Katakan 'TIDAK' kepada 8 golongan ini

11:07 am

✿...السلام عليكم✿

Hidup kita ini dikelilingi ramai manusia. Kita dan manusia lain saling memerlukan, dan itu pasti.  Dalam urusan seharian, kita tak boleh lari daripada berurusan dengan orang lain. Dalam tindakan kita untuk memburu kejayaan, kita berhak menentukan siapa yang harus berada dalam kelompok yang dekat dengan kita dan siapa tidak.
Ada orang mungkin berfikir, “Tak baik membeza-bezakan orang lain,” “Ingat diri kita bagus sangat ke nak pilih-pilih kawan!” atau ada juga yang fikir “Banyak berkawan luas sillaturahim.” Betul!  Sillaturrahim itu bagus. Pilih kawan tidak bermakna kita memutuskan sillaturahim tetapi kita harus berada dalam kelompok yang dapat menjadi sebahagian daripada intipati dalam proses kita mencapai kejayaan.
Ada 8 jenis manusia yang ada di sekeliling anda yang anda perlu kenali sikap mereka. Awas, jangan biarkan sikap mereka mempengaruhi anda!
gambar sekadar hiasan. mohon jangan terliur.

1.    Suka Mengadili Orang Lain

Mereka yang mempunyai sikap begini suka untuk mengkritik semua orang dan semua benda yang ada di sekitar mereka. Semuanya tak kena. Yang betul hanya mereka. Jika anda cuba menasihati orang sebegini, anda hanya membazirkan air liur. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tidak mahu mendengar apa yang orang lain kata. Meminta pandangan dari mereka adalah perbuatan sia-sia.

2.    Kuat Cemburu
Dalam kita berusaha mencapai kejayaan, ada masanya kita berhadapan dengan situasi yang agak sukar dan kita perlukan sokongan daripada orang terdekat dengan kita. Bila kita meraih kejayaan, kita juga mahu diraikan dan meraikannya dengan orang di sekitar kita.  Tetapi, mungkin ada sebahagian yang akan cemburukan kejayaan kita dan merasakan kita tidak layak untuk berjaya, tetapi merekalah yang lebih layak.
 3.    Terlalu Mengawal
Orang yang suka mengawal keadaan selalu merasakan diri mereka betul. Mereka juga merasakan mereka berhak mengawal semua keadaan dan supaya selari dengan apa yang mereka mahu. Orang yang suka mengawal keadaan tidak percaya kepada “Teamwork” tetapi hanya percaya kepada diri sendiri.
 4.    Sombong
Jangan keliru antara orang yang sombong dan orang yang yakin. Orang yang berkeyakinan tinggi selalunya suka memberi inspirasi kepada orang lain, orang sombong pula sering merasakan diri mereka lebih bagus dari orang lain. Orang yang bersikap sombong selalunya tidak disukai orang lain dan jika wujud di dalam perniagaan anda, orang begini akan mewujudkan keadaan tidak selesa di mana sahaja mereka berada.
 5.    Selalu Berasakan Diri Mereka Mangsa
Ada juga orang yang selalu merasakan diri mereka sebagai mangsa keadaan. Orang sebegini selalu menyalahkan orang lain dan mencari alasan bila sesuatu perkara buruk berlaku. Mereka adalah orang yang paling “beracun” yang ada di sekeliling kita. Mereka tidak suka memikul tanggungjawab dan selalu ambil langkah lari dari keadaan sebenar. Jika ada orang yang sebegini dalam perniagaan atau persekitaran anda, anda perlu jauhi mereka.
 6.    Selalu Berfikiran Negatif
Orang yang begini selalu mematahkan idea, semangat dan impian orang lain dengan kata-kata negatif yang keluar dari mulut mereka. Mereka sukar untuk memberi sokongan dan galakan. Segala perkara akan dilihat dari sudut negatif. Mereka akan sentiasa mencari kemungkinan sesuatu usaha itu akan gagal. Mereka tidak melihat potensi sesuatu perkara dan “letih” kalau sentiasa nak melayan mereka yang seperti ini.
 7.    Penipu
Bila kita mahu berjaya, kita seharusnya dikelilingi orang yang mahukan kejayaan. Dengan cara ini, kita saling menyokong antara satu sama lain. Jika kita dikelilingi orang yang menipu, mereka hanya berilusi. Kita tidak boleh mempercayai dan mengharapkan mereka kerana kita tidak pasti jika mereka bercakap benar atau tidak. Jauhi mereka supaya anda tidak perlu tertanya-tanya samada mereka bercakap benar atau tidak.
 8.    Suka Bergosip
Orang bergosip kerana mereka rasa tidak selamat. Mereka tidak pasti yang mana satu fakta, yang mana satu andaian. Hal yang benar mudah diputar belitkan oleh mereka yang suka bergosip. Mereka menyampaikan informasi yang salah. Mereka mudah mencipta musuh dan sering melukakan perasaan orang lain.
Jika anda pernah rasa perkara seperti ini pernah berlaku kepada anda, mungkin anda dikelilingi mereka yang suka bergosip. Anda perlu menjauhkan orang sebegini dari diri anda kerana ianya adalah satu gangguan untuk anda mencapai lebih banyak kejayaan.

 diubahsuai daripada: emel Dr. Hj. Azizan Osman

Kisah Silam Untuk Masa Depan

23 Words of Lo♥e

  1. motivasi terbaik utk baiki kelemahan diri.

    ReplyDelete
  2. Suka mengadili orang lain tu rasanya ada kat mana2 je. Huhu

    ReplyDelete
  3. nice share, anies.. paling tak suka orang judgemental.. -_-

    ReplyDelete
  4. Sama-sama berdoa. Agar kita tak jadi macam 8 golongan ini. Terima kasih perkongsiannya akak.

    ReplyDelete
  5. moga saya tidak tergolong dalam 8 itu..

    ReplyDelete
  6. Anies selalu share benda-benda bermanfaat. Teruskan please :D

    ReplyDelete
  7. Ini ciri-ciri orang yang selalu rasa dia betul, dia tak bersalah, dia everything yg orang kena pertimbangkan. Susah betul nak deal dengan orang mcm ni. Kena banyak sabar lah gayanya T_T

    ReplyDelete
  8. Semua sifat tu minta jauhkn...klu ada bgi taulh ye...kut terlps pandangan..huhu

    ReplyDelete
  9. Saya dalam kategori selalu berfikiran negatif tu.. tapi terhadap diri sendiri la.. bukan terhadap orang..

    ReplyDelete
  10. insaf kann., ;p hati2 dijlnraya jeer

    ReplyDelete
  11. moga di jauhi dari bersikap demikian. tapi rimas dgn orang yg bersikap 1,2,3 dan 8..

    ReplyDelete
  12. no 1, 7 n yg last... sgt xsuka.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. memang kena hindari 8 golongan ni kan :)

    ReplyDelete
  14. betul! kekadang kena hati2 dengan golongan camni

    ReplyDelete
  15. Betul. Kita sendiri kena kuat dan berjaga-jaga agar golongan2 ni tak influence diri/hidup kita.

    ReplyDelete
  16. Setuju. Kadang2 kita terlalu memikirkan silaturrahim hingga tidak sedar hidup kita telah dipengaruhi oleh elemen2 negatif yang di bawa oleh orang2 ini.
    Good sharing Anies.

    ReplyDelete
  17. kena elakkan dengan goglongan sebegini...cari kawan yang sentiasa berfikiran positif...

    ReplyDelete
  18. kita pun kenalah hindari prangai macam ni.. sebab ni norm manusia normal..
    kdg2 tu xleh lari.. insyallah boleh diperbaiki..

    ReplyDelete
  19. bila bekerja dengan org, mmg mcm mcm ragam kan...kadang kadang kita plak stress bila nk mnjaga ht semua phak...

    ReplyDelete
  20. nice tips.. memang bekerja dikelilingi org2 dalam senarai atas cuma kena tahan sabar dan buat donno jelah.. hehee

    mana2 pergi mesti ada org mcm ni kan :)

    ReplyDelete
  21. Hu hu hu....
    Kena cek diri sendiri ... 1- 8...
    Yg mn kna btg idung sendiri...
    Sob sob sob ...

    ReplyDelete
  22. Selalu sangat jumpa yang nombor 8 tu.. tak tahu macam mana nak nasihatkan dia..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆