Anda berani tampil berbeza daripada orang lain?

10:25 am

✿...السلام عليكم✿


Pernah tak terfikir, manusia di dunia ini dah macam di‘klon’. Semuanya sama sahaja. Lahir-lahir, pergi sekolah, perlu belajar pandai-pandai, perlu kerja bagus-bagus, pakai tie, keluar pagi balik malam, berkeluarga, ada rumah, ada kereta, ada hutang. Cukup?
Cuba anda pandang kiri dan kanan anda, berapa ramai orang yang anda kenal yang ada ciri-ciri ini?
Apa yang lagi buruk, kita klonkan juga perangai-perangai yang tak bagus ke dalam diri sesama kita. Jalan raya penuh sesak dengan trafik jam tapi masjid dan surau waktu Subuh dan Maghrib sunyi sepi. Kenapa? Kerana kita semua sama sahaja. Mengejar apa yang kita rasakan penting sehingga terlupa ada yang lebih penting lagi.
Kenapa kita tak nak jadi berbeza dari orang lain? Berbeza dari sudut yang lebih baik, bangun awal pagi dapat tunaikan solat-solat sunat, dapat duduk lama-lama atas sejadah, berkomunikasi dengan Tuhan.
Kemudian, dapat buat sesuatu yang kita sangat suka dan minat dan dapat hasil yang banyak daripadanya yang boleh pula dikongsikan sesuka hati dengan orang yang memerlukan, tanpa sedikit keraguan atau ketakutan.
Kenapa kita tak nak jadi seperti itu? 
Apa yang menghalang kita? 
Apa yang kita takutkan?

Anda tak perlu jadi sama seperti orang lain. Cuba jadi berbeza dengan mempelajari ilmu yang dapat membantu anda menjadi orang berjaya.
sumber: emel Dr. Hj Azizan Osman.

Kisah Silam Untuk Masa Depan

20 Words of Lo♥e

  1. insyallahh..

    mudah2an ALLAH bagi hidayah kepada kita semua.. semoga kita sentiasa dalam rahmat ALLAH.. Semoga kita sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik.. :-)

    ReplyDelete
  2. inshaAllah moga kita sama2 kearah itu..

    ReplyDelete
  3. sebab kita tak berani kot nak buat kelainan tu.. kita dah terlalu biasa dengan norm yang sama..

    ReplyDelete
  4. yg selalu org buat adalah berfesyen berbeza dr org lain ...

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini anies...setuju ni anies tak perlu lah kita nak jadi seperti orang lain...

    ReplyDelete
  6. salam kak anies, nice entry , kenapa kita tak nak jadi berbeza dari orang lain? I am still trying .

    ReplyDelete
  7. Perh... sgt ter motivasi...

    Tp takat motivasi je lah...
    Tak move on pun...

    Haila.... huda huda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. move on huda move on ;) ... move on untuk diri sendiri gak hehe :p

      Delete
  8. Berbeza dengan cara yang lebih baik...good info ni anies..ingatan untk diri sendiri yang sellau lalai dan leka ni..huhu

    ReplyDelete
  9. Apa salahnya menjadi perintis, sekiranya dapat membawa kebaikan

    ReplyDelete
  10. Setuju. Setiap dari kita berbeza dan kita harus berbangga atas perbezaan tersebut. Jangan takut untuk menunjukkan perbezaan yang baik, yang memberi kebaikan kepada orang lain. Thanks Anies untuk reminder ini :)

    ReplyDelete
  11. Kita semua sama di sisi Allah swt.. yang membezakan kita semua adalah keimanan dan ketakwaan..

    ReplyDelete
  12. Ada yg berani.
    Tapi ada jugak part2 yg masih xberani untuk lain dari orang. Hukhuk

    ReplyDelete
  13. jadilah seperti apa yang kita ingini

    ReplyDelete
  14. ayat2 yg boleh membuka mata hati.. setuju dgn kata2 tu

    ReplyDelete
  15. Jadilah diri kita, yang unik, tersendiri dan kalis klon hehehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆