Kerana cinta...

11:00 am

✿...السلام عليكم✿

Hari ini, sudah 2 bulan Mael hilang di hutan. Seluruh penduduk kampung serta pihak berkuasa, sudah menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin untuk mencari Mael, namun gagal.

perlu ke tok kita meneruskan misi pencarian Mael ni? soal penduduk kampung.

Tok ketua sekadar menggeleng. Dia tidak tahu apa jawapan yang sesuai untuk dijawab.

Keesokannya, hari ke 61 kehilangan Mael, kampung Sri Pajak menjadi gempar.

kau biar betul, Man?

betul tok! Masakan saya nak menipu!

baiklah. Aku akan ke sana nanti!

setiba di sebuah pondok kecil yang telah dikelilingi penduduk kampung, tok ketua tergamam. Dia seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Mael!

kelihatan di lantai pondok itu, Mael sedang terbaring lemah. Badanya begitu kurus sekali. Di sebelahnya, isteri dan 2 orang anak mereka.

Macam mana boleh jumpa? soal tok ketua.

Pak Amin yang jumpa tok, Subuh tadi! Pak Amin nak ke sungai, tiba-tiba dia ternampak seseorang sedang terbaring di atas pondok ni. Bila Pak Amin mendekat, dia terkejut tengok Mael sedang tebaring. Mael, yang separa sedar ketika tu, meminta Pak Amin memberikannya air kerana terlalu dahaga! terang Budi, anak saudara Pak Amin yang berada di situ.


selepas sebulan

kau sihat Mael?

Alhamdulillah, tok! Saya semakin sihat sekarang…”

Yap, nampak perbezaannya. Sebulan yang lepas kau tinggal tulang je…” usik tok ketua.

Mael tersenyum.

Kau macam mana boleh hidup dalam hutan tu? Cuba cerita sikit. Aku nak dengar."

Mael tersenyum sebelum membuka mulut untuk bercerita

Selepas tersesat dan tak menemui jalan keluar, saya ambil keputusan untuk berehat di pangkal pokok meranti. Ketika itu, dalam fikiran saya, saya cuma teringatkan anak-anak dan isteri. Setiap kali saya cuba mencari jalan keluar, hanya mereka sahaja yang saya fikirkan.

kau mesti teruskan hidup demi mereka Mael! 
kau mesti terus hidup Mael kerana mereka! 
kau mesti terus hidup Mael kerana kau sayangkan mereka!

suara2 inilah yang sering berlegar dalam fikiran saya sepanjang saya berada di dalam hutan. Dan kerana itulah, saya dapat bertahan walaupun terpaksa memakan buah-buhan hutan dan pucuk2 pokok.

Alhamdulillah  sekarang saya dah selamat mungkin berkat doa mereka juga, saya dapat kembali…” ujar Mael mengakhiri perbualan.


SALAM MAAL HIJRAH 1437

(open order COD KL/Selangor. PM nombor di atas 24/7)

Kisah Silam Untuk Masa Depan

21 Words of Lo♥e

  1. SALAM MAAL HIJRAH...KALAU TIDAK PERNAH TERSESAT PASTI XTAHU SIKSANYA BERADA DI DALAM KESESATAN YG MEMBINGUNGKAN..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak anies, mav ya baru bisa singgah :)
    Oh iya, terima kasih juga untuk hiasan magnet nya sudah sampai dan sudah saya terima :)

    Moga tambah sukses dan sehat selalu ya sekularga di malaysia
    Salam dari Jakarta :)

    ReplyDelete
  3. berkat doa dan kasih syg pd keluarga kan..mesti kuat teruskan hidup!

    ReplyDelete
  4. Kalau tak betul2 kuat semangat mmg susah nak survive dlm situasi mcm ni... subhanallah walhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Kasih sayang memjadikan seseorang bersemangat.. Salam maal hijrah anies.. ;)

    ReplyDelete
  6. doa isteri dan anak - anak ... itulah hidup berkeluarga .

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq

    ReplyDelete
  8. Ingatan itu diiring dengan doa.

    ReplyDelete
  9. Kerana kasih yang tak bersempadan...

    ReplyDelete
  10. Jadi kuat dan mampu bertahan demi insan2 tersayang :)

    ReplyDelete
  11. Macam kes budak asli yg hilang....

    ReplyDelete
  12. deep sangat.. seseorang tue akan jadi kuat kerana adanya cinta dan kasih sayang..=D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆