Disebabkan kurang kemesraan?

10:30 am

✿...السلام عليكم✿

"Kenapa aku tengok lain macam je muka kau ni? Kau sakit ke?"
Aku menggeleng. Sambil melepaskan keluhan berat.
Ketika itu kami sedang bersarapan di kantin.

"Kalau tak sakit, habis tu kenapa?"

"Aku tak tau nak mula camne..."

"Pasal apa ni? Suami kau?"

Aku menggeleng.

"Pasal anak2 aku..."

"Kenapa dengan diorang?"

Lalu aku pun membuka cerita...

Sebelum masuk tidur, aku akan jengah anak2 untuk pastikan mereka dah tidur. Semalam, sebaik tiba di muka pintu, aku dapati pintu sedikit renggang dan ada suara sedang berbual. Tak syak lagi, dari suara itu adalah suara anak2 perempuanku.

Kak cik: cuti sekolah kali ni, kak cik tak nak balik rumah nenek chu.

Kak ngah: kenapa?

Kak cik: nenek chu garang. Nenek chu asyik membebel je. Tak boleh bising sikit, nak marah.

Kak long: tak baik kak cik cakap macam tu pasal nenek chu.

Kak ngah: betul! Kak ngah setuju! Nenek chu garang. Suka membebel. Makan banyak kena marah. Tak makan pun kena marah.

Kak long: orang tua kan macam tu... mama pun macam tu juga...

Kak cik: mana ada! Mama memang marah tapi mama tak de laa membebel banyak2 macam nenek chu. Mama kalau marah, lepas tu mama kan akan cakap, mama minta maaf ya sayang. Jangan buat mama marah. Nenek chu mana ada buat macam tu!

Nafas aku tersekat mendengar 'pengakuan' itu.

Kak ngah: kak long cuba tengok, kalau kita balik rumah wan, wan mana ada marah2. Kita buat bising pun wan senyum je. Lepas tu, bila kita nak balik, wan nangis2. Macam tak kasi kita balik. Nenek chu mana ada buat macam tu!

Sekali lagi nafas aku tersekat. Namun, fikiran aku tidak dapat menafikan perkara tersebut.

Kak long: jadi, kak ngah dengan kak cik tak nak balik rumah nenek chu laa cuti kali ni?

Kak ngah dan kak cik: tak nak!

Kak cik: sampai bila2 pun, kak cik kalau boleh tak nak balik rumah nenek chu. Kak cik nak balik rumah wan je...


"Aku terus berlalu dari bilik tu. Sebenarnya aku tak sanggup nak dengar cakap2mereka. Hati aku perit dan sakit. Sebab ianya memang satu kebenaran."

"Maksud kau?"

"Mak aku memang 'chengih' orangnya. Kuat membebel ya pun. Tak boleh silap, panjang bebel dia. Tapi dia harus faham, budak2 memang macam tu. Suka bermain. Buat bising. Makan bersepah. Kami dulu, 6 beradik macam tu juga. Aku bukan nak bandingkan mereka tapi aku akui, mak aku tak macam mak mertua aku. Mak mertua aku memang sayang sangat kat cucu2 dia. Sejak aku kawen, tak pernah aku dengar dia tinggi suara, baik pada anak2, baik pada menantu, apatah lagi cucu2 dia. Bila balik kampung, cucu2 dia berebut nak tidur dengan wan. Wan dia layan je... memang betul, bila nak balik, dia peluk, dia cium budak2 tu sampai nanges2. Tapi bila ajak balik sama, dia tak nak... Mak aku sayang juga cucu2 dia, tapi dia tak tunjuk..."

"Aku rasa simpati dengan apa yang aku dengar ni...tapi, aku rasa mungkin sebab kurang mesra. Mak mertua kau, dari apa yang kau cerita, seorang yang mesra. Sebab tu cucu2 sayang dia."

"Yap, aku akui..."

"Sabarlah... mungkin mereka dah tua... mungkin ini juga pengajaran untuk kita. Harap2 kita juga mesra dengan cucu2 kita kelak. jangan ulang benda yang sama..."

(open order COD KL / Selangor. PM nombor di atas 24/7)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

23 Your Words of Lo♥e

  1. biasalah org tua bab layan melayan ni maleh sikit apalagi kalau anak cucu asyik susahkan dia jer..

    ReplyDelete
  2. cerita kawan anies tu lebih kurang cerita akak,cuma terbalik dari mak kepada mak mentua..isk...kesian anak2 kan...akak lebih suka kepada pendekatan lebih mesra dari sifat yang cengeh tu..anak2 pasti tak suka..ngeee

    ReplyDelete
  3. Salam Anies...akak dtg membalas kunjungan, salam kenal...akak follow kamu k...
    Alahai, pengajaran buat kte semua nie...mesralah dgn kanak2 kan...sbb kanak2 nie ingat sampai bebila apa yg kte dah buat dekat mereka... ;)

    ReplyDelete
  4. cucu2 memang pandai menilai jika masih ada tok wan sebelah ayah dan sebelah emak. sapa yg pandai ambil hati cucu2 melekatlah cucu kat situ. tapi cara orang berbeza. sebagai ibu bapa kena lah didik anak menerima seadanya tok wan mereka. mereka ada perasaan sayangkan cucunya..cuma untuk menzahirkannya saja berbeza..

    ReplyDelete
  5. betul.. budak2 pun tak mgnerti..
    garang xpe tapi kena tngk jugak age level budak2 tu semua..

    ReplyDelete
  6. sedih juga ble dgr dr mulut anak2 psl ibu kt sndiri..
    mungkin kt bole terangkan kt anak2 yg ibu mmg syg cucu dia cuma dia xtunjuk...

    ReplyDelete
  7. ye...saya harap saya pun mesra macam Wan.

    terima kasih sharing artikal ni...saya suka sangat...
    sbb ada kisah kupasan artikal ini yang saya suka...
    sebab saya pernah rasa seperti yang kak ngah n kak cik rasa.

    ReplyDelete
  8. Memang ada yang macam tu..kalau dia layan cucu2 dia semua macam tu tak pe la.dah memang perangai dia macam tu..bagi akak yang macam tu ok lagi tau...tapi yang lagi teruk yang jenis beza2 kan cucu ni..cucu dari anak perempuan dia ,layan baik je..kalau dari anak lelaki layan tak layan..pelik kan??padahal tu cucu dia...benda ni pernah jadi kat kenalan akak tau..cuuc2 tak mau balik padahal cucu2 bukan besar2 pun umur 11-13 tahun je..lama dah la citer ni..masa akak bujang dulu la..sekarang budak2 tu mestidah besar..ok melalut dah komen..hahah

    ReplyDelete
  9. saya dulu pun jadi mak usu garang . Saya jadi garang sebab geram tgk cucu2 cuma mkn tidur je . kesian tgk my bonda mengemas , memasak dan segalanya . My bonda ni nenek yg baik mcm wan . tapi sekarg , saya buat cara saya . Nak mkn , masak sendiri . nak baju bersih , cuci sendiri ... boleh je buat , cuma malas ... bebel bertempat sebenarnya .

    ReplyDelete
  10. saperlar tak sayang cucu ,tapi ade cik kak anies kann., ;p

    salam maal hijrah

    ReplyDelete
  11. Bawa bersabar kak..bnyk berdoa

    ReplyDelete
  12. Satu pengajaran untuk kita semua. Kadang-kadang tak sedar apa yg kita buat sampai ada orang menegur.

    ReplyDelete
  13. macam mak jijah lah diaa syg cucu2nya tapi xnak tunjuk. cucu2 nya kata dia garang.hahaa

    ReplyDelete
  14. Susah juga macam ni kan? Memang ada orang yang personaliti kurang mesra macam ni. Membawak ke usia senja pun sama. Huhu.

    ReplyDelete
  15. Situasi mcm ni mmg berat buat kita sebagai ibu bapa... susah juga nak mengendalikan keadaan mcm ni. Hanya usaha dan doa agar Allah permudahkan segalanya dan dilembutkan hati semuanya... aamiin..

    ReplyDelete
  16. bebudak mmg tak suka dibebel ...

    ReplyDelete
  17. Orang tua memang macam tu agaknya.. Kita kena toleransi juga dengan mereka..

    ReplyDelete
  18. Betul tu, kena mesra baru ada yang sayang dan ingat kita...

    ReplyDelete
  19. Memang,...perlu ada pendekatan lebih mesra. Barulah si cilik akan rasa disayangi, dihargai dan kemudian belaja menyayangi, menghargai orang tua :)

    ReplyDelete
  20. kdg2 orang begini sebenarnya ego.. dia tahu org tak suka dgn apa yg dia buat..tp ego kan..so kdg2 sikap begini la yg akan menjarakkan lagi sesuatu perhubungan.. semoga kita dijauhkan sifat sebegini..=D

    ReplyDelete
  21. tetiba rindu arwah tok dan nenek.. moga2 tak ada grandparents yg garang dgn cucu sendiri

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆