S.e.v.e.n.t.h + #throwback

9:39 am

✿...السلام عليكم✿

Diam tak diam, pejam celik pejam celik dan terbeliak... rupanya dah cecah angka 7 hari ni. 7 apa? 7 tahun daa menabur bakti dan membanting tulang 10 kerat demi bersuap2 nasi kat opis ni. Alhamdulillah.... dan hari ini harinya...

mmm nak cakap apa ek? karang, buat ucapan2 skema cam dah cliche... eceh!

err... apa kata anies #throwback apa yang terjadi since 7 tahun yang lepas.

back to November / Disember 2008, anies step down kerja kat Subang Jaya. lepas tu, sambil2 penuhkan masa menganggur, anies lepak2 laa kat library. sambil2 belek2 akhbar tu, menjengah jugak laa kat ruangan IKLANEKA / CLASSIFIED tu...

tetiba.... (ada background bunyi drum)

ternampak laa satu jawatan kat company ni (company yang anies bekerja sekarang ni laa). tanpa buang masa, terus salin nombor telefon.

memula agak ragu2 juga laa sebab tak ada nama company kat situ. disebabkan ragu2 tu juga, anies ambil masa 3 hari untuk contact HR.

masuk hari ke-3, anies pun contact laa person in charge.

bla bla bla bla... dia suruh anies emelkan resume dan bukti2 kerja yang pernah dibuat.

lepas je letak gagang, terus je buat kerja2 tu. punyalah bersemangat waja nak job tu.

lebih kurang 3 hari lepas tu, HR call. dia suruh anies datang interview.

pertengahan Disember 2008, anies pun turun KL. kebetulan masa tu arwah ayah ada check up dengan HKL. alang2 dah check up tu, anies panjangkan kaki untuk interview.

sebelum sampai tu, sesat juga laa... time tu mana ada GPS / Waze bagai. pusing punya pusing, akhirnya anies sampai juga kat opis ni. cepat sejam dari waktu yang ditetapkan (12 tengah hari)

lepas isi form, terus dipanggil interview. kalau tak silap, masa tu cuma ada 2 orang je. anies dan sorang lagi hamba Allah tu.

masuk je bilik interview, macam biasa introduce diri dan bla bla bla... jawab je laa apa2 soalan yang ditanya. dan tak lupa, senyum. note to mereka2 yang nak interview for the first time, muka mesti ceria. jangan masam mencetung jee... show off your best expression! ingat tu!

kira2 5 minit lepas tu, keluar soalan macam ni:

"agak2 bila awak boleh mulakan kerja?"

dengar je soalan ni, rasa nak melompat je! macam tak percaya secepat tu! tapi, kalau Allah dah tetapkan rezeki, siapa kita nak nafikan, kan?

then anies jawab, "5 Januari boleh?"

"kenapa 5 Januari?"

"sebab saya kena settle kan apa2 yang patut sebelum pindah ke sini."

jawapan tu diterima dan...

Alhamdulillah, 5 Januari 2009, anies memulakan tugasan kat company ni.

nak tahu apa company nyer? semak2 laa entry2 anies sebelum ni yek ;-)

okey laa tu je cerita #throwback kali ni...

daaa...

p/s BW akan bersambung petang nanti...



Yang Ni Pun Best Juga Taw!

24 Your Words of Lo♥e

  1. semoga anies terus bersemangat bekerja....

    ReplyDelete
  2. WAH REZEKI MURAH TU MUDAH DPT KERJA SESETENGAH2 TU ASYIK NAIK TURUN TANGGA MASUK KELUAR OFIS JER TAPI HASILNYA TIADA..

    ReplyDelete
  3. Dah 7 tahun Anies kerja kan..
    Maknanya Anies suka kerja dan syarikat itu..
    Rezeki Allah yg tentukan kan Anies..
    Jadi terus bekerja dengan rahmat Allah..

    Nak kena selongkar pulak entry Anies nak tahu Anies kerja kat mana :P

    ReplyDelete
  4. tahniahnyer cik anies., mugo terus dipermudahkan., aminn

    ReplyDelete
  5. sekejap je dah tujuh tahun kan...seronok tak?

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah...happy new year. Selamat HUT bekerja...

    ReplyDelete
  7. Salam singgah sini anies...wahh...dah 7tahun anies menabur bakti kat olis tu....Alhamdulillah anies....

    ReplyDelete
  8. lama tu 7 tahun..tahniah!kipidap!!semoga terus maju jaya..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah 7tahun dah anis bkerja di sana.. tahniah!

    ReplyDelete
  10. 7 tahun bukan masa yg pendek tu. Kira peringkat senior juga... alhamdulillah. Semoga terus sukses dlm kerjaya dan kehidupan... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah tumpang gembira untuk tuan rumah :)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah. seronoknya buat keje yg kita suka ..

    ReplyDelete
  13. Moga lebih suksess di tahun ini dan tahun2 hadapan. Aamiin.

    ReplyDelete
  14. Moga terus sukses, Anies. 7 years and counting :)

    ReplyDelete
  15. Mengimbau kembali kenangan 7 tahun lepas.. Betul tu, kalau dah tetapkan rezeki kita mesti dapat juga.. Semoga anis terus success..

    ReplyDelete
  16. wahhh dah 7 tahun....salute la..mesti best kerja dekat situh, sebab tuh Kak Anies boleh kekal keje lama :D kita tumpang gembira baca throwback ni...hihihihi

    ReplyDelete
  17. dh 7 tahun wahhh semoga terus success. mesti seronok kerja situ sebab tu sayang nk tinggal :)

    ReplyDelete
  18. Dah 7 tahun ye anies. Moga terus sukses :)
    Kadang-kadang kita tak pasti untuk mencuba bila kita tak pasti, tapi bila dah dapat, Allah. Gembira sangat :). Semoga kita sama-sama terus sukses dalam pekerjaan dan kehidupan kita :)

    ReplyDelete
  19. tahniah anies dapat kerja baru :)

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah... semoga terus success.. =D

    ReplyDelete
  21. hi hi bye bye ana muslim.. hehehe
    company baru ni mesti lg happy kan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆