#freemovie @ Korean Film Festival 2015

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

#tengokmoviesampailebam

last week, terbaca kat blog sapa ntah (lupa)... blogger ni ada up entry pasal Korean Film Festival 2015 yang menawarkan tayangan percuma di GSC Cinema terpilih seluruh negara.

oleh kerana dah lama sesangat tak layan movie Korea ni kat wayang (last tengok  filem Sector 7 lakonan Ha Ji-won), so apa lagi... cepat2 anies download complimentary pass kat SINI.

lepas download tu, cari filem apa yang nak ditengok dan waktu tayangan.

setiap complimentary pass akan mendapat sepasang tiket dan redeem di kaunter tiket.


sebenarnya filem2 yang ditayangkan ni dah pernah menjengah wayang 3-4 tahun yang lepas. antara filem2 tersebut adalah:

Marriage Blue
In Front Line
The Thieves
Confesion Of Murder
My Paparotti
All About My Wife
Man On The Edge
Duresori: The Voice Of East
Green Days: Dinasour & I (anime)
The Kings Of Pigs (anime)

FYI, semua filem2 ini pernah memenangi pelbagai anugerah, dalam dan luar Korea. means, bukan cikai2 punya movie yang dibawa oleh Kedutaan Besar Korea Selatan di Malaysia ni.

berikut sinopsis ringkas dan trailer filem2 yang anies tengok tempohari. cekidaut!

The Front Line
pelakon: Go Soo, Shim Ha-kyung, Ryu Seung-soo


sinopsis ringkas: filem bertemakan peperangan ini mengisahkan sebuah unit tentera terbaik yang digelar Alligator Company. mereka berjuang mempertahankan kawasan yang menjadi kubu terakhir semasa Perang Korea dan tempat itu dikenali sebagai Aero-K. Kang Eun-pyo (Shim Ha-kyung) diberi tugasan untuk menyiasat Alligator Company. tanpa diduga, dia bertemu dengan rakan baiknya yang dipercayainya telah meninggal dunia beberapa tahun sebelum itu iaitu Kim Soo-hyuk (Go Soo).

trailer The Front Line

Duresori: The Voice of East
pelakon: Kim Seul-gi, Jo Ah-reum, Choi Eun-young, Ham Hyun-sang


sinopsis ringkas: filem ini berdasarkan kisah benar di mana, Seul-gi dan Ah-reum merupakan kawan karib yang sedang menuntut di Sekolah Muzik Tradisional. Ah-reum mengambil jurusan Pansori (alat muzik tradisional) manakala Seul-gi memilih Gyeongi folk music. suatu hari, sekolah mereka diminta untuk menyertai satu pertandingan koir dan pihak sekolah telah memilih seorang guru (Ham Hyun-sung) muzik (merangkap komposer) tetapi mempunyai pendidikan Western music. mampukah cikgu Ham 'mengadunkan' muzik tradisional dengan Western music untuk menjayakan pertandingan tersebut?

trailer Duresori: The Voice of East

Marriage Blue
pelakon: Kim Kang-woo, Kim Hyo-jin, Lee Yeon-hee, Taecyeon, Ma Dong-seok, Guzal Tursunova


sinopsis ringkas: 4 pasangan dengan cerita yang berbeza, watak yang berbeza dan pekerjaan yang berbeza. tetapi mempunyai satu matlamat iaitu berkahwin. beberapa hari menjelang perkahwinan mereka, muncul beberapa insiden yang secara tidak langsung menggugat hubungan yang telah mereka bina selama ini. mampukah keempat-empat pasangan ini mengharungi cabaran dan dugaan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan?

trailer Marriage Blue

All About My Wife
pelakon: Im Soo-jung, Lee Seon-gyoon, Ryu Seung-young, Lee Kwang-soo


sinopsis ringkas: pertemuan Doo-hyun dan Jung-in di Jepun membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Jung-in kelihatan sempurna di mata orang lain namun tidak di mata suaminya. Doo-hyun bercadang untuk bercerai dan mengupah seorang lelaki kasanova untuk menggoda isterinya agar tuntutan perceraian boleh berlaku disebabkan isterinya 'curang'. namun sebaliknya yang berlaku. Jung-in jatuh cinta dengan lelaki kasanova itu! ini membuatkan Doo-hyun tidak senang duduk. rancangan untuk bercerai terpaksa dilupakan kerana dalam hati masih ada rasa sayang!

trailer All About My Wife

kalau yu ols nak tengok cerita2 ni, try laa surf website Iflix.com. kat sana banyak cerita / drama luar yang best2 dan boleh layan #sampailebam ;-)

okey, tu je...

selamat bercuti dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2015! kalau pulang ke kampung, selamat pulang dan selamat kembali!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

21 Your Words of Lo♥e

  1. bestnya tgk secara percuma... huhuhu

    ReplyDelete
  2. wahh bestnyer tengok wayang jeer ;p

    ReplyDelete
  3. bab movie love story mmg saya suka ... klu ada masa nati akan cuba cari di situ ...

    ReplyDelete
  4. BESTNYA DPT TENGOK FILEM KOREA YG HEBAT2 SEMUANYA NI...

    ReplyDelete
  5. Wow bestnya.. klu movie korea ni saya paling suka cerita2 seram.. trill habis hehee. Klu cerita sedih ke tak tahan nk tengok.. sebak jadinya.. :D

    ReplyDelete
  6. Baguih ka citer dia..
    pi la tgok...hang bujang lagi...
    kami dh tuo..hihi

    ReplyDelete
  7. Pandai orang korea promosi karya dan produk mereka.
    Industri hiburan mereka dah jauh ke depan kalau dibandingkan dengan kita...huk..huk :(

    ReplyDelete
  8. Memang tonton sampai lebam ni, Anies! :)

    ReplyDelete
  9. Lama dh xtgk wYang btw salam sehati sejiwa anies...;-)

    ReplyDelete
  10. Bestnya dpt rileks2 tgk movie... saya dah lama tak tgk movie sejak ada anak2...

    Selamat Hari Merdeka, Anies.

    ReplyDelete
  11. SinggAh petang..blh g tengok ni..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. aisey, tak tahu menahu pun psl ni...

    ReplyDelete
  13. wah seronoknya..selamat menonton anis

    ReplyDelete
  14. macam best je marriage blue tu...suka citer2 pasal cinta ..eekekekk

    ReplyDelete
  15. bestnye...mggu lepas agak sbuk dengan beberapa kekangan...xsempat jengah blog pown...

    ReplyDelete
  16. ngeh3.. semua tak tengok =P miahaha..

    ReplyDelete
  17. Assalam anies,
    bestnya dapat tiket free :)

    psstt : tapi iols bukan penggemor cerita korea he3

    ReplyDelete
  18. macam best tp nk ke GSC gurney tu yang malas.. hahaa

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆