kedah jgk.Byk pokok nipah..

    ReplyDelete
  27. naik sampan ni asyik dok kena pesan bagi tips kat tukang kayuh.tu...member dia la

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆