Tayangan khas filem Sinaran. terima kasih Zalora!

3:37 pm

✿...السلام عليكم✿

Lambat bersiaran hari ni. pagi tadi, ada dua meeting. habis nak dekat pukul 1. ni baru je masuk opis. almaklum laa hari Jumaat kannn...

well, semalam anies dapat jemputan daripada Zalora... alaa... butik fashion online yang pemes tu... diorang ajak tengok movie Sinaran. yu huuu....

oh my!! rasa cam tak percaya! btw, terima kasih Zalora! next time, kalau ada peluang macam ni, jemput ai lagi awww ;-)

kalau yu ols nak tahu, seumur hidup anies, ni laa first time anies tengok movie Melayu kat wayang! siyes!! sebelum dan sebelum ni, anies just layan cite omputih, cite2 dari Hong Kong and Korea. tak tahu laa kenapa tak de nafsu nak tengok movie Melayu. tapi..... tak tengok movie Melayu tak bermakna anies tak sokong industri seni negara tau. cuma... entah laa... sebabnya, maybe dari kecik2 dulu dah tersumbat dalam kepala ni... alaa.... movie Melayu ni tak payah tengok kat wayang pun tak pe. nanti malam raya dah boleh tengok. haha... ada sesapa yang sependapat dengan anies?

laa ni, tak payah tunggu malam raya daa... tunggu je kat Astro Box Office. tak sampai seminggu cerita tu kat wayang, dah keluar TV... mmm...


well, berbalik kepada movie Sinaran ni. pelakon utamanya, Lisa Surihani manakala heronya pula diimport dari seberang, Evan Sanders. sorry, ai ols tak kenal mamat ni.... manakala pelakon pembantunya adalah Izara Aisyah dan Sharif (ex-Sleeq) dan beberapa orang lagi pelakon dari Singapura.

Sinaran menceritakan seorang pelajar kolej Shila (Lisa) dan Tina (Izara). kedua-duanya amat akrab. sehinggalah pada suatu hari, mereka bercadang untuk menyertai satu pertandingan tarian yang dikelolakan oleh Andre (Evan). Andre, yang telrebih dahulu mengenali Shila, berusaha untuk mengajak Shila menyertai pertandingan tersebut walaupun Shila mengakui bahawa dia tidak pandai menari. dari situ, mereka semakin akrab dan akhirnya menjadi 'couple'.

Dafi (Sharif) yang berkawan rapat dengan Andre, ada masalah hutang dengan 'lintah darat'. di kala dia dilanda kerunsingan, dia berasakan Andre semakin menjauhinya kerana Shila. kerana rasa tidak puas hati, Dafi dan Tina mengatur satu rancangan agar pertandingan tarian itu berjaya menyingkirkan Shila dan sekaligus menghancurkan harapan Andre.

haaa... gi tu laa sinopsis ringkasnya...

kalau nak cakap pasal komen tentang cerita ni, anies rasa filem ni lebih kurang macam High School The Musical. tiada babak atau aksi yang boleh menerujakan penonton kerana setiap plot yang berlangsung, anies dah dapat agak apa yang akan terjadi pada plot seterusnya. since ini adalah filem muzikal, jadi sepanjang cerita ini berlangsung, anda akan didendangkan dengan lagu2 popular daripada Dato' Shiela Majid dan beliau sendiri ada muncul dalam satu babak. so, kalau nak tahu apa watak yang Dato' Shiela bawakan or nak tahu apa yang terjadi antara Shila, Andre, Dafi dan Tina... yu ols boleh layan kat mana2 pawagam seluruh tanah air.

benda wajib sebelum tengok movie ;-)

belum sempat BW lagi. minta maaf ya kawan2.

Kisah Silam Untuk Masa Depan

24 Words of Lo♥e

  1. ehehe sama la.
    tak pnh langsung tgk cerita melayu hewhew

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt tengok sinaran...tambah bersinar hari anies.

    ReplyDelete
  3. tak rasa macam nak tgk pon cerita ini..minat jgk lisa surihani tapi macam tak best jer T__T haha

    ReplyDelete
  4. Itulah tengok promo kat TV memang nampak macam ala2 High School Musical :)

    ReplyDelete
  5. Salam singgah pagi anies...samalah dengan diana malas masuk panggung nak tengok filem melayu sebab malam raya mesti boleh tengok....lagipun panggung jauh dari tempat diana anies....hihi

    ReplyDelete
  6. Tahniah anies sebab dapat jemputan dari pihak zalora....

    ReplyDelete
  7. saya pon baru tgk sekali filem malay kt wayang, tp untungnya dpt tgk tayangan istimewa ni,,haha

    ReplyDelete
  8. Ok jugak kot nak layan filem2 yang tak heavy macam ni

    ReplyDelete
  9. apesal macam tak ada promosi jer kat TV movie ni :) ...

    ReplyDelete
  10. kalau heroinnya lisa surihani ... mesti best la kan :)

    ReplyDelete
  11. lisa surihani nyanyi sendiri ke dalam filem ni? aku plak selalu tengok citer Melayu kat wayang, walaupun mentaliti 'tunggu raya' tu ada gak la.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. miming je...x tau laa plak kalu dia ada nyanyi ;-)

      Delete
  12. Sebelum tgk wayang mkn nasi lemak dulu xngantuk plak ye dear anies.... Camne zalora leh bg ticket wayang diaorg xde jual movie ticketkn & paling xaci nape Cikna xdpt jemputan pun,huhuu.....;-(

    ReplyDelete
  13. Nape mesti amik pelakon seberang....

    ReplyDelete
  14. Alahai Zumal tak ada Astro... sedihnya :(

    ReplyDelete
  15. Alahai Zumal tak ada Astro... sedihnya :(

    ReplyDelete
  16. mcm best... n AHlam trtarik dgn nasi lemak 2.. tetiba lapar... hehehe

    ReplyDelete
  17. bestnya,,rezeki...

    samalah dgn lya, x pnh tgk filem melayu kt wayang... biasa tgk omputih/animasi je..
    ntah nape..maybe kualiti..lg2 klo crita y xde sesuatu... sesuatu mcm mana ye?? haha...

    ReplyDelete
  18. Tahniah dapat jemputan dari zalora..

    ReplyDelete
  19. Loni semua citer boleh tengok online kan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆