Kuih ketayap

11:21 am

✿...السلام عليكم✿

Kat sesetengah tempat, ia dipanggil kuih dadar. mmmm tak kisah laa apa sahaja panggilan untuknya, bila dah masuk mulut, memang tak boleh nak berhenti. betul tak?

macam anies cakap sebelum ni, kalau membeli, memang tak cukup. maklum laa... anak 15 orang. tak kan laa nak potong 3 untuk beri diorang makan, kan? so... rajin2 kan laa kaki dan tangan tu untuk bersilat kat dapur.

alaa... bukan susah pun nak buat kuih ni. kalau susah, tak de laa orang yang menjual kan? eh, banyak laa cakap mok cik ni! cepat laa... share resepi!

okey okey!

bahan2:

(untuk kulit)

tepung gandum
sebiji telur gred A
air
garam
minyak masak
pewarna hijau (apa sahaja pewarna kesukaan)

(untuk inti)

kelapa parut (sebaiknya kelapa muda)
gula pasir
gula melaka
gula perang
daun pandan
isi durian (jika suka)
air

cara membuat (inti):

1. masukkan air, gula perang, gula melaka yang telah diracik halus dan daun pandan ke dalam kuali / periuk.

2. apabila air sudah bertukar menjadi coklat kehitaman, masukkan gula pasir dan kacau hingga kelihatan sedikit likat.

3. jika terlalu likat, tambahkan sedikit air.

4. apabila air gula kelihatan sudah mendidih, masukkan kelapa dan kacau rata. pastikan api dikecilkan untuk mengelakkan inti menjadi hangus.

5. masukkan isi durian dan hancurkan. teruskan mengacau sehingga inti kelihatan serata.

cara membuat (kulit):

1. satukan tepung dengan air dan kacau. kalau tepung tu berketul2, tambah air sedikit demi sedikit.

2. masukkan sedikit garam.

3. masukkan telur. kacau lagi.

4. ambil blender dan masukkan adunan. ketika blend, kalau adunan kesat, tambahkan air. kalau terlalu cair, tambahkan sedikit tepung.

5. masukkan pewarna.

6. masukkan 1 sudu teh minyak masak dan kacau sebentar.

7. leserkan adunan di atas pan. biarkan seminit dan angkat.

8. isikan inti kelapa dan gulung dengan segera.


extra info:

pastikan inti kelapa benar2 sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh bertahan selama 2 minggu. inti yang sama boleh dijadikan 'inti' untuk kuih pau, kuih koci, kuih bom (kuih bijan) etc.

selamat mencuba.

(open order COD KL / Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

30 Your Words of Lo♥e

  1. cantiknya ketayap anies..sekilo tepong baru cukup dadar ketayap utk jamu anak anies yg 15 org tu heh,,heh...

    ReplyDelete
  2. Rajinnya Anies mendadar ketayap! Saya nak singgit! Eh,..dua ringgitlah! :)

    ReplyDelete
  3. suka makan...tp x pandai nak buat

    ReplyDelete
  4. Kita panggil kuih ketayap, sedap 3 singgit......;-)

    ReplyDelete
  5. Betul..inti dia akak simpan kat tempat sejuk beku tu..nak guna panas kan je..suami akak suka betul kuih ni..kalau buat dia sorang je makan..

    ReplyDelete
  6. Betul..inti dia akak simpan kat tempat sejuk beku tu..nak guna panas kan je..suami akak suka betul kuih ni..kalau buat dia sorang je makan..

    ReplyDelete
  7. amboihhh...rajinnye..mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  8. sedapnya berintikan durian..memang makan tak boleh berhenti..

    ReplyDelete
  9. aiza panggil kuih ketayap.. memang sedap.. ;)

    ReplyDelete
  10. Kuih cara ni bunda suka makan tapi tak pandai buat sendiri...

    ReplyDelete
  11. Kuih yg senang nak.buat..senang nak.makan.lembut...Org x ada gigi pun boleh makan

    ReplyDelete
  12. Boleh nak buat juga kuih ketayap. Macam menarik aje.

    ReplyDelete
  13. dah lama kaknoor tk buat ketayap ni
    cam sedapppp je

    ReplyDelete
  14. dah lama follow U ingtkan belum ehehe

    ReplyDelete
  15. Ciri-ciri kuih ketayap yang Sha suka adalah kulit ketayap nipis, inti dia manis. Yey :)

    ReplyDelete
  16. Ciri-ciri kuih ketayap yang Sha suka adalah kulit ketayap nipis, inti dia manis. Yey :)

    ReplyDelete
  17. amboi ramai anak, sampai 15..

    ReplyDelete
  18. memang suka kuih ni..sedap..lama x buat.thanks share resepi

    ReplyDelete
  19. sedapnyaa! suka makan..nak buat malas.. hahah

    ReplyDelete
  20. Ohhh..ada jugak orang panggil kuih ni kuih dadar. Tak pernah dengar lagi. Apapun, kuih ni tetap sedap. Tapi masih boleh berhenti makan lagi la...sakit perut la makan benda manis byk sgt.

    ReplyDelete
  21. Salam singgah petang anies...sedapnya ketayap....

    ReplyDelete
  22. Salam singgah petang anies...sedapnya kuih ketayap...diana suka makan ni anies...

    ReplyDelete
  23. kuih paling senang tapi paling malas nak buat sebab malas nak melipat masa panas - panas ...

    ReplyDelete
  24. Kuih ketayap nie antara feveret Zumal...

    ReplyDelete
  25. Kenapakah semua rakan blogger ku HEBAT memasak...

    Ni rasa nk lari bucu katil ni...

    Hwaaaa

    ReplyDelete
  26. amboi rajinnya dia memasak lately nie..heee

    ReplyDelete
  27. kan kak farah.. haha. anies rajin masak. dh boleh kawen ni. hahaa
    memang sedap, kalau nk beli mesti xpuas mkn

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆