Dadih kuih koci

10:41 am

✿...السلام عليكم✿

Masa kecik2 dulu, sejujurnya anies tak tahu apa fungsi 'dadih' ni. ye laa... kite main belasah je kalau dapat makan. lama kelamaan, baru laa faham... rupanya, nak seragamkan rasa kuih. manis (inti), tawar (tepung) dan masin (dadih).

tapi, tak semua dadih kuih koci yang anies beli kat luar tu, sama semuanya. ada tu, tak ada rasa langsung. cuma rasa santan je. lepas tu, walaupun ada dadih, kuih koci still melekat kat daun. mmm... pelik! ye lah... bukan ke dadih tu sendiri dah berminyak... masakan kuih boleh melekat kat daun?

bila dah buat 'kajian' (ye ye je) sket... barulah anies faham why and why and why... ada kuih koci yang sedap and ada kuih koci yang so-so... semuanya bergantung kepada dadihnya!

so, untuk hari ni... anies share sket resepi dadih kuih koci ni... ni resepi turun temurun taw! mudah2an yu ols akan dapat kuih koci yang cantik menarik kau memang da bomb!

cekidaut!

bahan2:

pati santan (bukan santan kotak ya)
tepung gandum
garam
air
minyak masak

cara membuat:

1. didihkan pati santan (perahan pertama) di atas api yang kecil. pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan pecah minyak.

2. campurkan tepung gandum dan air. jadikan ianya cair. dan apabila telah kelihatan minyak2 kecil di permukaan santan, masukkan campuran tepung-air sedikit demi sedikit dan kacau.

3. masukkan garam. pastikan dadih mempunyai rasa lemak-masin. (bukan sekadar rasa lemak sahaja)

4. masukkan minyak masak apabila dadih sudah bertukar warna (putih-kelabu).

5. padamkan api dan sejukkan seketika sebelum meneruskan proses membuat kuih koci.

Laaa... tak tahu ke? Tu haaa... yang warna putih tu laa yang dipanggil dadih. Bukan dadih yang korang makan dalam bekas plastik tu ye...  ;)

apa2 pun, selamat mencuba!

(open order COD KL / Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)

Kisah Silam Untuk Masa Depan

18 Words of Lo♥e

  1. sedapnyaaaaaaa......... feveret tu ~~ dengan tepung bungkus :D

    ReplyDelete
  2. Wow nampak best la kuih koci tu..tapi kak wana x makan..kurang sikit..:)

    ReplyDelete
  3. kuih koci yg berdadih ni mmg sedap pandai anies buat xramai yg rajin guna dadih ni...nak cepat sapu minyak kelapa je.

    ReplyDelete
  4. paberet akak ni....memula ingat dadih yang beli tu ...hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya kuih koci.. aiza suka makan, tapi tak pandai membuatnya..

    ReplyDelete
  6. Blogwalking here! Giveaway sedang dijalankan! Jom join!http://misssakuradiary.blogspot.my/2015/10/muharram-birthday-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. sedapnya .. susah nak cari kuih koci yang ada santan ni ... selalu beli dapat yang plain tak ada santan tu :(

    eh baru tahu yang santan kuih koci tu dipanggih dadih ... biasa dadih yang dalam cup tu :)

    ReplyDelete
  8. Cantik sempurnanya kuih koci, Anis. Saya bayangkan jelah saya makan kuih koci tu.

    Tentang magnet sheet,
    Kalau saiz A4, beli di Daiso RM5.30/keping. Di Mr. Diy RM3.50/3.70 (tak berapa pasti). Basically ada beberapa jenis, yang hitam depan belakang, yang ada permukaan di atas yg kita boleh tulis dengan marker & yg boleh kita print guna computer. Yg untuk print tu selalunya lebih nipis berbanding yg lain.

    ReplyDelete
  9. tak pernah buat kuih koci jadi kurang paham sikit entry ni..cemana dia boleh jadi kuih koci..heheh

    ReplyDelete
  10. saya tahu mkn je . tu lah kan . dulu masa dok dgn mak tak nak belajo ... heheheee

    ReplyDelete
  11. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  12. Mudah juga nak buat rupanya, selalu tahu makan je...

    ReplyDelete
  13. Owh lah yer ke putih tu dadih?
    Bukan santan ea?

    ReplyDelete
  14. Boleh cuba lah...selalu masak kat kedai jek...hihi

    ReplyDelete
  15. feveret ni kuih koci! sedapnyaaa

    ReplyDelete
  16. aniesss terus mengidam dah!!! uwaaa mana nak cari kuih koci nie..T__T

    ReplyDelete
  17. nampak sedap.. nina dh jarang dpt makan kuih2 mcm ni.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆