Penilaian untuk 2016: sejauh mana anda telah bersedia?

9:39 am

✿...السلام عليكم✿

Adakah anda sudah bersedia atau benar2 bersedia untuk melangkah ke tahun 2016? Jika ya, adakah anda berpuas hati dengan apa yang telah dicapai sepanjang tahun 2015? Jika tidak, perlukah anda mengatur sesuatu yang lebih baik untuk tahun 2016?
Hari ini saya ingin berkongsi 9 perkara yang anda boleh buat untuk menilai pencapaian anda pada tahun 2015 dan apakah persediaan yang anda lakukan bagi membuka tirai 2016.

#1 MENILAI SEMULA
Saya mencadangkan anda menilai semula kebahagiaan anda pada tahun 2015, adakah anda cukup bahagia? Bahagia ini adalah satu perasaan yang dapat anda rasa, kegembiraan yang anda raikan dalam setiap perkara. Pasti anda melalui ‘ups & down’ sepanjang 2015 bukan? Tetapi jatuh bangun itu tetap membuat anda rasa bersyukur dan anda sentiasa berada dalam ‘STATE’ bahagia. Dalam skala 10 markah, berapa yang anda beri untuk kebahagiaan anda?
#2 TAHAP KEWANGAN
Adakah anda melihat kewangan anda lebih baik pada tahun 2015 jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya? Dan berapakah markah yang anda beri? Jika 10 markah penuh, berapa pula yang akan anda bagi untuk tahun 2016 bagi kepuasan diri anda. Sekiranya puas hati dan anda hanya beri 7 markah, maknanya ada benda yang anda perlu perbaiki pada tahun 2016.
#3 PERHUBUNGAN & SILATURRAHIM
Bagaimana hubungan anda bersama keluarga sepanjang 2015? Memuaskan? Nilai semula hubungan bersama suami isteri, ibu bapa, adik beradik dan anak beranak, berapakah markah yang anda beri? Kalau 10 markah, bermaksud hubungan kekeluargaan anda sempurna, jika kurang maknanya anda perlu menambah baik pada tahun 2016.
#4 KOMITMEN SUMBANGAN
Komitmen sumbangan yang bagus. Maksudnya, anda mempunyai komitmen bersedekah setiap bulan atau setiap minggu. Allah tidak menilai besar atau kecil gaji yang anda terima, tetapi Allah menilai apa yang anda beri. Tidak kira banyak atau sikit, tetapi adakah anda set komitmen itu? Berapa markah yang anda beri pada 2015 dan apa yang perlu anda perbaiki pada 2016?
#5 MEMANFAATKAN ORANG LAIN
Adakah anda melihat tahun 2015 ini anda seorang yang memberi manfaat kepada orang lain. Saya sering kali menyebut hadis ini, ‘SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN’.Adakah anda telah menambah nilai dalam kerjaya anda, perniagaan anda sebagai suri rumah, pelajar. Adakah anda buat yang terbaik dan memberi manfaat kepada orang lain.
#6 MENJADI INSPIRASI
Adakah anda menjadi inspirasi pada 2015. Adakah anda seorang contoh, model kepada orang lain. Sebagai contoh, kalau macam anda buat kerja bos, anda akan cakap tengok orang tu, buat kerja cepat, datang kerja awal. Adakah anda macam tu? Atau anda perlu perbaiki lagi supaya anda menjadi lebih baik daripada tahun ini. Berapa markah anda bagi?
#7 CAPAI MATLAMAT
Adakah anda berjaya capai apa yang anda nak capai tahun 2015 ni. Kalau anda kata 10, insyaAllah anda dah capai segalanya tahun ini. Kalau tak, anda kena set apa yang anda nak perbaiki pada tahun 2016. Berapakah tahap kejayaan anda pada 2015, dan fokus untuk memperbaikinya pada tahun 2016.
#8 KEROHANIAN ANDA
Perhubungan anda dengan Allah. Perhubungan anda adalah amalan anda. Perhubungan anda dalam memperbaiki tahap kerohanian ‘spiritual’ anda. Sebab hidup ini at the end of the day anda inginkan ketenangan jiwa, anda ingin mencari keredhaan Allah. Anda ingin memperbaiki hubungan anda dengan Allah supaya boleh balik hidup tenang. So, berapa markah kita nak bagi untuk komitmen bangun pagi, solat taubat, solat tasbih, bangun tahajud, amalan baca al-Quran dan amalan-amalan lain.
#9 DISIPLIN MASA
Adakah 2015 ini anda hidup dengan disiplin masa yang bagus? Adakah anda guna masa anda dengan sebaiknya? Anda tak terganggu dengan benda lain di persekitaran anda sehingga menyebabkan fokus anda lari. Berapa markah anda nak bagi? Kalau 10 tu markah yang anda beri untuk 2016, kalau tidak, apakah yang anda ingin perbaiki pada 2016?
Perkongsian saya ini diharap dapat memberi manfaat kepada anda. Fikir-fikirkan dan jangan ambil mudah kerana hidup ini hanya sementara. Kita nak jadikan hidup di dunia ini yang terbaik dan juga akhirat kita yang terbaik.

Saya doakan anda bahagia bersama keluarga anda. Saya ingin kongsikan 1 ayat yang saya baca pagi ini, ayat yang dikongsikan dari Islamic Relief Centre ini menarik perhatian saya – TANGAN YANG MENGHULURKAN BUNGA MAWAR PASTI AKAN HARUM. Maksudnya orang yang memberi kebaikan kepada orang lain insya-Allah akan mendapat kebaikan tersebut.



selamat menyambut tahun baru 2016!
diubah suai daripada emel Dr. Hj. Azizan Osman

maaf, belum dapat BW sepenuhnya ;-(

Kisah Silam Untuk Masa Depan

18 Words of Lo♥e

  1. Bila nak menjelang tahun baru...
    segala perancangan harus dibuat...
    dinilai....supaya kita tidak mensia-siakan masa yang ada :)

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru., ;p lawo kete merah tuuuh

    ReplyDelete
  3. BW, banyak lagi yg perlu diperbetulkn untuk tahun 2016 nnti

    ReplyDelete
  4. salam kak :) terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan semua urusan

    ReplyDelete
  6. Anak semakin mmbesar mka bertmbahlh belanja..nk buek lagu mna ni..

    ReplyDelete
  7. inshaaAllah cuba lakukan terbaik utk 2016..

    ReplyDelete
  8. Errrr... mcm fail je.

    But if more than half of ur ceklist tu blh tick... kira lulus kot.
    Hi hi hi

    ReplyDelete
  9. nice sharing anies .. moh kita nilai diri sendiri :)

    ReplyDelete
  10. Semoga 2016 ini lebih baik buat diri kita dalam hubungan dgn Nya dan sesama insan. In shaa Allah, usahakan yg terbaik utk kejayaan dunia dan akhirat... aamiin.

    ReplyDelete
  11. Errr rasa pnh komen kt sini. Komen hilang ea?

    ReplyDelete
  12. masih banyak yg perlu huda baiki untuk tahun 2016 ..

    ReplyDelete
  13. Bagi semua 10 markah boleh? Hehe.. Bersama memperbaiki diri agar menjadi lebih baik..

    ReplyDelete
  14. kena tengok balik rasanya dr segi bahagia thn ni dpt 8 gitu. kewangan pon boleh kata ok. Nak penuhi semua yg ada dlm list tu. hehee

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆