Sago gula Melaka

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Antara kuih / pencuci mulut yang senang nak buat tapi malas nak masak hahaha so, daripada yu ols duduk melepek tak buat apa2 kerja tu, meh laa buat kuih ni untuk minum petang nanti. Bahan2nya pun senang je nak dicari.

Bahan2:

Sagu mata ikan
Santan / susu cair
Garam halus
Daun pandan
Pewarna
Gula merah
Gula pasir
Gula Melaka
Air

Cara membuat (sago)

1.     Rendam sago selama 15 minit dan kemudian bilas – tos.
2.     didihkan air bersama pewarna dan daun pandan.
3.     Apabila air sudah mendidih, masukkan sagu dan kacau dengan api yang kecil.
4.     Apabila sago kelihatan sedikit jernih, masukkan sedikit garam halus dan gula pasir (ikut kemanisan yang dikehendaki) dan kacau sehingga sebati. Jika sago kelihatan likat / pekat, tambah sedikit air.
5.     Angkat dan sejukkan.

Cara membuat (air gula)

1.     didihkan air bersama daun pandan yang disimpul
2.     masukkan gula merah, gula pasir dan gula Melaka (dicincang). Kacau dengan api yang perlahan – untuk mengelakkan hangit.
3.     apabila air gula kelihatan coklat kehitaman dan pekat, angkat dan sejukkan.

Cara membuat kuah (santan / susu cair)

1.     didihkan santan / susu cair dengan api yang sederhana bersama-sama daun pandan yang disimpul.
2.     Masukkan sedikit garam (garam tak diperlukan untuk susu cair)
3.     Apabila santan / susu cair telah mendidih, segera padamkan api dan sejukkan.

-sendukkan sago ke dalam bekas.
-tuangkan santan dan diikuti air gula.
-kalau nak extra sedap, campurkan dengan hirisan nangka atau mangga.
-kalau nak makan sejuk2, masukkan beberapa ketulan ais.

Selamat mencuba!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

17 Your Words of Lo♥e

  1. salah satu kuih kegemaran aiza ni.. sedap.. ;)

    ReplyDelete
  2. alahaiii sedap sungguh tapi statement kita tetap sama..."malasnya nak masak..." hiksss

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa. Saya dahla tengah teringin nak makan kuih ni :)

    ReplyDelete
  4. Salam singgah :)
    Suka sangat dengan sagu ni.... bila makan sejuk2 alahaiii nikmatnya...

    ReplyDelete
  5. modal sikit untung banyak ...kalu nak buat niaga heheeh

    ReplyDelete
  6. baru buat hari tu,,tp x berapa nak jadii sebab telebih letak air T.T

    ReplyDelete
  7. Sago gula melaka. Kecik-kecik dulu mak selalu buat untuk kitorang adik beradik. Tapi dulu tak panggil sagu. Kitorang panggil mata ikan, hiks :p

    ReplyDelete
  8. SEDAPNYA SAGOO SANTAN MANIS ANIES...RAJIN MASAKNYA.

    ReplyDelete
  9. dah lama tak buat kuih sagu ni ... teringin pula bila tengok anies makan :)

    ReplyDelete
  10. Salam singgah pagi anies...sedapnya sago gula melaka...

    ReplyDelete
  11. Salam singgah pagi anies...sedapnya sago gula melaka...

    ReplyDelete
  12. sedaaaap !!! awok.. please la PM kita alamat rumah ahahaha..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆