#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #Ghostbuster2016

11:18 am

✿...السلام عليكم✿

Pada mulanya, malas sebenarnya nak buat review untuk filem 'comeback' ni... tapi lepas fikir semula, rasa macam tak kenang budi laa pulak. yelah... orang dah kasi tiket free, at least kena laa tau macam mana nak balas budi, rite? eceh!

sebenarnya malas tu berpunca daripada 'kes' malam tadi laa... tengah layanz cerita ni, kira2 dalam sejam lepas masuk wayang, mata ni laa haiii... mengantuk ya amat! rasa sampai tahap nak celik sikit pun berat nau2!

15 minit sebelum berakhir, anies gagahkan juga nak tengok cerita ni sampai habis sebab nak tahu apa yang terjadi pada cerita ni. adakah sama dengan 'sequel pertamanya' yang diterbitkan pada 1984 tu atau pun sebaliknya...

so, here we go! sinopsis ringkas filem yang dikatakan bakal meledak pawagam untuk tahun 2016 ni!

kisah bermula apabila ada sekumpulan pelancong datang melawat satu-satunya rumah agam lama yang terdapat di kota New York, milik orang kaya yang berasal dari Ireland iaitu Sir Aldrige. rumah agam Aldrige ni telah dijadikan muzium dan tanpa diketahui ramai, rumah ini sebenarnya dikatakan berhantu. 

menurut kata tour guide tersebut, rumah tersebut mula 'berhantu' selepas kematian anak Sir Aldrige yang telah dikurung oleh keluarganya kerana telah membunuh orang gaji mereka. untuk menutup rasa malu dan maruah, Sir Aldrige telah mengurung anaknya di sebuah bilik di bawah rumah tersebut sehinggalah anaknya mati. selepas mati, roh anaknya itu mula membuat kacau terhadap penghuni rumah tersebut.

dalam masa yang sama, 2 sahabat baik sejak sekolah rendah (tapi jarang bertemu) tetapi berlainan kerjaya telah menerbitkan sebuah buku tentang aktiviti paranormal. Erin yang tidak berpuas hati dengan tindakan Abby yang menerbitkan buku tersebut tanpa kebenarannya telah bertemu dengan Abby dan terkejut apabila mendapati Abby dan rakan sekerjanya, Jillian begitu bersungguh mewujudkan sebuah makmal khas demi aktiviti paranormal mereka.

kejadian di rumah agam Sir Aldrige telah membawa Erin, Abby dan Jillian ke situ dan di sana, akhirnya mereka bertemu dengan hantu yang sekian lama ditunggu2 oleh mereka. pun begitu, 'minat' mereka terhadap hantu berubah menjadi 'pemburu' disebabkan hantu2 yang dilepaskan oleh seseorang telah membuat kacau dan memporak porandakan penduduk New York.

dapatkah mereka menewaskan semua hantu2 tersebut? 

daripada 5*****, anies beri  3*** bintang sahaja.

dari segi jalan cerita, overall okey dan tak terlalu serabut. pun begitu, bagi yang dah pernah tengok sequel sebelum ni, pasti mengharapkan filem kali ini lebih baik. no. tak perlu letak harapan sebegitu. jarak 30 tahun banyak mengubah teknologi sesuatu filem dan inilah yang terjadi kepada filem ni.

bagi anies, kekuatan filem ni terletak pada teknologi yang dipaparkan iaitu teknologi bagaimana hendak menghapuskan hantu2 berbanding storyline / mesej yang ingin disampaikan. walaupun peranan untuk 'menghalau hantu' dalam filem ini 'dipindahkan' kepada kaum Hawa, namun ianya masih belum mampu memberikan impak 'wow' kepada penonton.

pun begitu, pujian harus diberi kepada pelakon2 utama. walaupun mereka tak 'segiur' berbanding pelakon2 junior, tetapi mereka berjaya menambat hati penonton dengan dialog dan aksi lucu mereka.

** ni cuma pandangan peribadi je tau... lain orang lain caranya... don't take it seriously ;-)

terima kasih kepada Budiey.com di atas 2 pass tayangan perdana ni...

antara babak2 menarik dalam Ghostbuster:

keempat-empat pemburu hantu menjumpai 'hantu' baharu di bawah stesen subway...

hantu hijau yang nakal muncul kembali...

bersedia untuk meneruskan misi yang seterusnya..

Kevin, lakonan Chris Hemsworth lebih kepada watak 'bodoh2 alang' dan menjadi penyedap cerita. Kevin, dalam filem ini bekerja sebagai receptionist bagi makmal kendalian Abby dan rakan2nya...

mission completed!

credit pic
trailer. credit: youtube.com

SELAMAT MENONTON!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

14 Your Words of Lo♥e

  1. weiii legend kot filem ghostbuster ni kan...

    ReplyDelete
  2. hurmmm...selain dari Thor, aku tak nampak fakthor lain aku nak tengok filem ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Teringin juga nak menonton ni nanti... dulu2 mmg suka movie yg lama tu masa zaman sekolah... thanks sharing Anies... :)

    ReplyDelete
  4. terbaiklah ... letih gak buat review nak letak byk gambar tu ...

    ReplyDelete
  5. tengok trailer dah boleh rasa cerita ni macam x best

    ReplyDelete
  6. hurm... tak tengok muvi dah now days. tunggu anak anak besau sket. sibuk menelaah.

    ReplyDelete
  7. dulu selalu tgk kartun dia jer..huhu..

    ReplyDelete
  8. Kalau anak2 saya, minatlah cerita yg macam ni...

    ReplyDelete
  9. ha ha ha ... epic tau citer ni

    ReplyDelete
  10. klo tgk preview mcm kelakar citer ni

    ReplyDelete
  11. dah lama tak tengok citer cam ni :)

    ReplyDelete
  12. xsempat tgk. kwn ckp xbest. uhukuhuk

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆