#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom The Huntsman: Winter's War

11:51 am

✿...السلام عليكم✿

Synopsis:

Freya (Emily Blunt) melarikan diri dan mendirikan sebuah kerajaan baru. Sebagai seorang pemerintah, beliau mengeluarkan larangan keras terhadap sebarang bentuk kasih sayang. Disebabkan itu, beliau memerintahkan tenteranya agar membunuh semua ibu bapa dan hanya menangkap anak-anak mereka. Anak-anak itu kemudiannya dijadikankan sebagai Huntsman.

Selepas beberapa tahun dilatih sebagai huntsman, Eric (Chris Hemsworth) dan Sara (Jessica Chastain); dalam diam menyimpan perasaan antara satu sama lain dan mereka berkahwin tanpa pengetahuan Freya. Rahsia mereka tidak kekal lama  apabila Freya mengetahui hal iyu akhirnya dan bertindak untuk memisahkan mereka.

Pelbagai peristiwa berlaku sehingga menemukan semula Eric dan Sara namun pertemuan itu tidak semudah yang disangka tambahan pula dengan kemunculan semula Ravenna (Charlize Theron) yang disangka telah mati di tangan Snow White tetapi rupa-rupanya hidup kembali setelah dipuja oleh Freya.

Apakah yang terjadi selepas itu? Siapakah akan akan lebih berkuasa? Freya atau Ravenna? Bagaiman pula dengan nasib Eric dan Sara serta huntsman yang lain?

My review:

Overall, jalan ceritanya baik dan mudah difahami. Cuma, bagi anies, filem ini tiada hala tertentu selain mahu menghabiskannya dengan happy ending.  Maksud tiada hala tertentu adalah, di mana point sebenar cerita ini. Adakah fokusnya kepada Hunstman ataupun mahu merujuk kepada siapa yang lebih kuat (Ravenna atau Freya) atau hanya sekadar mahu menunjukkan ke mana hala tuju cinta Sara dan Eric.

Walaupun ada tagline A story before Snow White, sebenarnya ia tiada kaitan pun dengan elemen Snow White. Ia sekadar penyedap cerita yang mahu menunjukkan bahawa Ravenna mati kerana Snow White. Tu sahaja.

Tapi apa-apa pun, lakonan mantap daripada semua pelakon dan sinematografi yang cantik berjaya melenyapkan penonton daripada kejanggalan yang wujud dalam story line.

Daripada 5****, anies beri 4 bintang. Filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam tanahair bermula hari ini.

Terima kasih kepada pihak www.budiey.com yang sudi memberikan 2 pass tayangan premiere ini. Terima kasih!


Antara scene menarik dalam The huntsman: Winters War.

Freya dan tenteranya datang mencari Eric dan Sara.

Eric dan Sara - mula jatuh cinta

apabila Eric berjaya menemui 'cermin sakti'


trailer

Kisah Silam Untuk Masa Depan

11 Words of Lo♥e

  1. Dah lama akak tak ke pawagam anies..
    Untung anies dapat tikit free kan..

    ReplyDelete
  2. menarik juga citer yg diasaskan dongeng ni..santai2 nonton film

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..apa khabar anies..

    ReplyDelete
  4. nak tengok online punya lahhh...

    ReplyDelete
  5. bestnye dapat tiket percuma....rietta pown bru je tgk weekend bru ni...best jugak citer dia...

    ReplyDelete
  6. Sampai sekarang tak tengok-tengok lagi. Huhu.

    ReplyDelete
  7. part kelakar dgn budak2 kerdil tu.. so far ok la tp xnk pening kena tgk yg first

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆