The Shore Sky Tower @ Melaka

11:06 am

✿...السلام عليكم✿

Mungkin ada yang dah tahu... mungkin juga tidak... satu daripada tarikan terbaru yang ada di Melaka.

Sky Tower... mercu tertinggi di Bandaraya Bersejarah. walaupun tak laa setinggi sky tower di Hong Kong, tapi yang ada ni pun dah cukup buat kaki menggigil ;-)

nak kata gayat tu tak laa... cuma rasa cam sejukkk je kaki ni bila nak pijak lantai. terutama lantai transparent.. ishhh... nampaknya kalau ada sesapa nak belanja anies ke China semata2 nak merentasi jambatan kaca tu... errr.... give me some time to think boleh tak? hahaha... yang pasti yu ols jangan ajak blogger Salbiah... sebab dia tu bukan peserta Fear Factor.... hahahahaha...

okey laa.. melalut daa ni... layan je laa gambar2 yang ada ni ek!

bagi yang tak tahu, lokasi Sky Tower ni berhampiran Kampung Morten (belakang Hospital Putra). insya Allah, tak sesat punya lah!

yap, Sky Tower ni juga terletak bersebelahan sungai Melaka. tingkat paling bawah adalah pasaraya Tang's. kalau tak nak naik tower, boleh laa cuci2 mata kat pasaraya ni.

kaunter bayaran. eh, nak naik ke tower ni pun kena bayar? harus laa kannn... tak kan laa nak naik guna air liur je...

okey, ni harga tiketnya. dibuka setiap hari. tapi nasihat anies, yu ols pergi la time bukan cuti sekolah. faham2 je laa... negeri pelancongan ni... time cuti sekolah means = JAMMED! menangis korang dalam kereta sebab tak bergerak!

ni laa tiketnya. simpan tau. jangan buang pulak...


2x pic kat atas ni adalah di tingkat 41. lif akan bawa korang sampai tingkat 41 je. pastu korang kena laa jalan menyusuri lorong yang sempit ni. yu ols yang tak kuat semangat, boleh je nak naik tangga kecemasan. (apa kelas naik tangga kecemasan kann) masa lalu kat sini je, kaki anies dah sejuk. walaupun lantai lorong tak transparent tapi sekeliling dinding... yu ols boleh fikir sendiri laa...

lantai tingkat 42. boleh nampak dari tingkat 41.

yeayyy... sampai juga kat puncak... time ni orang tak ramai. cuaca pulak sangatttt laa baik. jerebu pun dah tak de lagi time ni. so, make sure kalau nak datang ke sini, bukan time hujan ya... and boleh duduk selama mana yang korang nak. cuma tak boleh laa sampai nak mendirikan khemah bagai...

tak macam kat KL Tower. kat sini nak guna teropong ni FOC je. tapi budak kecik ni dia nak teropong Matt Damon. agak2 nyer dah turun ke tak pak cik tu dari planet Marikh ;-)

antara kemudahan lain yang disediakan. ala2 GPS konon2nya...

panorama bandaraya Melaka

stadium Hang Tuah. dulu dikenali sebagai Stadium Kubu.

sungai Melaka. tapak Eyes On Malaysia tu dulu adalah stesen bas ekspress ya tuan2 puan2.

nampak tak pulau nun jauh di sana? tu laa Pulau Besar. pulau yang banyak pemujaan dan segala macam atuk nenek pemujaan ;-(

Bukit Cina dan Hospital Putra (biru kelabu)

Kampung Morten.

bangunan Ocean (bumbung hijau) dan tapak lama stesen bas domestik (bumbung biru)

kat sini yu ols tak boleh tangkap gambar guna camera / handphone sendiri. ada kamera khas yang akan snap gambar korang (sebelah atas - tak nampak). so, gambar boleh collect sebelum balik (berhadapan dengan kaunter bayaran). harga gambar? alamak? terlupa nak tanya... tapi sebelum tu nak tanya... hati kering tak korang ni?? ;-)

betul? tak hati kering punyer? okey... datang ke sini and try... ;-) Sal, ko tak nak try ke? best wooo hahahaha

last but not least... mem besar tengah skodeng balak dia dari jauh hahahaha...

daaaaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

22 Your Words of Lo♥e

  1. wahhh...mcm menarik je..masukkan dlm wishlist kalau pergi Melaka lagi

    ReplyDelete
  2. kau ajak aku?hahaha..nehi kabi nehi

    ReplyDelete
  3. berani gak ko ek...aku boleh je kot, tapi takdenya nak pandang bawah..pandang depan je

    ReplyDelete
  4. RASANYA MMG XKAN SAMPAI KE MENARA TINGGI NI WALAU HATI XKERING...

    ReplyDelete
  5. kat atas tu kalau ada tempat2 makan ke?jual barang ke?

    ReplyDelete
  6. ari tu nak pegi tapi sebab jerebu malas la pula..huhu bestnyaa dapat naik atas tu

    ReplyDelete
  7. Mmg tak tahu pasal ni anies...mmg best
    gayat juga rasanya...

    ReplyDelete
  8. Klu Cikna ok kot bila teruja rasa cam nk wat flying fox lak kt situ... Melaka ni waktu puncak sllu jammed gara2 bnyk traffic light...;-)

    ReplyDelete
  9. baru tahu ar ada ni kat melaka.... thanks atas infonya...

    ReplyDelete
  10. Salam singgah sabtu anies...wahh...memang cantik lah...InsyAllah kalau ada peluang ke melaka nak juga pergi sky tower ni...

    ReplyDelete
  11. Gambar last anies yang tengah skodeng tu cantik lah...hihi

    ReplyDelete
  12. hello ☺ I'm newbie.. please visit my blog ♡ have a nice day!

    ReplyDelete
  13. mesti rasa gayat tengok kat bawah melalui cermin transparent tu..

    ReplyDelete
  14. menarik2. kalau pergi melaka nnt nak try singgah sini.

    ReplyDelete
  15. La...ada ke..akak tak tahu pun sebab dahl lama tak gi Melaka..mungkin boleh pergilah one day

    ReplyDelete
  16. tingginya...
    mmg seronok naik ni..
    tp lya gayattt la

    ReplyDelete
  17. Macam best aje. Boleh jugak bawak anak2 jalan cuti sekolah

    ReplyDelete
  18. smlm wak tenok dari bawah je the shore skypark nih, next time erk., ;p

    ReplyDelete
  19. Pengsan dulu sebelum sampai atas. Height freak T_T

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆