Festival Sastera Kanak-kanak 2015

9:50 am

✿...السلام عليكم✿

Khamis minggu lepas, bertempat di Dataran Underground, Dataran Merdeka, telah berlangsungnya satu festival khusus untuk mengenengahkan masterpiece bermutu terutamanya karya2 bergenre kanak-kanak.

selain mengangkat martabat pengkarya dalam genre ini, festival ini turut memberi pengiktirafan kepada pengiat-pengiat seni ini. walaupun skopnya tidaklah segah seperti karya2 genre dewasa, namun dengan adanya festival sebegini dapat membantu industri buku kanak-kanak negara agar mampu berdiri setaraf dengan negara2 luar yang telah sekian lama memperjuangkan karya kanak-kanak hasil gerapan penggiat seni tempatan.

banyak program yang diatur sepanjang 4 hari, dari Khamis hingga Ahad (29/10/2015 - 1/11/2015). selain pelbagai seminar dianjurkan, gerai2 jualan, aktiviti sains, persembahan pentas... adalah antara sebahagian program yang diatur sepanjang festival berlangsung.

kita bercerita dengan gambar ek!

pintu masuk ke festival. berhadapan dengan Perpustakaan Kuala Lumpur. tapi booth yang ada kat situ cuma sehari je. lepas tu, mereka dah pindah ke dataran underground.

tak tahu kat mana Dataran Underground? dataran ni terletak kat tingkat bawah (bawah tanah) Dataran Merdeka.

majlis perasmian dan merangkap penyampaian hadiah kepada penggiat2 sastera kanak-kanak. majlis dirasmikan oleh Sasterawan Negara ke-13 iaitu Datuk Zurinah Hassan.

antara program yang dilangsungkan sepanjang 4 hari festival.

Pak Yusuf Gajah... antara individu yang turut menjayakan FKS kali ni. dan juga merupakan 'orang kuat' untuk FSK!

lepas majlis perasmian, kami dijamu dengan menu seperti di atas... Alhamdulillah kenyang... jimat fulus untuk lunch hari tu ;-)

kat area ni, pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung terutama kanak2... hah, datang ke sini bukan sekadar nak cuci mata je tau! tapi juga boleh cuci otak yang dah berkarat tu hahaha

pengunjung yang datang boleh participate dalam aktitivi yang dianjurkan seperti di atas. FOC ya datuk datin...

kat sini juga boleh try nak buat labu sayong sendiri. tapi yang ni kena charge laa... RM15 kalau tak silap!

tengok tu! antara permainan tradisonal yang tak lapuk dek hujan! korang pernah main tak permainan2 kat atas ni??

booth2 jualan. bukan setakat buku kanak2 je... buku2 untuk bacaan dewasa pun ada! siap ada diskaun lagi!

tak cukup kat dalam dewan, kat luar dataran pun disediakan kedai buku bergerak. ralit jugak anies tengok kedai buku bergerak ni! rasa nak beli sebijik!

hah tengok! cheq dah sampai Pulau Nami tau! sila jangan jeles! FYI, Nami Island Children Book Fair merupakan satu daripada pesta buku kanak2 terkemuka di dunia di samping Bologna Children Book Fair dan Frankfurt Children Book Fair. kehadiran 'skuad Pulau Nami' ke FKS kali ini adalah untuk memberi sokongan kepada FKS selain mempromosikan pusat pelancongan yang terkenal di Korea ini. dua hari berturut2 anies melepak kat sini sebab dah jumpa dengan seorang kawan Korea yang memang kamcing! 

eceh eceh! fefeeling cam dalam Winter Sonata laa pulak! kalau ada yang tak tahu, sebahagian daripada scene Winter Sonata berlangsung kat Pulau Nami tau! bila tengok pic ni rasa nak terbang ke Korea sekarang juga! Se-Hwa ssi... gidarilgae!! ;-)

cenderahati FKS dan daripada Naminara as well...

banyak lagi gambar yang nak share... tapi malas nak upload... karang ada pulak yang muntah ;-) kalau dianjurkan lagi pada tahun hadapan, korang mesti pergi tau! memang best! kalau tak best, masakan sampai dua hari berturut2 anies melepak kat sana?? ;-)

daaaaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

25 Your Words of Lo♥e

  1. Bestnya event2 sebegini. Saya ni kurang alert,..tahu2 event tu dah abis huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.... sama lh ngn kita kak farah...

      Tau tau je dah habis.... huhuhu

      Delete
  2. Comelnya yang tengah main dgn snowman tuh!

    ReplyDelete
  3. wah...best!best!tu lah gambar Korea ko send hari tu ye.puas gak fikir ke mana lah ko g

    ReplyDelete
  4. syoknya dpt lepak sambil pilih2 buku dkt tempat jual buku2 2... Ahlam memng suka baca buku.. hehehe

    ReplyDelete
  5. dh melepas..bestyer sebb ada pesta buku

    ReplyDelete
  6. First time dengar pasal festival ni. :)
    Menariknya yang Nami Island tuu. Hehe

    ReplyDelete
  7. bestnye....rietta pown teruja tgk kedai bergerak tu...hehehe....klu ada sebiji mcm best jugak kan...

    ReplyDelete
  8. aduhai anies...kalaulah 2 abdul akak tu dapat p sini...sukenya depa..
    masing2 memang allergic dgn korea..
    majalah korea, tv korea, idola..mat2 korea:))

    ReplyDelete
  9. haii kak anies...

    wah best dpt pergi perpustakaan tu..mcm2 aktiviti ada..makanan pon sodap aje...untung lah boleh main snow ala2 winter la..hahhahahha

    alahai tgk tempurung tu... teringat zmn bebudak..rinduuuu...

    x try buat labu sayung ke..

    ReplyDelete
  10. teringat masa zaman budak2 dulu,main getah..

    ReplyDelete
  11. anies memang rajin menghadiri festival ye.

    ReplyDelete
  12. kali terakhir pergi Dataran underground rasanya masa zaman sekolah dulu...berkurun dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung juga dh sampai... sy lgsg x pnh jejak dataran merdeka tu ..

      Haishhh kena p ni...

      Lalu je dpn tu stlh shoping d JLN TAR. Tp x pernah singgah...

      Delete
  13. Best ni...kalau lah dekat nak juga pergi ni anies...hihi

    ReplyDelete
  14. bestnya la kan ... pernah pergi sekali ajer, tahun 2012 kot :p

    ReplyDelete
  15. menarik semua aktiviti kan ... seronok la kalau dapat pergi setiap tahun :)

    ReplyDelete
  16. Bila tengok tempurung kelapa dengan tali tu, teringat peristiwa tempurung tu pecah.
    Time tu hari sukan tadika anak Mrs. A acara ibubapa lari tempurung bila bapak-bapak yang sihat walafiat masuk acara tu pecah terus tempurungnya tak sempat sampai garisan penamat pun.

    ReplyDelete
  17. my anak buah semuanya mmg teruja bab buku2 ni tapi mamanya malas nak masuk KL ...

    ReplyDelete
  18. winter sonata gitu.. hehe.. mesti sejuk kan..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆